Posted by: sokongsalaf | July 6, 2008

Mubahalah untuk kes Hudud – Lambang kebodohan MAZA

Aku kesian dengan ‘ahli hadis’ yang nak berlagak menjadi Mufti, selalunya dalam sejarah, kalau orang itu ilmu hadis dia bukan ahli Fiqh, Imam Bukhari sebenarnya ahli hadis terulung namun dia dalam pendirian Fiqh memilih untuk mengambil Mazhab Syafii. Antara kebodohan Mufti Hingusan dan Ayam Tambatan bekas Menteri Besar Perlis ini adalah terserlah dalam rencana di utusan Malaysia. Mubahalah untuk kes Hudud…itulah kebodohan tidak boleh dimaafkan.

Mubahalah agar umat tidak berbalah

Sekarang Mufti Perlis membuat fatwa baru bahawa kalau orang itu mengaku diliwat, maka dia hendaklah melakukan Mubahalah. Sepatutnya dalam Islam bila seseorang itu mengajukan dakwaan maka hendaklah dia mengemukakan bukti bayyinat, kerana itu adalah dakwaan sedangkan tuduhan li’an hanya dikenakan kepada isteri kita atau sebaliknya bila melihat berzina dengan orang lain, tanpa saksi lain. Jadi Mufti Perlis tak boleh nak kais-mengais macam ayam tentang hukum ini. Apa ke jadahnya hukum li’an suami isteri dibawa bincang, bila masa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim tu Kahwin dengan si Mangkuk Saiful tu, apa ke bodohnya Mufti macam ini.Bingung tak habis-habis lagi

Oleh kerana perkara ini telah masuk ke balai polis jadi perkara ini dah masuk bab Qadha’ (tahkim) maka hendaklah Saiful Buhari itu membawa bayyinat sama ada bukti DNA dan 4 saksi atau pengakuan Anwar, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditanya sahaja, betul tak hang buat benda tu, sebagaimana Rasulullah sendiri pernah tanya seorang pasangan zina yang satu lagi kalau pasangan itu mengaku maka sama-sama kena hudud, kalau perempuan itu tidak mengaku maka si pengaku zina tadi dikenakan had zina dan had Qazaf. [ Umar al-Khattab menjatuhkan hukuman berganda ini kepada pengaku zina bila orang yg didakwa pasangannya tidak mengaku]

Andaian Bodoh Pertama.
Kalau Datuk Seri kata, “saya meliwat dia” maka Datuk Seri Anwar akan dikenakan had liwat iaitu bunuh, dan Si Saiful pula perlu membuktikan dia diliwat dengan paksa. Setahu aku mustahil Dauk Seri Anwar yang terseliuh pinggang tu ada kederat nak paksa Saiful badan tegap tu, kecuali Saiful tu tadah bontot dia. Maka dua-dua kena bunuhlah, habis karier politik dua-dua.

Andaian Sebenar
Kalau Datuk Seri Anwar kata “tidak”, maka si Saiful tadi akan kena hukuman mengaku hudud diliwat iaitu dibunuh dan hukuman Qazaf sebanyak 80 kali sebatan.

Inilah perbincangan Fiqh yang benar, bukannya perbincangan Fiqh untuk mengelakkan dari Hudud Islam yang tidak ada harapan untuk BN terima dan laksanakannya di Malaysia. Inilah juga kebutaan MAZA dari segi Fiqh hudud.

Posted by: sokongsalaf | April 16, 2008

Islam Hadhari dan MUNAFIK MAZA – Mufti Perlis

Semua orang akhbar kecoh bila Mufti Perlis kononnya menulis menolak Islam Hadhari, betulkah Mufti Muda ini menolak islam Hadhari, dan dianya bertegas menolak Islam Hadhari? Mari kita lihat kenyataan selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat. Idea menipu rakyat oleh Tuan Mufti ini kita dah dapat baca awal lagi, mungkin budak-budak salafi yang baru belajar, hang boleh tipu, tapi bukan kami yang dah dewasa ini.

Antara kata-kata keramat Beliau dalam Artikel dan bandingkan kata-kata sebelum Kemenangan Pakatan Rakyat.

KINI (Petikan dari Hentikan Islam Hadhari -KLIK SINI UNTUK ARTIKEL PENUH)

“Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,”

“Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.

“Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.”

DAHULU

Inilah kata-kata Sahibus SAMAK Maza, Mufti Perlis yang disanjung itu…namun kemunafikannya akan kita nampak bila kita membaca kenyataan ini. (Mufti Perlis : Pro-Kontra Islam Hadhari- – KLIK UNTUK BERITA PENUH)

Namun dalam beberapa keadaan sifat hadhariyyah itu wajar untuk ditonjolkan, sebagai satu usaha dan ijtihad bagi menjaga nama Islam. Penambahan ini hanyalah sekadar taukid iaitu bagi lebih menjelaskan. Seperti kita menyebut “Muhammad s.a.w dia al-rasul yang mulia”. Perkataan Rasul sememang sudah terkandung makna atau maksud mulia. Ini kerana tidak mungkin seorang rasul tidak bersifat mulia.Namun penambahan perkataan mulia dibuat bagi memperkukuhkan perkara atau tajuk yang sedang diceritakan.

Saya melihat ada kewajaran penjelasan perkataan al-Hadhari bagi kalimah al-Islam dalam beberapa keadaan konteks tertentu. Keadaan-keadaan tersebut, saya rumuskan seperti berikut :

pertama: Apabila Islam sedang ditohmah oleh pihak musuh sebagai agama yang tidak bertamadun dan mundur. Perkataan al-Hadhari ditambah bagi menafikan dakwaan tersebut.

Kedua: Apabila berlakunya salah sangka non-muslim terhadap sifat Islam dengan menganggap Islam tidak membawa kemajuan dan ketamadunan, atau mereka menyangka Islam sama seperti sifat agama-agama lain. Pernambahan perkataan hadhari mungkin boleh membantu mereka memahami kedudukan sebenar Islam.

Ketiga: Apabila umat Islam lalai dan cuai dalam menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Allah dan RasulNya sehingga kelihatan mereka tidak lagi menjadi umat yang berdaulat dan megah. Sebaliknya mereka tertindas, terpengaruh dengan kehebatan orang lain sehingga melupai Islam yang bersifat tamadun yang dianuti oleh mereka. Ketika itu perkataan al-Hadhari ditambah bagi mengingat umat bahawa Islam yang sebenar bersifat tamadun.

Keempat: Ketika umat Islam gagal memperlihatkan kepada dunia ciri-ciri ketamadunan diri yang bersesuaian dengan Islam yang bersifat hadhari. Kemunduran umat menjadi fitnah kepada Islam. Ketika itu, dunia mesti dijelaskan bahawa telah berlaku perbezaaan antara sikap penganut Islam dengan Islam yang hadhari. Kemunduran tidak boleh dikaitkan dengan Islam, justeru kerana Islam itu bersifat hadhari.

