Posted by: sokongsalaf | August 2, 2007

Pengakuan Salafi – Kena Sokong UMNO

Pada hari ini kita melihat anggota salafi Malaysia begitu agresif menulis dalam forum-forum dan juga media berkenaan dengan taat kepada pemerintahan yang sedia ada. Mereka langsung tidak melihat dari aspek penerapan sistem Kufr yang dilakukan oleh Pak Lah dan kuncu-kuncu UMNOnya. Di sini saya ingin mengambil satu tulisan dalam alfikrah@yahoogroups.com, berkenaan dengan pendapat salafi, iaitu undilah UMNO.

Maka dari sini jelas kepada kita bahawa salafi-sekular-UMNO ini, menggunakkan hadis kepimpinan UMNO untuk mengiyakan sokongan mereka kepada UMNO. Mereka bukan lagi mengikut jejak langkah SALAF, mereka sebenarnya mengikut jejak langkah SALAH. Pengekor SALAH inilah yang akan meneggakan SEKULAR dan ASHOBIYYAH di Malaysia. (sila baca lampiran di bawah)

=============

(http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/message/22549)

PERSOALAN MELANTIK PEMIMPIN, BERHIZBI (PARTI), MEMBERONTAK, BERKOMPLOT, DAN

baru-baru ni, ana dan seorang lagi sahabat ana, telah bertandang ke rumah UHF…

…di atas perbincangan bersama brother hafiz firdaus abdullah di kediaman
rasmi beliau tersebut (30 julai 2007, 9.30pm-11.20pm) dan sebelumnya pada dua
hari lepas melalui telefon (28 julai 2007, 6.48pm-7.20pm)…

Alhamdulillah suatu perbincangan yg sangat menarik berjaya dicapai…

- antara salah satu topik yang kami bincangkan adalah menyentuh berkenaan isu
demokrasi. THTL jangan tak tau, kita kena undi parti yg diduduki pemerintah masa
ini. Kalimah BN, atau Umno… itu hanyalah alat. hakikatnya, pemerintah kita
adalah islam… kita kena letak wala’ sebagai rakyat kepada pemerintah selagi
mana ia tidak bertentangan dgn Islam. Dalam hal yg maksiat atau salah, maka kita
tidak taat dalam urusan itu, namun tidak bermaksud kita harus memberontak atau
menjatuhkannya. Malah, wajib menasihatinya dgn kaedah-nya dan salurannya.

jika anda berjaya, baguslah… jika tidak berjaya, maka… anda sudah
menyampaikan.

Malah, brother hafiz, menjelaskan bahawa, dalam keadaan atau siatuasi masa
ini… kita wajar meletakkan undi kepada parti pemerintah sedia ada… atau yg
sedia berkuasa. kerana.

em, antara topik-topik yang lain adalah bersekitar isu, IM, sayyid qutb DKK,
Ihya’ at-Thurat, akhlak dalam berdakwah, buku-buku sheikh rabi’, persoalan
berkenaan buku baru beliau, isu salafi di indon, isu salafi malasia, krtikan
terhadap ulama, dan seumpamanya.

Syukran UHF, kami sentiasa mengharap perbincangan yang baik dan menarik akan
sentiasa diadakan…

About these ads

Responses

  1. Mengenai kata’tan kepada pemerintah Islam ini sememangnya terdapat dalil dri Quran & hadis ttgnya. Saya kira setiap kali solat Juma’at khatib akan membaca ayat ini. Allah SWT berfirman, “Hai orang – orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri diantara kamu” (QS An Nisaa’ 59) dan Diriwayatkan dari Wa’il Al Hadhrami, Salamah bin Yazid Al Ju’fi pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Nabi Allah, bagaimanakah pendapat engkau jika kami diperintah oleh penguasa yang hanya menuntut hak mereka, sedangkan hak kami tidak mereka berikan ? Perintah apakah yang akan engkau berikan kepada kami ?”. Lalu beliau SAW berpaling dari Salamah, kemudian Salamah bertanya lagi, lalu beliau SAW berpaling lagi. Setelah dia bertanya yang kedua kali atau ketiga kalinya, Asy’at bin Qais menariknya, lalu Rasulullah SAW bersabda, “Patuhilah dan setialah (kepada mereka). Sesungguhnya kewajiban mereka adalah apa yang dibebankan kepada mereka, dan kewajiban kamu adalah semata – mata apa yang dibebankan kepada kamu” (HR. Muslim, Kitab Al Imarah, Bab Thaa’atul umaraa-i wa-in mana’ul huquuq)