Kelima: Ketika kita sedang melancarkan kempen kesedaran agar umat Islam kembali bangkit membina kegemilangan lampau. Seruan yang mengingatkan tentang tamadun yang menjadi sifat Islam akan mampu menjadikan umat lebih tertumpu dan fokus kepada objektif yang hendak dituju iaitu mereka mesti bergerak membina semula kecemerlangan tamadun.

Sebelum perkataan Islam Hadhari kedengaran di Malaysia, sebenarnya sudah ada beberapa penulis muslim Arab yang menggunakan perkataan yang sama dalam tulisan mereka merujuk kepada konteks perbincangan tertentu. Antaranya Mamduh al-Syeikh dalam tulisannya “Ab‘ad al-Hadharah: Maza ‘Ata al-Islam li al-Basyariyyah”. Tulisan ini disiarkan di internet (www.arabworldbooks.com)

Inilah kemunafikan ASRI dalam masalah Islam Hadhari, dalam artikel Pro-Kontra Islam Hadhari, MAZA bukannya mengkritik fahaman sesat Islam Hadhari, tetapi dia mengkritik Perlaksanaan Islam Hadhari. Perlu dibezakan antara mengkritik idea sesat islam Hadhari dengan mengkritik perlaksanaan Islam Hadhari oleh JAKIM dan Kerajaan Malaysia.

HENTIKAN SIFAT MUNAFIK MU ASRI

Posted by: sokongsalaf | March 31, 2008

Surat Mufti Sumpah-sumpah MAZA kepada TV3

Di bawah adalah lampiran surat Mufti Sumpah-sumpah MAZA, sekarang sedang bersiap sedia menukar warna badannya mengikut persekitaran semasa. Tuan Mufti yang selama ini tidak bebas dari aktiviti mencela parti pembangkang, telah melakukan perubahan kali ini. Namun, tulisan ini hanya berani ditulis selepas TV3 telah mengubah cara penyampaian berita.

Sepatutnya mufti sumpah-sumpah ini, kalau ikhlas nak menegur, tegurlah masa kemuncak TV3 menyampaikan berita sebelum pilihan raya mulai 13 Feb iaitu masa TV3 mula menebar propaganda agresif menghentam PAS dan Pembangkang, kenapa selepas pilihan raya baru nak tegur TV3? Setelah tahu BA dah kuat? dan sekarang dah mula nak mengampu Kerajaan BA pulak.

Tindakan macam sumpah-sumpah itu adalah tindakan munafik.

========================

Surat berleter-head Jabatan Mufti Perlis ke TV3

27hb. Mac 2008
Penerbit Buletin Utama TV3,
Sri Pentas
No.3 Persiaran Bandar Utama,
47800 Petalaing Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Assalamualaikum wbt
Tuan,
KEPERLUAN BERITA YANG SAHIH LAGI BERSIH DARI SEBARANG
PROVOKASI
Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara.
Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau
sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang
tidak adil terhadap mereka. Firman Allah dalam Surah al-Maidah:
8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan
pemikiran pada mutakhir ini, saya mengharapkan agar sumber-sumber berita
sama ada TV, atau internet, akhbar dan seumpamanya bersifat adil dalam
menyiarkan sesuatu berita. Sampaikanlah berita yang benar sekalipun
mengenai pihak yang berbeza aliran dengan kita. Jauhi unsur-unsur
prasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap
berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya. Biarlah rakyat yang
matang membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih. Jika
tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita
bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.
Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama
dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat
kepercayaan umum.

Sekian,

DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Posted by: sokongsalaf | March 24, 2008

Sunnah perlis, syahidan kasim dan mufti perlis

Ini adalah tulisan dari saudara aznan hamat, iaitu seorang yang beraqidahkan salafi dan manhaj haraki, dia mengkritik kump salafi yang disebut sebagai tajdid segar (ini bahasa kami). Mengkritik sikap pelakon-pelakon salafi yang memegang watak utama, perfileman salafi segar di Perlis.

Assalamualaikum,

Sunnah Perlis?

Dalam salah satu forum yang di hadiri oleh Dr Basit (phD Madinah) dalam program sunnah telah di hadiri sama oleh Syahidan Kasim. Dalam membentangkan persoalan sunnah Dr Basit menekankan sunnah yang syumul termasuklah penghapusan riba, persoalan aurat, hudud, pergaulan bebas, mengelakkan pembaziran, persoalan hutang dan lain2 persoalan yang lebih besar dari persoalan talkin, tahlilan dan seumpamanya. .

Biasanya syahidan kasim sentiasa mengemukakan soalan tapi kali ini dia keluar dari majlis kerana tidak tahan dengan ulasan yang diberikan oleh Dr Basit. Lalu Dr Basit telah dituduh merosakkan majlis walaupun berkata benar dalam persoalan sunnah yang syumul.

Institut Ibnul Qayyim telah merakamkan kejadian ini tapi tidak di keluarkan dalam lamannya dan tidak disebarkan dalam bentuk vcd kerana menjaga aib pejuang sunnah perlis Syahidan Kasim. Saya hairan betul kat geng yang kata tajdid ni.. ada pilih kasih pulak ye.. Yang di sebut oleh Dr Basit adalah persoalan sebenar yang patut di fahami oleh pejuang tajdid.. jangan memperjuangkan sunnah dalam bentuk yang terlalu sempit.

Syahidan Kasim?

Syahidan Kasim telah berubah di akhir pemerintahannya. Dia telah nampak ingin kembali kepada Islam. Mungkin atas sebab tekanan di mana kemewahan, pembaziran, hutang yang bertimbun di Perlis sehingga bil air, bil elektrik yang tak terbayar menyebabkan dia tersentak dan ingin kembali kepada Islam. Baguslah kalau begitu tapi kenapa tidak bersikap adil dan cuba mengemukakan islam yang syumul.

Kenapa mengemukakan semata2 sunnah perlis? Tapi ada yang mengatakan kerana ingin menjaga kedudukan politik, kalau di bincangkan persoalan sunnah yang syumul nanti dibuang oleh pimpinan atas.. betul ke wallahu a’lam.. tapi hakikatnya dah terbuang pun walaupun tak bincang persoalan sunnah yang syumul, Kan lebih baik dalam masa keinsafan tersebut terus melaksanakan islam yang syumul sebagai taubat untuk membaiki kesilapan yang lama.. Jangan mengharapkan perkara yang jauh, nanti jadi angan2 mat jenin..

syahidan kasim tak sempat untuk membaik pulih atau mengembalikan Islam di perlis dalam bentuk yang syumul ..Dengarnya akaun negeri Perlis masih dalam bank konvensional dan tak di tukar ke bank islam. Sepatutnya perkara ini sempat di laksanakannya sebelum perkara yang susah lain.

Seminar sunnah?