    Demikianlah kita diwajibkan untuk taat kepada pemimpin walaupun mereka mengambil hak dan berbuat zhalim, Rasulullah SAW juga telah bersabda, “Patuh dan taatilah pemimpinmu walaupun dia memukul punggungmu dan mengambil hartamu, patuhilah dan taatilah” (HR. Muslim 12/236-237)
    Namun kepatuhan disini bukanlah kepatuhan untuk bermaksiat kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW berikut ini, “Laa thaa’ata fii ma’shiyatillahi innamath thaa ‘atu fil ma’ruufi” yang artinya “Tidak ada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam kebaikan” (HR. Bukhari) Kepatuhan yang dimaksud disini adalah kepatuhan dalam hal yang ma’ruf, seperti contoh pada hadits berikut ini, Rasulullah SAW bersabda, “Wa idzaas tunfirtum, fanfiruu !” yang artinya “Dan jika kalian diperintahkan untuk pergi berperang (berjihad), maka berangkatlah !” (HR. Bukhari no. 1834 dan Muslim no. 1353) Ini merupakan perkara yang tidak diketahui kebanyakan dari kaum muslimin.
    (baca : Mustafa Kemal At Tartuk – Bapak Nasionalisme Turki dan lain – lain) ketika mereka melihat kerosakan dan kezhaliman para khalifah terakhir dari Kekhalifahan Islam Dinasti Turki Utmani, mereka lalu berusaha bekerja sama dengan orang – orang kafir untuk meleyapkan Khilafah Al Islamiyyah Al Utsmani tahun 1924 (Cermati juga jatuhnya Darul Islam Irak ke tangan Al Kufar – lihat bagaimana sebagian rakyat Irak tidak membantu Saddam Husain, pemimpin mereka yang muslim, bahkan bersikap sebaliknya !). Mereka lupa akan larangan memberontak dari para pemimpin selama belum melihat kekafiran dan kesyirikan pemimpin mereka yang secara jelas yang dapat dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan diputuskan oleh para ulama’ rabbani berdasarkan kaidah – kaidah fikih dakwah yang diambil dari Al Qur’an dan As Sunnah serta sikap – sikap salafush shalih (generasi shalih terdahulu).
    Dari Ummul Mukminin Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah ra dari Nabi SAW beliau bersabda, ”Sesungguhnya akan diangkat untuk kalian beberapa penguasa dan kalian akan mengetahui kemunkarannya. Maka siapa saja yang benci bebaslah ia, dan siapa saja yang mengingkarinya, maka selamatlah ia, tetapi orang yang senang dan mengikutinya maka tersesatlah ia” Para sahabat bertanya, “Apakah tidak sebaiknya kita memerangi mereka ?” Beliau bersabda, “Jangan ! Selama mereka masih mengerjakan shalat bersamamu” (HR. Muslim) Dan kepada kaum muslimin yang ingin menasehati pemerintah muslim yang zhalim maka hendaknya dilakukan secara diam – diam atau berdua saja. Janganlah menasehatinya secara terang terangan (khalayak ramai) atau dengan cara berdemonstrasi karena Rasulullah SAW bersabda dari riwayat sahabat Iyadh bin Ghunaim ra., ”Barang siapa hendak menasehati penguasa maka janganlah secara terang – terangan, melainkan ambil tangannya dan berdua dengannya. Apabila ia menerimanya maka itu adalah untukmu, kecuali apabila ia enggan maka apa yang ada padanya adalah baginya sendiri” (HR Ahmad, hadits hasan) Maka dari itu Usamah bin Zaid ra. ketika menasehati Khalifah Islam Utsman bin Affan ra. dilakukannya dengan secara diam – diam sebagaimana atsar sahabat berikut ini : Dari Ubaidilah bin Khiyar berkata, “Aku mendatangi Usamah bin Zaid ra. dan aku katakan kepadanya, ‘Mengapa engkau tidak menasehati Utsman bin Affan ra. untuk menegakan hukum had atas Al Walid ?’. Maka Usamah bin Zaid ra. menjawab, ‘Apakah kamu mengira aku tidak menasehatinya kecuali harus dihadapanmu ? demi Allah, sungguh aku telah menasehatinya secara sembunyi – sembunyi antara aku dan ia saja. Dan aku tidak ingin membuka pintu keburukan dan aku bukanlah orang yang pertama kali membukanya” (HR. Bukhari dan Muslim) Menasehati Umara’ secara diam – diam memang merupakan suatu amal shalih yang berat namun demikian pahala yang diperolehi sangatlah besar karena hal tersebut adalah salah satu bentuk jihad sebagaimana keterangan hadits – hadits yang diambil dari Kitab Riyadhus Shalihin berikut ini : Dari Abu Sa’id Al Khudri ra dari Nabi SAW, beliau bersabda,”Afdhalul jihaadi kalimatu ‘adlin sulthaanin jaair” yang artinya “Seutama – utamanya jihad adalah mengatakan keadilan di depan penguasa yang menyeleweng” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi.
    Sebahagian orang menafsirkan “mengatakan keadilan di depan penguasa” ialah di khalayak ramai. Penafsiran itu salah,sebab yg dimaksudkan ialah nasihat secara berdepan dgn pemerintah (bersemuka). Pada hadits lain Rasulullah SAW berkata pada seseorang yang bertanya tentang jihad apa yang paling utama, maka Rasulullah SAW menjawab,”Kalimatun haqqin ‘inda sulthaanin jaair” yang artinya “Mengatakan kalimat yang benar di depan penguasa yang menyeleweng” (HR. An Nasa’i)

    Mengenai sistem Demokrasi dan pengundian yang di amalkan di Malaysia dan beberapa Negara Islam lain bukanlah termasuk dalam sistem Islam yang sebenarnya. Islam bukanlah Demokrasi, begitu juga Demokrasi itu bukanya Islam. Islam punyai sistem yg tersendiri yang dinamakan Syura. Syura bukanlah Demokrasi (prinsip dan kaedah keduanya berbeza) haram menyamakan syura yg diperintahkan Allah dan rasul dgn Demokrasi ciptaan kuffar British sejak zaman court of england punya undang-undang.

    Pilihanraya bukanlah syura dan menepat garis syarak sbb dua hal :

    1. al-ahli wal aqdi (hanya yg layak dan berilmu shj dpt membuat pilihan) bukan semua rakyat awam termasuk yg jahat2 dan jahil yg akan memilih kesesatan dan menuruti hawa nafsu. 2. pelaksanaan pilihanraya membentuk parti (ahzab) bukanlah dr sistem Islam…..tidak ada parti (hizb) di zaman nabi salallahualahiwasalam kecuali parti Allah iaitu hizbullah yg di dlmnya ialah org2 yg beriman dan tidak ada lawan kpd parti ini hizb ini kecuali hizbu syaitan, iaitu hizbi (parti) syaitan, munafiq dan org2 kafir.Tidak boleh org2 beriman membuat dua atau tiga parti
    (kelompok) . Apa yg terjadi di zaman sahabat ra spt peperangan di antara Muawiyah dan Ali serta lain2 ialah fitnah yg telah ditakdirkan berlaku tanpa kehendak syarak atau tanpa perlu diikut serta menjadi pertunjuk sunnah menjauhi perpecahan.

    wallahualam.

  2. Assalamualaikum,

    Bila parlimen dibubarkan mana ada lagi parti pemerintah, UMNO dan Barisan Nasional mana lagi ada kuasa memerintah.

    Tulislah berjela-jela nas supaya sokong UMNO dari Hadis dan sunah, tapi fakta pilihanraya tidak faham. Nampak sangat kejahilan puak-puak wahabi tentang pemerintahan. Puak salafi-wahabi ini bukan sahaja bodoh tapi sekular

    Ha ha nak gelak aku bila baca komen puak-puak nie yang menyokong sekular.

    sekian sahaja

  3. Sya rasa Anda lebih jahil dri org yg anda katakan jahil ttg fakta pilihanraya dan sekular. Sedarkah Anda sistem Demokrasi & pilihanraya yg anda pertahankan itu adalah asalnya dicipta oleh golongan kuffar laknatullah alaih??? & ciri cirinya adalah sekular kemudian diambil pakai oleh Pemimpin kita dan dijadikan amalan di Malaysia dan para ulama’ hizbiyyah sama sama menghalalkanya dgn menaburkan fahaman Islam itu Demokrasi, Demokrasi itu Islam seterusnya berfatwa ” Pilihanraya itu harus hukumnya”.

    Dua soalan untuk anda :1. ” Apakah sistem yang digunakan oleh Rasullullah s.a.w. semasa pembukaan Mekah dan seterusnya Madinah???” 2. Kalau benarlah sistem Demokrasi & pilihanraya itu suatu sistem yg terbaik dan dapat menyelesikan masalah ummah, kenapakah sebuah hizbi ( partai ) sehingga skrg masih gagal mencapai matlamatnya untuk memerintah dan menubuhkan sebuah Kerajaan Islam???.

  4. Cuba baca dan fahamkan betul betul artikel ini dan fikirkan dengan fikiran yang waras. Gunakan neraca Al Quran dan As sunnah dalam membuat sesuatu penilaian. Buangkan sifat ta’sub kepada idealogi dan individu individu tertentu.