Seminar sunnah di Perlis pun dalam bentuk yang sempit dan sepatutnya ia menjurus kepada masalah besar yang semasa. Masalah penyelesaian kes jenayah mengikut sunnah, penyelesaian masalah pergaulan bebas, mat rempit mengikut sunnah, persoalan insuran islam atau mengikut sunnah, persoalan kad kredit islam, persoalan hutang dan riba, persoalan riba dalam ptptn adalah persolaan islam dan sunnah yang bersifat semasa dan perlu diketahui oleh pendokong sunnah dan tajdid.

Mufti Perlis?

Mufti perlis (SS Asri Zainal Abidin) sentiasa menyuruh orang bersikap adil dalam penilaian.. Tapi atas sebab kondisi atau kedudukannya ada perkara yang sangat jelas mempunyai kepentingan politik dirinya sendiri, mencari pengaruh, mencari pertentangan supaya dia dilihat dan diperhatikan orang…

Islam Hadhari dan Mufti Perlis

Islam Hadhari adalah isu lapok dan modal lapok dan langsung tidak digunakan oleh Pak Lah dan UMNO semasa p/raya kali ini… Yang membincangkan Islam hadhari pada waktu terdekat dengan p/raya hanyalah syahidan kasim dan mufti perlis. Mufti Perlis apabila di tanya tentang Islam hadhari terus menjawab dalam bentuk yang kabur dan menyembunyikan kebenaran..

Jawapan yang mudah kalau bersikap adil adalah jelas. Islam hadhari dari segi bahasa yang di melayukan mungkin boleh diterima tapi perlaksanaannyalah yang perlu di tekankan. Tapi kalau eksekutif pelaksana menjadikan Islam hadhari mengikut acuan nafsu sehingga seumpama islam liberal maka sudah tentu ia adalah salah dan haram. Jawapan semudah ini pun tak dijawab oleh Mufti mungkin mencari peluang bercakap di TV atau pun mungkin nak jaga syahidan kasim!!! Tapi adakah cara politik mufti perlis ini benar?? atau menyebabkan orang yang baik lagi meluat dengan mufti perlis dan menolak sunnah??

Artikel sebelum jadi mufti perlis kritikan terhadap islam hadhari langsung dah tak de dalam internet. kat mana mufti perlis ini buang pun tak tahulah..

Mufti Perlis dan Zuhud?

Dalam satu segi ada zuhudnya mufti perlis kini. Dalam ceramahnya untuk menunukkan kezuhudannya dia mengatakan dia tak ingin lagi menjadi mufti perlis tapi tiba2 di sambung pula kontraknya.. Tu jadi konfiusnya..

Jawatan mufti yang ditakuti ialah tidak berkata benar dan dipengaruhi oleh golongan politik atasan tak kiralah negeri mana pun.. Tu yang payahnya..

Tapi sepatutnya mufti yang biasanya berkontrak sahaja 2 tahun sekali sepatutnya berusahalah berkata benar walaupun ada risiko di buang atau di berhentikan kontrak. Kebenaran lebih besar dan suci dari jawatan mufti tersebut.

Berkata benar, bukanlah maksudnya menjatuhkan aib pemimpin, tapi berkata benar untuk menegakkan kebenaran dan supaya tidak menyesatkan rakyat jelata. Berkata benar bukanlah bermaksud mesti mencela atau memaki pemimpin tapi sekadar mengatakan hukum yang sebenar!!

Itu pun mufti perlis tak boleh buat kerana nak jaga syahidan kasim???

Mufti perlis ini juga menyatakan kelantan akan malap kerana sikap tok2 guru pondok yang pelik dan berkhayal dengan mimpi dan sebagainya.. Benar juga kata syeikh mufti perlis ini tapi di waktu yang sama jangan sekadar menuduh orang je.. tapi perlis juga mungkin malap kembali perjuangan sunnahnya apabila syahidan kasim telah tidak memegang tampuk pemerintahan perlis..

Mesti di ingat, pejuang sunnah di Kelantan adalah yang paling ramai berbanding perlis contohnya ketokohan Dr Johari Mat, Dr basit, Maulana Asri, Abdullah Qari dan sebagainya tapi geng2 pondok ini juga ramai menyebabkan ada perkara2 bid’ah yang dipertahankan.

wassalam

Sungguh molek perangai bekas MB Peghlih, Dato Seri Shahidan apabila beberapa kali naik turun flight ke Putra Jaya menuntut namanya dicalonkan untuk ahli Dewan Undangan Negeri, Tambun Tulang (tempat aku tu). Setelah namanya disingkirkan dari senarai pertama, kemudian dalam berangan-angan untuk menjadi MB sekali setelah BN menang lagi, sekali lagi dia diludahi oleh orang UMNO sendiri, iaitu dia tidak dapat menjadi MB Peghlih. Akhirnya dia menuntut lagi dan lagi (sila klik berita terbaru)….Bab muka bebal sahidan Kassim ini telah diketahui umum

Mufti Peghlih dalam pada itu berdiam diri dengan orang yang tamakkan kuasa ini, walhal Mufti Peghlih seharusnya mengeluarkan fatwa kepada sekutu rapatnya ini tentang meminta-minta jawatan. Sedangkan dulu mengikut pendapat Sahibus Samak MAza (sila Klik untuk baca Larangan meminta jawatan Kepimpinan) Ringkasan tulisan ini MAZA ini adalah.
1) Orang yang tamakkan kuasa – sepatutnya tidak diberikan kuasa oleh pihak atasannya
2) menukil dari Al-Baidhawi MAZA menegaskan, Keinginan untuk memperolehi kuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah.
3) Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yang tamakkannya dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka dia tidak dilantik,
4) sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah tidak akan menolongnya jika dia memerintah
5) mereka yang menuntut jawatan sebenarnya telah meletak keistimewaan atau kelayakan pada sendiri. Ini adalah lambang keegoan
6) Meminta jawatan adalah suatu bentuk menuntut diiktiraf kelebihan diri di hadapan orang lain
7) Kutipan Syaukani “maka tidak dihalalkan melantik orang seperti itu”

Minta Mufti Perlis MAZA nyatakan pendirian bukan sebaliknya berdiam diri dengan sikap meloyakan Shahidan Kasim ini. Jangan jadi Syaitan bisu pula.

Pilih calon jangan pilih parti… pilih calon solat, jangan pedulikan sama ada dia dari parti sekular atau dari parti Islam. Inilah mesej yang ingin disampaikan sebenarnya oleh Sahibus Samak Mufti Perlis. Mungkin inilah jalan tengah yang diambil oleh Mufti Termuda ini, bagaimana untuk menyelamatkan Tuannya iaitu Sahidan Kasim, fatwanya adalah fatwa selamat untuk menyelamatkan diri supaya tidak menyinggung hati tuannya.

Ini menunjukkan dengan jelas bahawa boleh undi orang UMNO yang pergi solat jemaah walaupun menaiki bot sekular, barua tetap barua…

Sila baca tulisan jawapan di bawah.
=========================
AWASI PANDANGAN SEMBRONO

PENGENALAN :

Hati saya terdetik bila membaca kenyataan Dr Mohd Asri di dalam Sinar Harian, Selasa, Februari 2008, N 15 : UNDI BERDASARKAN CALON BUKAN PARTI. Beliau juga mengeluarkan kempen secara terang-terangan : �pilihlah calon, bukan parti.� Di akhir kesimpulan wawancara tersebut beliau sekali lagi menegaskan : �Maka pilihlah berdasarkan calon bukan parti.�

Di sudut yang lain Dr Mohd Asri menyifatkan seseorang memilih parti bukannya calon sebagai cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud. Beliau juga menisbahkan pemikiran seperti itu sebagai pemikiran kanak-kanak tadika. Subhanallah!

Tapi saya tak pelik. Ini style biasa beliau dalam melontarkan pandangan terbuka. Tulisan beliau menjadi saksi penting kepada kita dalam pembuktiannya. Kali ini, mari kita sekali lagi sama-sama menganalisa tulisannya itu.

ANALISA 1 :

Kenyataan Dr Mohd Asri bahawa pengundian berdasarkan calon bukannya parti tidak benar sama sekali. Ketentuan ini jelas salah apabila kita mengkaji keseluruhan aspek pilihanraya, parti dan calon yang bertanding.

SEDAR :

Perlu disedari, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen. Walaupun demokrasi tiada dalam Islam, namun ia satu-satunya sistem yang ada untuk kita mendapatkan kuasa pemerintahan sesebuah negara khususnya, Malaysia. Melalui kuasa dan pemerintahan, Insya Allah kita akan dapat mendaulatkan negara dengan agama. Sekaligus melakasanakan tuntutan yang terkandung di dalamnya.

SISTEM SYURA:

Sistem Pelantikan Khalifah berasaskan syura adalah yang terbaik. Ia berbeza sama sekali dengan sistem pilihanraya. Ada juga beberapa penulis cuba mengampu pemerintah kononnya sistem Demokrasi adalah Syura. Sebenarnya tidak ada persamaan antara keduanya. Kalau serupa pun, ia tetap tidak sama. Jika kita mengkaji, terdapat kebanjiran fakta di dataran akademik dalam masalah ini.

Tidak syak, umat Islam perlu kembali kepada sistem Syura. Mempraktikan urusan politik pemerintahan sebagaimana zaman awal peradaban Islam. Itulah yang sebaik-baiknya lantaran mengamalkan sesuatu yang telah dicontohi Nabi SAW, para sahabat dan tabi�in dan seterusnya.

REALITI :

Tetapi secara realitinya sistem itu tiada dalam diari pilihanraya kita. Namun, jika kita tak ambil peduli, bagaimana pula halnya dengan kuasa pemerintahan dan tanggungjawab agama di negara kita tercinta. Tentunya peluang ini dimanipulasi golongan bukan Islam atau juhalak muslim. Tentunya �power� mereka nanti lebih merugi dan memudharatkan agama. Dan agama pula tidak akan tertegak kecuali dengan kuasa dan pemerintahan.

Jika kita berkempen menentang perlembagaan secara membuta tuli atas alasan perlembagaan penjajah, sistem sekular, jahiliyyah, bla-bla… Dok kene jugok. Nanti kita akan ditangkap, didakwa dan disabitkan kesalahan kerana melancarkan keganasan atau peperangan ke atas Yang Dipertuan Agung. Masuk ISA – Kamunting�gelap masa depan. Tiada langsung harapan untuk berdakwah. Apatah lagi mendirikan negara dan umat berasaskan tuntutan syarak.

Justeru, Jangan jadi macam Hizb Tahrir. Dahla pertubuhan mereka tidak didaftarkan, menyeru pula manusia supaya tidak mengundi kerana mengundi itu berasaskan demokrasi. Dan demokrasi di dakwa tiada dalam Islam. Ya, amat sukar bagi golongan yang tidak sudi mengerti. Ya Allah! Bukalah pintu hati kaum bangsaku gengan kebenaran. Hanya Dikaulah pembuka pintu hati manusia.

TIADA PILIHAN:

Oleh yang demikian, Kita tiada pilihan. Nak tak nak, terpaksa melibatkan diri dengan pilihanraya. Samada mendokong parti, menjadi calon, SPR atau menjadi pengundi. Walaupun bukan secara syura, demokrasi juga tidak menolak Islam secara total. Malah hak-hak asasi Islam diberi keutamaan. Dan ada keistimewaan yang lebih dari itu di negara kita. Al-Hamdulillah.

PILIHANRAYA DAN PARTI :

Kini pilihanraya datang lagi, penubuhan parti politik adalah salah satu cabang dari demokrasi. Kewujudan parti politik perlu berdaftar. Parti �haram� tidak layak bertanding. Parti �ekspress� dibenarkan walaupun bertujuan �kaca daun� dalam pilihanraya.

Setiap parti ada ahli, carta organisasi, modal, ideologinya tersendiri. Ideologi parti mencorakkan manifesto terkini 5 tahun sekali. Manifesto dirangka untuk menambat hati pengundi. Sekaligus bertujuan menarik sokongan mereka. Dan sokongan dengan majoriti 2/3 memberi kuasa kepada parti politik yang menang menubuhkan kerajaan. Inilah realtinya. Pendek kata, hubungan antara parti dan calon begitu akrab dan sinonim.

Sejarah pula membuktikan kepada kita bahawa citarasa pengundi tetap berbeza. Walaupun ideologi parti dipersetujui mereka, namun qualiti calon juga turut diambil kira. Ada calon yang �matching� dengan ideologi parti dan pengundi. Dan ada pula �calon terbang, calon import, calon lompat� dalam parti. Moralnya, kedua-duanya adalah mekanisme penting pegundi.

KESIMPULAN :

1) Kenyataan pilih calon bukan pilih parti adalah tidak bersifat realiti. Bahkan tidak benar sama sekali. Ini kerana seseorang calon bertanding dicadang oleh parti. Setiap parti pula ada ideologi masing-masing. Apakah ideologi parti tidak dinilai dalam agama? Ada..dan anda tidak perlu mempersekularkan pemikiran manusia. Justeru, kedudukan parti dan calon sama penting dan perlu diambil kira dalam pembuangan undi.

2) Parti-parti politik di Malaysia mempunyai ideologi pelbagai. Ada yang berideologi Islam, ideologi Campuran (Islam, Sekular dan Liberal) Sekular, Liberal Demokratik, berasaskan kaum DLL. Kalu anda mengundi hanya semata-mata kerana calon. Bagaimana pula ideologi yang diperjuangkan calon tersebut.? Tentunya perjuangan calon berkenaan berasaskan ideologi parti? Kecuali calon daripada Kerajaan Langit Ripen Besut. Fikir-fikirkanlah!