    Assalamualaikum, Sesungguhnya perjuangan Islam bukanlah dengan jalan demokrasi. Adapun hukum demokrasi dan sistem kuffar adalah sesuatu yang asing dari Islam. Pas sering mengatakan hukum demokrasi ialah harus untuk mereka dalam melaksanakan perjuangan Islam sewajarnya telah pun sekurang-kurangnya melakukan sesuatu yang bernama “perjuangan Islam”. Apakah perjuangan Islam ? Perjuangan Islam ialah memikul dakwah dan melaksanakan tuntutan kitab Al-Qur’an dan sunnah rasulullah di atas muka bumi dengan menurut panduan dan pertunjuk dari kitab dan sunnah seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah.” (Al Maidah : 49). Perjuangan Islam ialah melaksanakan Islam menurut kehendak Allah swt dan diketahui akan apa yang dikehendaki oleh rabbul alamin ialah melalui dari kalam-Nya sendiri di dalam Al-Qur’an dan penerangan dari rasul-Nya Muhammad salalahualaihiwasalam. Apakah dakwah dan seruan yang dibawa oleh rasulullah ? Dakwah dan seruan rasulullah ialah tauhid dan aqidah yang sahih dan membersihkan manusia dari kejahilan dan kesesatan serta kezaliman kepada keadilan dan keilmuan serta menjadikan semua manusia menetap diri di atas kehidupan yang menuruti kehendak Allah swt. Permulaan dakwah rasulullah ialah menyeru manusia kepada tauhid kepada Allah dan membebaskan manusia dari syirik dan kezaliman. Membimbing manusia kepada ibadah yang sahih dan mengajarkan manusia ibadah dan kaedah mendekat diri kepada Allah swt yang sahih dan yang menepati kehendak Allah swt. Menegakkan keadilan dan memenuhi hak-hak manusia dan mengembalikan kehidupan manusia kepada fitrah yang asal yang ditetapkan oleh Allah swt supaya mencapai kedamaian dan kesejahteraan. Memerangi dan menghancurkan musuh-musuh Allah dan golongan yang menjadi penghalang kepada tertegaknya Islam dan menghapuskan sesuatu yang menyalahi kehendak Allah swt yang diketahui dengan penjelasan Allah di kitab Al-Qur’an dan sunnah rasulullah serta apa yang diketahui oleh sahabat ra dari ilmu yang diajarkan oleh rasulullah kepada mereka. Pembinaan Negara Islam Madinah / Penubuhan Negara Islam Madinah ialah hasil daripada dakwah menegakkan aqidah dan tauhid yang sahih. Ianya bukanlah menjadi matlamat utama perjuangan Islam menegakkan Negara Islam atau khilafah, sebaliknya menjadi kewajipan menegakkan Negara Islam hanyalah setelah tertegaknya aqidah yang sahih. Ini disebabkan peranan utama Negara Islam ialah untuk membela Islam yang sudah ditegakkan dan dibangunkan bukan untuk menjadi batu asas perjuangan Islam tetapi menjadi perlindung dan benteng perjuangan Islam. Diriwayatkan dari baginda rasulullah pernah bersabda : “Pastinya akan berlaku Islam ini diruntuhkan sedikit demi sedikit dan setiap kali Islam itu diruntuhkan maka manusia akan beralih kepada apa yang berikutnya dan yang paling awal diruntuhkan ialah pemerintahan dan yang paling akhir ialah solat” ( hadith sahih riwayat Ahmad dalam Musnadnya). Dimaksudkan dengan hadith di atas ialah pemerintahan Islam akan menjadi perkara yang paling awal diruntuhkan sekaligus menjadi saksi dan bukti bahawa apabila telah runtuh pemerintahan Islam dan kerajaan Islam maka setiap hal agama akan berada dalam keadaan tidak terpelihara sehingga akhirnya ikut runtuh dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam dan oleh kejahilan. Peranan Negara Islam, Tujuan dibina Negara Islam hanyalah untuk menjaga dan membela aqidah yang sahih dan menaungi perjuangan dakwah tauhid kepada Allah swt seperti yang dibawa oleh rasulullah. Manakala peranan lain Negara Islam ialah : Membela umat Islam dan mempertahankan umat Islam dalam menegakkan syariat Allah swt Menegakkan syariat Allah seperti yang diperintahkan oleh Allah swt. Mengawal manusia dan memandu mereka menuju fitrah yang ditetapkan oleh Allah swt dan menjalani kehidupan menurut kehendak Allah swt. Menghapuskan musuh-musuh Allah dan memerangi golongan yang engkar dan yang menentang kehendak Allah swt. Menegakkan keadilan dan kesejahteraan di antara sesama manusia dan memenuhi hak dan kewajipan masing- masing. Bolehkah menegakkan Negara Islam dahulu sebelum memulakan dakwah kepada tauhid dan aqidah yang sahih ?Hal ini ialah sesuatu hal yang bid’ah (perkara baru dalam agama) yang dimulakan oleh para pemikir Islam dan menyalahi sunnah dan pertunjuk salaf as soleh. Adapun pertunjuk salaf as soleh ialah memulakan dakwah kepada tauhid dan aqidah yang sahih terlebih dahulu dan setelah tertegak aqidah yang sahih maka barulah ditubuhkan Negara Islam dan perjuangan membina Negara dimulakan bagi membela isi-isi dakwah yang telah diperjuangkan. Bagaimana cara yang perlu dilakukan oleh Pas sekarang ?Hendaklah Pas meninggalkan demokrasi dan melupakan persoalan politik dan