3) Jika ideologi parti tidak menepati kehendak Islam, apakah kita masih lagi boleh memilih calon berkenaan hanya berasaskan kepada dua syarat calon yang Tuan Mufti cadangkan itu. Iaitu kekuatan (kemampuan, kewibawaan) dan kesolehan peribadi yang memelihara dirinya dari pelanggaran hukum. Oleh itu, jika ideologi parti tidak selari dengan tuntutan Islam tetap diperjuangkan calon ternyata kesolehan calon tersebut hanya kosmetik sahaja. Tambahan pula niat calon yang baik tidak sesekali menghalalkan matlamat (ideologi) yang salah.

4) Sepatutnya seorang Mufti yang bertugas sebagai Sahibus Sohafah lebih arif dari pegawai JAKIM yang sengkek ini. Kearifan dalam pelbagai bidang melambangkan status pengetahuan am kita sebenarnya. Justeru, jika anda tidak mempunyai pengetahuan, jangan mudah mengeluar kenyataan di khalayak awam. Kerana kenyataan seperti ini menterjemahkan kesembronoan ahli agama. Apatah lagi bertaraf Mufti. Bersama kita jadikan suarah al-Israk ayat 36 sebagai pedoman hati nurani.

5) Seseorang Mufti tidak perlu mencemuh orang lain dengan cemuhan berfikiran sempit, lagak budak tadika dan jumud. Bukankah Perkataan itu melambangkan kekerasan dan keegoan yang bersarang di hati seseorang. Sesungguhnya Allah tidak menyukai ucapan perkataan-perkataan yang buruk kecuali orang-orang yang dizalimi (Surah an-Nisa� ayat 148). Nabi SAW bersabda : �Sesungguhnya Allah amat membenci setiap perkataan yang kasar lagi berat..� �riwayat Ibn Hibban dan al-Baihaqi m/s 194 juz 10. Wallahu�alam.

JUSTIFIKASI :

Keterangan di atas menjustifikasikan kepada anda bahawa kenyataan Dr Mohd Asri tidak benar sama sekali. Bahkan tidak berpijak di bumi realiti. Kita juga mendapati bahawa lontaran idea beliau ini merupakan penanda aras pemikirannya. Maka awasilah diri anda dari sebarang pandangan sembrono. Kita bukan hanya melihat autoriti. Sebaliknya lihatlah kepada kualiti.

INGAT ALLAH, PILIH PARTI, PILIH CALON..INGAT ALLAH..BARU MENGUNDI
Zamihan Mat Zin al-Ghari (012 -2465518)

Posted by: sokongsalaf | February 23, 2008

Salafi Totok Undi UMNO dan Salafi Terbuka Undi PAS

Percanggahan demi percanggahan dalam salafi berlaku, alhamdulillah ada salafi yang terbuka untuk mengundi pemimpin dari kalangan pejuang Islam yang baik. Namun Salafi aliran keras anak buah kesayangan Rasul Dahri masih lagi ini mengundi pemimpin sekular lagi Korupsi, inilah thread perbalahan mereka

===
Re: Kalau pipi kita dilempang

Nak tanya nawie83.

1. Siapakah penguasa Malaysia sekarang ini dan apakah selama ini
nawie83 menganggap beliau sebagai seorang penguasa yang wajib di
taati?

2. Jika beliau adalah penguasa yang dipilih melalui sistem demokrasi
(yang dikatakan sebagi perangkap) oleh nawie83, lalu bagaimana pula
dengan taraf beliau sebagai penguasa?

— In alFikrah@yahoogroups.com, “¸.·Naw@…*··.¸¸.·”
wrote:
>
> Macam mana riwayat ni yg menyentuh persoalan terhadap pemimpin?
>
> Dan bagaimana pula dengan pendapat para imam di era yang lebih
awal dari kita berkenaan isu pemimpin?
>
> Apa yang saya dapati, demokrasi adalah sebagai suatu perangkap
kpd umat ISlam utk memecah-belahkan kesatuan umat. Demokrasi
membenarkan kita memberontak dan melakukan suatu hal yang jauh dari
sunnah dalam persoalan bermuamalah dgn pemerintah.
>
> minta saudara2 komen…
>
> Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:
>
> “Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah
menceritakan bahawa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah
menceritakan bahawa Simak bin al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas
di Madinah, beliau berkata kepadanya: Bagaimana menghadapi sikap
penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas
sadaqah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas
menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau
menambah: Wahai Hanafi! Al-Jamaah, al-Jamaah (peliharalah persatuan
di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan,
apakah kamu tidak mendengar firman Allah: Dan berpeganglah kamu
semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”.
(Tafsir Ibnu Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. Lihat: Ad-
Darrul Mansur 2/285-286. Cetakan Darul Fikr.)
>
> “Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Sesungguhnya Allah rela atas kamu dalam tiga perkara: Hendaklah kamu
menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, hendaklah
kamu sekalian berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan
janganlah berpecah-belah, dan hendaklah kamu sekalian saling
menasihati dengan orang yang diangkat Allah untuk memegang urusanmu
(pemimpin kamu)”. (Musnad Imam Ahmad, 2/376)
>
> Rasulullah sallallahu `alaihi wa-sallam telah bersabda:
>
> “Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah
melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan
umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata
sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan
dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya”. (Hadis
Riwayat Bukhari)
>
> “Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar
ialah melakukannya secara individu, bukan di hadapan khalayak ramai.
Bahkan amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya
dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Tanbih
al-Gafilin an-A’malil Jahilin wa-Ta’zirus Salikin Min Af’alil
Halikin. Hlm. 64)
>
>
>
> muhammad wrote:
>
> Dalam Islam kita dibenarkan melempang semula pipi orang yang
melempang
> kita.
>
> Kalau bapa kita dibunuh maka kita boleh minta kerajaan Islam bunuh
> balik orang yang bunuh bapa kita. Kalau nak maafkan LEBIH baik tapi
> kita tak boleh MARAH orang yang tidak mahu memaafkannya.
>
> Bila Nabi sallAllah ‘alayhi wa sallam mengutuskan Mu’aazh ke Yaman
> maka antara pesan Nabi ialah “Takutilah doa orang yang dizalimi”
> (Sahih Al Bukhari)
>
> Apakah bentuk doa orang yang dizalimi sehingga perlu ditakuti ? Doa
> untuk kebaikan ke ? Tentulah doa untuk keburukan ! Mendoakan
> pemerintah untuk keburukan akibat daripada menjadi mangsa kezaliman
> adalah shar’iyy ! !
>
> Kalau wanita-wanita isteri tahanan ISA yang tidak dibicarakan
hingga
> kini mahu berdoa agar segala bentuk keburukan mengenai Menteri
Dalam
> Negeri maka itu adalah harus dan tak perlu kita pertikaikan.
>
>
>
>
>
>
> @an-Nawawi
> YM: nawie83@…

Posted by: sokongsalaf | February 16, 2008

Politik Bangkangan Dalam Islam – Al-Ahkam.net

Artikel yang saya masukkan ini adalah tulisan dari Ust Mohd Khairuddin, Syeikh Zain-Ys telah memasukkannya ke dalam al-ahkam.net, ini mungkin menjadi tamparan hebat kepada groups salafi yang suruh mengundi UMNO atas dasar ketaatan kepada pemerintah kata mereka, dan pengakuan beberapa orang ‘sifu’ salafi sebelum ini. Sila baca Pengakuan Salafi Untuk Undi UMNO

Untuk artikel asal sila klik atas tajuk
Politik Bangkangan Dalam Islam

Oleh Mohd Khairuddin Aman Razali

B.A Univ. of Jordan, M.A al Al Bayt University, Jordan.

http://www.darulfuqaha.com / http://www.syeikh-takiri.blogspot.com

Politik merupakan satu perkataan yang merujuk kepada polisi pentadbiran dan pengurusan. Dalam konteks sebuah negara ia merupakan teknik dan kaedah pentadbiran dan pengurusan urusan kenegaraan. Politik pentadbiran negara merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari Islam kerana seorang Muslim terikat dengan hukum hakam dan peraturan Ilahi dalam mengurus dan mentadbir sesuatu apatah lagi sebuah negara yang akan melibatkan pengurusan kehidupan manusia di dalam pelbagai aspek kehidupan seperti sosial dan ekonomi.

Konsep ini sesuai dengan keadaan manusia sebagai “khalifah” di muka bumi Allah. Persoalan “khilafah” ini merupakan matlamat penciptaan manusia di bumi yang telah ditegaskan oleh Allah kepada para Malaikat sebelum manusia pertama dicipta. Firman Allah bermaksud : “Dan ingatlah peristiwa tatkala mana Tuhan kamu berfirman kepada para Malaikat : Aku pasti meletakkan di muka bumi ini “khalifah”. Para Malaikat lantas bertanya(hikmahnya): Adakah kamu akan jadikan di muka bumi ini orang yang akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah? Sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji kamu dan mensucikan kamu? Allah berfirman: Aku tahu sesuatu yang kamu tidak tahu”. Al Baqarah : 30.

Imam Tobari menghuraikan maksud “khalifah” berasaskan riwayat yang disebut oleh Ibnu Mas`ud dan Ibnu `Abbas dengan makna “wakil’ dariKu untuk mewakiliKu dalam memerintah antara makhlukKu. ( tafsir Tobari juz 1, ms 237 ). Persoalan yang timbul adakah manusia bebas untuk memerintah bumi menurut perkiraan nafsu dan akalnya yang cetek? Jawapannya : Tidak! Malah manusia terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah kerana dia sendiri adalah “wakil” kepada Allah. Bolehkah seorang wakil menyalahi peraturan orang yang diwakilinya? Justeru konsep politik islam menuntut keterikatan manusia dengan hukum hakam Allah dalam mengurus dan mentadbir muka bumi ini.

Ayat di atas menjadi dalil utama para ulama untuk menegaskan kewajipan melantik seorang pemerintah yang akan ditaati untuk menjadi tempat kesepaduan suara dan melaksanakan hukum hakam pemerintahan( Tafsir Qurtubi juz 1, ms 251). Hukum kewajipan melantik pemerintah atau kerajaan ini tidak menjadi khilaf di kalangan ulama. Pemerintah ini diperlukan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di kalangan makhluk dan melaksanakan peraturan Allah ke atas makhluknya. Justeru itulah Allah menegaskan kewajipan taat kepada para pemerintah di dalam firmanNYa bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!Dan taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan Uli al Amr (yang mempunyai hak membuat arahan) di kalangan kamu. Seterusnya jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali merujuk kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Itulah yang terbaik dan seelok-elok tafisran”. An Nisa’: 59.

Imam Qurtubi menjelaskan ayat ini merupakan arahan kepada rakyat kebanyakan agar taat kepada Allah iaitu dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, kemudian di tahap yang kedua taat pula kepada Rasul dalam segala arahan dan larangannya, kemudian di tahap yang ketiga taat pula kepada para pemerintah menurut pandangan jumhur ulama” ( Tafsir Qurtubi, juz 5, ms 224-225). Ada di kalangan para ulama di antaranya Ibnu `Abbas, Hasan bin Ali,Jabir bin Abdullah, Mujahid, ad Dohak, Abi `Aliyah dan Imam Malik yang mentafsirkan makna Uli Amri dengan makna ahli al Quran dan ahli Ilmu atau para Fuqaha dan ulama agama (Tafsir Tobari, juz 4, ms 150-152 ).

Ketaatan kepada pemerintah tidak mutlaq kerana ia terikat kepada sejauh mana para pemerintah taat kepada Allah. Justeru itu ayat di atas menyebut perkataan taat sebanyak dua kali ketika menyebut arahan ketaatan kepada Allah dan Rasul manakala perkataan “taat” tidak disebut ketika menyebut arahan taat kepada pemerintah. Ibnu Khuwaiz menyebut : “ Adapun ketaatan kepada pemerintah adalah wajib dalam perkara yang mentaati Allah dan tidak wajib dalam perkara ma`siat “. Kata al Qurtubi : “kerana itulah kami mengeluarkan fatwa bahawa para pemerintah zaman kami tidak boleh ditaati , dibantu dan diagung-agungkan ( kerana mereka melakukan ma`siat), tetapi wajib berjihad bersama mereka..” ( Tafsir Qurtubi juz 5, ms 224).

Kewajipan taat kepada pemerintah ditegaskan oleh baginda di dalam banyak hadis di antaranya: “Sesiapa mentaatiku maka dia mentaati Allah. Sesiapa mentaati pemerintahku maka dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhaka kepada ku dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang menderhakai pemerintahku dia telah menderhakaiku”. Malah baginda bersabda : “ Dengar dan taatlah kamu meskipun yang memerintah kamu itu seorang hamba berkulit hitam yang kepalanya bagaikan buah anggur kering”. Ali bin Abi Tolib menyebut: “Wajib ke atas pemerintah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila itu dilakukan wajib ke atas orang Islam mentaatinya kerana Allah memerintahkan kami mentaatinya dengan menunaikan amanah dan keadilan kemudian mengarah kami mentaati pemerintah”. ( Tafsir Qurtubi , juz 4, ms 224).

Apa yang dapat disimpulkan dari paparan di atas ialah :

1. Pemerintah wajib memerintah berdasarkan arahan dan hukum hakam Allah.

2. Apabila itu dilakukan menjadi kewajipan kepada rakyat mentaatinya.

Inilah konsep politik Islam. Bagaimanakah konsep ini boleh difahami? Seorang pemerintah diberi Bai`ah oleh rakyat untuk memerintah dunia berdasarkan kehendak Allah dan Rasul. Apabila Ba`iah ini tidak ditepati maka rakyat mempunyai hak untuk menurunkan pemerintah tersebut. Di sinilah datangnya konsep bangkangan dalam politik Islam. Kerana itulah Allah mengarahkan di akhir ayat di atas agar kembali kepada Allah dan Rasul dalam sebarang pertelingkahan.