keghairahan membina Negara Islam tetapi menumpukan kepada tarbiyah dan penerapan kefahaman Islam yang sahih terlebih dahulu. Perlulah Pas mempelajari dan mengkaji aqidah yang sahih dan kefahaman Islam yang sahih serta perjuangan tauhid rasulullah dan tokoh-tokoh salaf as soleh dan kemudian menerapkan kefahaman asasi dan perjuangan tauhid ini kepada ahli-ahlinya. Memahamkan ahli terhadap kitab dan sunnah melalui kefahaman yang sahih yang dipegang oleh rasulullah dan para sahabat radiallahuanhum. Menapis ahli-ahli yang masih sesat dan jahil dan mencegah mereka dari bersama PAS dan dari memperjuangkan Islam bersama Pas kerana dikhuatiri merosakkan dan menimbulkan fitnah kepada Islam. Memerangi kefahaman sesat dan golongan ahli bid’ah dan memusnahkan khurafat, bid’ah dan kejahilan di kalangan umat Islam serta menghancurkan kekuatan ahli bid’ah daripada terus menyebarkan bid’ah mereka. Setelah Pas memiliki ahli-ahli yang semuanya sahih aqidah dan benar kefahaman Islam mereka maka golongan ini disebut sebagai pejuang agama Islam dan termasuk dikalangan golongan yang berhak mendapat pertolongan dan rahmat dari Allah swt. Maka golongan inilah yang berhak menjadi pembela agama Islam dan berhak untuk menjadi penguasa di bumi Allah dan memikul tanggungjawab menegakkan syariat Allah serta berperanan sebagai pembela agama Allah di muka bumi ini. Menegakkan kekuasaan Islam di muka bumi Golongan yang teguh dan tetap di atas kitab dan sunnah yang telah dihasilkan oleh Pas melalui tarbiyah yang panjang dan dakwah salaf as soleh menurut kefahaman yang sejati yang dibawa oleh para sahabat dan tabien inilah yang akhirnya akan menjadi golongan yang berhak menjadi penguasa di muka bumi dan berhak menjalankan amanah perjuangan Islam dan menegakkan syariat Allah swt. Apabila telah tertegak dan terbina kumpulan umat Islam yang mentaati dan menetap diri di atas sunnah ini maka mereka berhak mengadakan islah dan perubahan di dalam masyarakat melalui tarbiyah dan didikan kepada masyarakat supaya menerima kefahaman Islam yang sahih. Setelah menyampaikan dakwah dan kefahaman yang sahih kepada masyarakat dan memiliki kekuatan untuk membina Negara dan pemerintahan Islam maka mereka dibolehkan untuk bangkit melawan kepimpinan taghut yang menyalahi hukum-hukum Allah swt. “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Al An’am 116). Golongan yang telah dibina oleh Pas ini melalui kefahaman yang sahih boleh dan harus disisi syarak berperang dan memerangi kepimpinan taghut yang mengadakan kerosakan di muka bumi dan kemudian menjatuhkan kepimpinan bathil ini lalu menegakkan kepimpinan Islam yang sahih. Sekiranya keadaan mereka sedikit dan dikalahkan sebelum sempat membina dan menghimpunkan kekuatan maka mereka dibolehkan untuk mempetahankan diri dengan mengadakan peperangan membela diri dari serangan atau menjadi pihak yang ditewaskan dan dibunuh tanpa perlu bimbang dan gentar kerana Allah swt pasti akan membangkitkan penganti dan penganti kepada generasi yang telah terbunuh dan dibunuh di atas kebenaran dan mengikuti jejak langkah mereka dengan diberi pertolongan dan hidayah dari Allah swt. Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari hadith Ibnu Abbas radliyallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :“Diperlihatkan kepadaku keadaan umat-umat. Aku melihat seorang Nabi bersama beberapa pengikutnya juga seorang Nabi bersama seorang lelaki dan dua orang lelaki. Dan ada juga seorang Nabi yang tidak bersama seorang pun juga.” Syeikhul Islam, Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah mengkategorikan tertipu dengan jumlah yang banyak ini termasuk dalam salah satu kaedah jahiliyah. Beliau mengatakan :“Sesungguhnya termasuk dari kaedah orang-orang jahiliyah adalah tertipu dengan jumlah yang banyak dan mereka berdalil dengan jumlah terbanyak tadi untuk menunjukkan sahnya sesuatu dan mereka juga berdalil untuk menunjukkan bathilnya sesuatu dengan jumlahnya yang sedikit dan aneh.” (Masaa’il Jaahiliyah, masalah nombor 5). Adapun golongan pengikut PAS yang masih jahil sekarang, masyarakat yang masih jauh dari pertunjuk kitab dan sunnah, markaz-markaz sufi dan ajaran sesat yang masih teguh berdiri menyebarkan kebathilan serta bersembunyi disebalik pengikut-pengikut Pas maka mereka ini tidak layak membawa perjuangan Islam dan tidak berhak menegakkan Negara Islam. “Maka apakah sama orang yang beriman seperti orang yang fasik (kafir)? Mereka tidak sama.” (As Sajdah : 18). Wala tidak boleh diberikan kepada mereka dan kesetiaan serta ketaatan tidak wajar diserahkan kepada mereka dalam membawa perjuangan Islam. Akhir kalam fahami dan hayatilah firman Allah ini “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).