Pemerintahan dalam Islam tegak di atas lima asas iaitu

1.
Penggubal Undang-undang hanyalah Allah. Ia diungkapkan sebagai “ kedaulatan adalah milik Syara`” kerana sumber perundangan untuk segala urusan manusia yang mukallaf adalah Allah. ( Abdul Wahab Khallaf, Usul Feqah, ms 96). Ia berasaskan ayat bermaksud “tidak ada perundangan melainkan milik Allah”. Al An`aam:57, Yusuf 40, 67. Oleh kerana Allah adalah sumber maka pemerintah terikat dengan peraturan Syara`agar manusia aman dari sebarang kezaliman dan sikap bermaharajalela dengan kuasa tanpa ada yang mampu membangkang.
2.
Melantik seorang pemerintah adalah wajib. Melantik lebih dari seorang adalah haram kerana ia membawa kepada perpecahan ummah dan kelemahan negara.
3.
Syura di antara Imam dan rakyat adalah wajib. Ia bertujuan mengawasi para pemerintah agar tidak tersilap langkah dengan melakukan kemungkaran.
4.
Pemerintah sahaja berhak untuk melaksanakan peraturan dan tindak-tanduknya berasaskan kepada kepentingan rakyat.
5.
Pengawasan dan penilaian terhadap pemerintah adalah satu kewajipan ke atas rakyat.

Dari paparan di atas dapat difahami konsep bangkangan di dalam Islam. Bangkangan politik merupakan satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh rakyat untuk memastikan para pemerintah sentiasa taat kepada Allah dan Rasul. Bangkangan ini berasaskan kepada konsep Amr ma`ruf dan Nahi mungkar iaitu “mengarah melakukan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran”. Para Fuqaha silam yang membicarakan politik Islam mengungkapkannya dengan istilah “ Hisbah”.

Sifat bangkangan atas asas ini merupakan sifat asas bagi umat Islam. Inilah ciri keistimewaan yang ada pada mereka hingga mereka digelar oleh Allah sebagai “ sebaik-baik ummah”. Firman Allah bermaksud : “ Kamu adalah sebaik-baik ummah kerana kamu memerintahkan agar melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran dan kamu pula beriman dengan Allah. Sekiranya ahli kitab beriman nescaya itulah yang terbaik untuk mereka. Sebahagian mereka beriman dan kebanyakan mereka itu fasiq”.al Imran: 110

Bangkangan politik wajib kepada individu dan juga perkumpulan. Di antara dalil yang menunjukkan setiap individu berkewajipan berkecimpung dalam politik bangkangan ialah sabda baginda “ Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak mampu hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman”.Hadis riwayat Muslim, Turmuzi, Ibnu Majah dan Ahmad.

Bangkangan politik juga dilakukan dalam bentuk perkumpulan agar memberi kekuatan suara dan pengaruh yang kuat kepada pemerintah untuk meninggalkan kemungkaran dan melakukan kebaikan. Arahan bangkangan berkumpulan disebut oleh Allah dalam firmanNya : “ Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan Islam, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran. Dan merekalah orang yang benar-benar berjaya”. Al Imran : 104.

Allah telah memuji bentuk kerjasama yang ada di kalangan orang beriman dalam melakukan tugas besar ini. FirmanNya : “ Dan orang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka merupakan pembantu kepada yang lain. Mereka menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran”.at Taubah: 71.

Allah melaknat golongan Yahudi kerana sikap mereka yang tidak menentang kemungkaran. Firman Allah : “ Dilaknat orang yang kafir dari kalangan Bani Israel menerusi lidah Nabi Dawud dan Isa bin Maryam kerana mereka telah derhaka dan mereka telah melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan”. Al Maidah “ 78-79

Oleh kerana bangkangan politik dalam Islam merupakan satu tugas yang besar dan berasaskan kepada konsep amr ma`ruf dan Nahi mungkar, para ulama telah menggariskan beberapa adab yang mesti menjadi hiasan para pembangkang politik di antaranya :

1.
mengikhlaskan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menyedari bahawa bangkangan ini dilakukan demi menunaikan kewajipan ilahi.
2.
mempunyai ilmu yang boleh membezakan manakah perkara yang di larang dan diperintah agar tidak berlaku bangkangan dalam perkara ma`ruf dan mendiamkan diri dalam perkara kemungkaran.
3.
Bangkangan atas asas nasihat beragama. Sabda baginda : “ Agama itu nasihat”. Para sahabat bertanya : untuk siapa?”. Jawab baginda : “ Untuk Allah, untuk RasulNya, untuk pemerintah Islam dan Rakyat”.
4.
Bangkangan yang dibuat atas dasar kasih dan sayang kepada pemerintah Islam demi kebaikan Islam dan umatnya.
5.
Sentiasa berdoa agar Allah memberi taufiq kepada para pemerintah untuk kembali bertaubat kepada Allah.
6.
Memulakan dengan ungkapan yang lembut sebagaimana firman Allah kepada Musa dan Harun ketika diarahkan untuk berdakwah kepada Firaun: “ Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia amat melampaui batas. Seterusnya ucapkanlah oleh kamu berdua kata-kata yang lembut mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau merasa takut”. Toha : 43-44,
7.
Berhikmah dalam mengatur strategi. Hikmah ertinya kebijaksanaan melakukan tindakan berasakan suasana dan situasi. Sekiranya situasi menuntut keras perlu bersikap tegas manakala jika situasi menuntut berlembut menggunakan kelembutan. Firman Allah : “ Serulah kamu ke jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik”.an Nahl :125
8.
Jangan takut kepada ancaman sepertimana sabda baginda “ dan janganlah takut kepada celaan orang yang mencela”. Dan sabda baginda “Berkatalah benar meskipun ianya pahit”.

Bagi para pemerintah pula perlu berlapang dada dan beramal dengan konsep bangkangan yang telah digariskan oleh Umar al Khattab selaku khlaifah Islam yang kedua: “ Tidak ada kebaikan kepada kamu jika kamu engan nyatakan bangkangan kamu. Dan tidak ada kebaikan pada kami jika kami enggan mendengarnya”.

Kesimpulannya, POLITIK BANGKANGAN DALAM ISLAM MERUPAKAN SATU KEWAJIPAN UMMAH SEKIRANYA BERLAKU PENYELEWENGAN DI KALANGAN PEMERINTAH DENGAN MENINGGALKAN PERATURAN ALLAH DAN MELAKUKAN KEMUNGKARAN.

BANGKANGAN TIDAK BERERTI HANYA MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG. BAHKAN IA PERLU DILAKUKAN OLEH SEMUA PIHAK SAMADA AHLI PARTI PEMERINTAH, AHLI PARTI PEMBANGKANG DAN MEREKA YANG TIDAK BERPARTI MENURUT KONSEP DEMOKRASI YANG DIAMALKAN PADA HARI INI, SEKIRANYA BERLAKU KESILAPAN DAN KESALAHAN DI PIHAK PEMERINTAH.