    Allahua’lam

  5. saya lihat kedua-dua orang Manhaj Salaf dan Sharifah dalam kandang sama, dalam kandang sama-sama sokong salafi dan menyokong amalan salafi yang memperjuangkan undi UMNO dan barisan Nasional.

    Kalau sistem demokrasi ini tidak sah untuk melantik pemimpin, maka kepimpinan Pak Lah adalaah tidak sah juga. Maka kenapa salafi Sharifah dan Manhaj Salaf berjela-jela tulis berkenaan kena taat pemimpin?

    Kalau tak sah juga pilihan raya demokrasi Malaysia, maka kita perlu katakan ialah haram mengundi, bukannya HALAL mengundi Kerajaan sekarang. Jadi Salafi Malaysia kena tulis dengan jelas tentang keharaman mengundi.

    Kalau nak ukur kejayaan Salafi dalam mengambil Islam Syumul saya tak nampak apa-apa lagi kesannya pada perlembagaan Malaysia. Jadi kira dakwah salafi ini gagal jugalah ya. Bukan Hizbi juga gagal tapi Manhaj Salafi juga gagal.

    Kalaulah salafi mengukur kerana dapat memerintah itu berjaya maka UMNO yang ashobiyyah itu lagi berjaya dari salafia. Maka jangan marah kalau saya katakan budah salafi ini padai copy dan paste aja. Namun tak faham-faham. Suruh mengundi UMNO tapi Demokrasi Bidaah. Ini pendapat mangkuk tandas dari Salafi Bidaah versi Malizia.

    Bodoh Khalas.

  6. Demokrasi + pilihanraya harus kita lihat dari perspektif yang berbeza. Tidak semestinya kalau kita ta’at kepada umara’ dalam masa yang sama kita menerima & menghalalkan sistem yang luar dri Islam. Jangan pakai teknik menghalalkan cara. Islam punyai sistemnya yang tersendiri. Individu & golongan yg mengaitkan dirinya kepada salafi, tetapi semua sistem yg bercanggah dgn Islam diambi pakai itu bukan salafi tapi silapi… bersambung…

  7. Begitu juga sebuah hizbi di negara kita ini…….. memahami konsep syura dalam Islam tetapi in a same time they all termasuk Tok Tok guru, mengimani Demokrasi dan pilihanraya sebagai suatu sistem yang terbaik. Maka disamakan Demokrasi itu dengan Islam. “Islam itu Demokrasi, Demokrasi itu Islam” ma’af sya pinjam kata kata Manhaj salaf. Lantas pengikut pengikut dan ahli ahli yang jahil & mampu bertaqlid terus mengi’tiqadkan dalam hati Demokrasi & pilihanraya adalah yang terbaik bagi mendaulahkan Islam.

    Bercakap soal berjaya atau tidaknya sesebuah organisasi atau haraki menegakan daulah, sprt Salafi Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dan ntah apa apa lagi haraki bergantung kepada usaha & komitmen masing masing. Ada komitmen tak Itiba’ pun takan berhasil. Itiba’ tapi tak ikhlas pun takan berjaya. Kalau dah berpuluh puluh tahun berjuang namun matlamatnya tidak tercapai juga disitu pasti ada something wrong. Contoh lihat saja ( Ikhwanul Muslimin )……….

    Dari perspektif lain kemungkinan ianya Qada’ dan qadar dari Allah sehingga belum dizinkan Allah.

    Mengenai Democratos kata org Greek + pilihanraya kata org Melayu dan hukumnya menurut Islam Insya’Allah akan Ana kemukakan suatu masa nanti. Tunggu……………………… Ada banyak lagi isu yang nak Ana ketengahkan disini tapi apakan daya masa tak mengizinkan lebih lebih lagi ditengah tengah kesibukan assigment, kelas, dan penyiapan tesis bagi Master. Ok… kita bicara lagi…

  8. ish ish kesian-kesian, salafi ini ada yang hakiki dan ada yang tidak hakiki, iaitu salafi palsu dan salaf original punya. Kita tidak tahu salafi hakiki ini salafi paslu atau original, ramai yang mengakut salafi tapi kerja dok berbalah sama salafi.