BANGKANGAN PULA HANYALAH DALAM BENTUK MEMBERI NASIHAT ATAU MENGGANTIKAN PEMERINTAH LAIN SEKIRANYA MAMPU TANPA MENGANGKAT SENJATA MENENTANG MEREKA KERANA IA MEMBAWA PERTUMPAHAN DARAH DAN PERPECAHAN YANG DIHARAMKAN.

DALAM PERKARA KEBAIKAN DAN KETAATAN PULA WAJIB KEPADA RAKYAT MENTAATI PARA PEMERINTAH UNTUK MENJAGA PERPADUAN UMMAH.

Justeru bangkangan tidak hanya terhad kepada politik kepartian malah ia perlu mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat dan setiap individu.

Last Updated ( Friday, 15 February 2008 )

Posted by: sokongsalaf | February 14, 2008

Rasul Dahri Ibn Taimiyyah Terjebak dalam Aqidah Mujassimah

Dahulu kala di zaman pengembaraan Ibn Batutah kononnya dia bertemu dengan seorang yang dianggap sewel, orang itu mengajar di Masjid dalam bab Nuzul, orang itu turun dari Mimbar ke bawah dan kemudiannya berkata, “Allah turun dari langit macam aku turun dari mimbar ini”. Inilah pertuduhan yang terpaksa dihadapi oleh Ibn Taimiyyah. Namun akhirnya nama Ibn Taimiyyah telah dibersihkan kerana fakta kesahihan cerita dan dimensi masa yang berlainan dengan tarikh kedatangan Ibn Batutah ke Masjid Damsyik. Ini kerana pada masa itu Ibn Taimiyyah sudah berada dalam penjara.

Hari ini kes yang sama juga muncul, bila seorang Syeikh Salafi Malaysia Rasul Dahri Ibn Taimiyyah yang mengisyaratkan anggota badannya bila menceritakan sifat Tuhan, amalan ini adalah amalan mujassimah Allah dan telah ditegur oleh seorang orang kuat kerajaan UMNO Perlis iaitu SSSamak Mufti Asri Ibn Batutah. Kononnya dia menjawab soalan tentang sikap Rasul Dahri Ibn Taimiyyah ini. Akhirnya kesempatan telah muncul, Asri Ibn Batutah tidak melepaskan peluangnya untuk menulis dalam kitab pelayarannya iaitu Al-Ahkam dot net. Kali ini pukulannya bisa mengenggarkan kredibliti Syeikh Salafi Malaysia yang tua bangka itu.

Dalam hikayat Ibn Taimiyyah beliau tidak pernah mebela diri dari tuduhan Ibn Batutah, tapi kali ini hal yang berlainan sekali berlaku, Rasul Dahri Ibn Taimiyyah mengakui secara tersirat tentang perbuatannya, tapi menafikan aqidahnya menyamakan anggota badannya dengan Allah. Kali ini Rasul Dahri telah terperangkap kerana membela diri sambil mengakui apa yang dilakukannya. Maka Hikayat Pelayaran Al-Ahkam dot net yang dikarang oleh SSamak Mufti Asri Ibn Batutah telah disahihkannya. Inilah jawapan Ustaz Salafi yang menunjukkan kebodohan dan putarbelitnya; http://www.4shared.com/file/36718407/c019bc34/Rasul_Dahri_Menjawab_Kekliruan_Dr_Asri_Dalam_Hal_Asma_wa_sifat.html

Mungkin satu masa ustaz Rasul Dahri Ibn Taimiyyah akan mengambil jadual Dr Asri Ibn Batutah kemudian anak muridnya akan menceritakan bahawa Asri Ibn Batutah berada di Perlis masa itu, sedangkan Rasul Dahri berada di Singapura dan bukti di passport sendiri mengatakan bahawa Dr Asri tidak memasuki Spore pada masa itu. Jadi mana dia dapat melihat Rasul dahri menggayakan tangannya semasa membaca ayat tangan Allah. Maka si kuncu-kuncu Rasul Dahri Ibn Taimiyyah itupun berpuas hati kerana ada jawapan kepada kesilapan gurunya.

Sentiasalah mereka berada dalam kebodohan.

Posted by: sokongsalaf | February 3, 2008

Soal-Jawab : Salafi Bantai Salafi – Bukti Salafi Pecah

بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan: “Berdasarkan satu rakaman ceramah Ust Rasul Dahri berhubung dengan akidah di mana beliau telah ketika menerangkan sifat-sifat Allah Azza wa Jalla iaitu ketika menyebut tangan Allah, kaki Allah, muka Allah, telinga Allah dan mulut Allah, beliau telah menuding ke arah anggota beliau sendiri, seakan menyamakan sifat-sifat itu dengan tubuh manusia. Apakah pandangan SS Dr. Mohd Asri mengenai hal ini. “

Jawapan: “Cara penerangan yang sedemikian rupa tidak bersesuaian dengan kefahaman akidah yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Sekalipun Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah mengisbatkan sifat Allah berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitabNya dan sunnah RasulNya, namun kesemuanya itu di atas asas “Allah tidak sama dengan makhluk”. Segala bentuk penerangan sama ada melalui perkataan atau penulisan atau perbuatan yang menyebabkan disamakan Allah dengan makhluk dari segi sifat –secara makna- adalah bertentangan dengan akidah yang sejahtera.

Maka tindakan tokoh berkenaan sedemikian rupa boleh menimbulkan salah faham terhadap akidah Islam kerana boleh membawa kepada menyamakan sifat Allah dengan makhluk –pohon perlindungan dengan Allah daripada itu semua-. Kemungkinan hal itu berlaku secara tidak sengaja atau tersasul, atau tersalah gambaran. Jika beliau tersasul, atau tersilap ketika berucap –inilah sangkaan kita- maka hendaklah dibetulkan dan dilarang rakaman itu diedarkan. Jika beliau ada kesilapan faham tentang akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang sebenarnya, maka bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang diputus oleh para ulama al-salaf al-saleh.

Namun kita tidak menghukum seseorang dengan sesat atau kufur di atas kesilapan yang boleh ditakwilkan atau dibuat beberapa andaian. Melainkan jika pelakunya bersikap keras atas kesalahan akidahnya setelah diterangkan ilmu yang benar. Sikap suka menghukum orang lain dengan sesat dan kufur di atas andaian semata, seperti yang dilakukan oleh kelompok ekstrimis agama adalah menyanggahi ajaran Allah dan RasulNya. Maka ini adalah pengajaran untuk kita semua terutamanya beliau sendiri (Ustaz Rasul Dahri) agar tidak cepat menghukum sesat atau kufur tokoh-tokoh besar umat Islam atas andaian tanpa alasan yang yakin. Jika kita semua menggunakan pendekatan beliau selama ini, tentu beliau akan menerima hukuman yang sama dalam kes ini”.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Kangar, 30 Januari 2008

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.