    Salafi Tok Peti sekarang dok balah Salafi Rasul Dahri. Ada 4 siri tuduh menuduh dan kritik sama sendiri.

    1) Siri I http://youtube.com/watch?v=WDzmRatcdfU
    2) Siri II

    3) Siri III

    4) Siri IV

    5) Siri V

    6) Siri VI

    7) Siri VII

    dan seterusnya…

    Siapakah yang kafir Tok PEti MAZA atau Ust Rasul Dahri?
    Sila jawab ikut fahaman salafi hakiki wahai salafi hakiki

  9. berat juga Rasul Dahri bantai Mufti Perlis, orang wahabi ini gila k0?

    ilmu jarh wa ta’dil diguna dalam ilmu hadis, tapi wahabi sibut nak jarah wa ta’dil ulama fiqh. apa ke bodohnya ustaz rasul dahri

  10. Dari apa yang Saya lihat sekarang orang yang mengaku salaf boleh kita bahagi dua katogeri :

    1. Yang megatakan ta’at kepada pemimpin sekarang tetapi tidak menyokong Demokrasi dan pilihanraya.

    2. Yang mengatakan ta’at kepada pemimpin tapi menyokong Demokrasi dan pilihanraya.
    Itulah saja kot….

  11. mungkin saudara lupa kot, artikel panjang lebar cerita masalah bidaah demokrasi, then …tiba2 pemimpin dari sistem bidaah ini jadi sah mengikut syariat yang dipakai oleh Wahabi.

    Saya rasa wahabi-salafi makin biul nak menerangkan bahawa mereka terima bidaah demokrasi dalam rangka taat pemimpin.

    Mungkin salafi-wahabi Malaysia tengok demokrasi bidaah Malaysia macam babi disembelih kot. Babi haram dimakan, tapi daging disembelih boleh dimakan.

    Bodoh Khalas wahabi ini.

  12. Katogeri yg kedua tu yg lebih aslam kot? lebih dekat pada kebenaran sebab depa betoi betoi ikut Manhajnya Rasullulah dalam soal siasah. Mereka mengimani syura dan menolak Demokrasi ala kuffar dalam masa yang sama mereka ta’at kepada pemimpin dan mereka mempunyai dalil yg kuat mengenainya. ( cuba rujuk semula dan fahami dalil dalil ttg kata’atan kepada pemimpin tulisan Saudari Sharifah).
    Sepekara lagi tak semestinya apabila seseorang itu ta’at pada pemimpin maka dia perlu ta’at dlm perkara maksiat, syirik, bid’ah dll. sebagai contoh dalam sebuah keluarga seseorang anak itu wajib ta’at pada kedua ibubapanya dalam perkara kebaikan dan tak boleh ta’at kalau ibubapa tu mengajak membuat dosa dan maksiat.

    Untuk sedara dan mereka yang sefaham dan sejalan Saya nasihatkan supaya lebih berakhlak dalam membuat bantahan. Kita sebagai seorang muslim tunjukkanlah akhlak yang baik antara sesama kita. Tak rugi kalau kita berakhlak baik. Untuk itu fahamilah hadis hadis dibawah ini :

    “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

    “Bukanlah seorang mu’min jika suka mencela, mela’nat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

    sabda nabi SAW lagi:

    “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omongnya dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai rasuluLLAH kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang2 yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

  13. Ma’af saya membuat sedikit kesilapan mengenai Katogeri yg kedua tu yg lebih aslam kot? Sepatutnya Saya menyatakan katogeri yang pertama tu lebih aslam…
    Ma’af kesilapan yang tak disengajakan.

  14. Ma’af saya telah membuat kesilapan mengenai ayat yang berbunyi : Katogeri yg kedua tu yg lebih aslam kot? Sepatutnya saya mengatakan katogeri yang pertama itu lebih aslam. Ma’af kesilapan yang tidak disengajakan.

    Aku hanya insan biasa.

  15. Ma’af saya telah membuat sedikit kesilapan mengenai ayat ini : ” katogeri yang kedua tu lebih aslam kot?” ” sepatutnya saya mengatakan katogeri yang pertama tu lebih aslam. Ma’af kesilapan yang tak disengajakan”

    Aku hanya insan biasa

  16. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Alhamdulillah marilah kita mengucapkan syukur kepada ALlah kerana masih memberi kita kesempatan untuk merasai nikmat iman dan islam serta beragama cara yang ditujukkan dengan dalil dari sumber yang tidak ada keraguan bagi orang-orang yang ada iman di dalam hatinya.

    Selawat serta salam juga diucapkan untuk insan pilihan serta nabi kita yang mulia serta para sahabat baginda dan mereka yang mengikuti jalan kebenaran sehingga hari kiamat.

    Saudaraku moga-moga ALlah merahmati kita serta mengampun dosa serta kesalahan kita dan menjadikan kita hambaNya yang bertakwa.

    Sesebuah negara, walaupun bermasyarakat plural (majmuk) dan mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majoriti rakyatnya beragama Islam, dipimpin oleh penguasa yang beragama Islam, keselamatan, kekuatan dan pertahanan masih dikuasai oleh pemimpin Islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih terus berkumandang dan penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, maka ia dinamakan negara Islam. Petanda negara Islam yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad yang disebut di atas, dalilnya diambil dari beberapa buah hadis sahih.

    Saudaraku moga-moga ALlah membantu kita meniti jalan kebenaran serta istiqamah di atas pemahaman para sahabat yang mendapat petunjuk.

    “Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!)? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23)
    Dengan penjelasan hadis ini, menurut perspektif ulama Salaf as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan negara Islam apabila tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan. (Al-Manhaj as-Salafi inda Nasruddin al-Albani. Hlm. 215. Amru Abdul Mun’im Salim) Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya).

    Dalam konteks ini, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda seperti di berikut
    “Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat”. (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

    Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan: “Dan (tanda) terakhir adalah solat”.

    Al-Ismaili rahimahullah berkata:

    “Kaum Salaf berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, hlm. 50)

    Para pemimpin adalah penguasa yang mampu menggunakan kuasa mereka melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip siyasah as-syariyah. Para ulama pula adalah terminal ilmu yang mampu dan diberi mandat membentuk akidah dan pemikiran ummah ke arah pemahaman siyasah Islamiyah (siyasah as-syariyah yang lebih berdisiplin lagi profesional. Ulama telah diwajibkan oleh syara bekerjasama dengan pemimpin. Dipikulkan ke atas mereka tanggungjawab sosial mentarbiyah ummah agar mentaati pemimpin demi mengelakkan perpecahan serta menghapuskan fitnah di kalangan masyarakat. Maka sesebuah negara itu dinamakan negara Islam apabila ulama dan umara (pemimpin) bekerjasama membangun rohani dan jasmani, fizikal dan mental serta untuk pembangunan dunia dan akhirat.

    Penamaan negara atau negeri Islam bukan hanya menerusi perundangan, hudud atau peraturan jenayah (kriminal). Malah meliputi bidang-bidang dan aspek yang luas. Khalifah Umar bin Khattab radiallahu ‘anhu berkata:

    “Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan”. (Lihat: Az-Zuhud 2/602. Hannad)

    Tiga perkara yang ditekankan oleh Khalifah Umar untuk membangun ummah dan daulah Islamiyah, iaitu:

    1 – Merialisasikan hak individu terhadap pemerintah.

    2 – Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui.

    3 – Saling membantu dalam kebaikan.

    Perkara kedua yang disebut oleh Khalifah Umar dalam kata-katanya di atas: “Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui”. Ini merupakan suatu konsep untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat secara bermuzakarah, bermusyawarah dan berlapang dada. Ia menjadi gagasan membuka minda dalam usaha merialisasikan sebuah negara Islam. Iaitu negara Islam yang membangun bersama rakyat untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian.

    Oleh kerana inilah kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi:

    “Bahawa agama dan penguasa adalah seumpama dua sisi mata yang tidak boleh terpisah. Apabila diangkat salah satunya, maka akan terangkatlah yang lainnya, kerana agama itu bagaikan asas bangunan, sedangkan penguasa seperti penjaga asas tersebut. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya akan lenyap dengan cepat”. (Lihat: Ruhul Ma’ani 1/174. Cetakan Al-Muniriyah. Lihat: Al-Bahrul Mihit. 2/269. Abi Hayyan)

    Termasuk tanda-tanda negara Islam ialah apabila ulama diberi ruang berada di samping pemimpin Islam, kerana agama dan pemimpin (politik) tidak dapat dipisahkan. Berkata Abu Abdillah al-Qala’i as-Syafir rahimahullah:

    “Keseimbangan urusan agama dan dunia adalah satu tujuan yang sangat diidam-idamkan. Hal ini tidak akan terlaksana kecuali dengan adanya penguasa (pemimpin). Kalau kami tidak memandang wajib adanya penguasa, pasti hal ini akan menyebabkan manusia berada di dalam perselisihan dan kerusuhan yang berpanjangan sehingga Hari Kiamat. Kalau manusia tidak mempunyai pemimpin yang kuat dan ditaati, pasti akan pudar kemuliaan Islam lalu lenyap tak berbekas. Jika umat tidak mempunyai penguasa yang berdaulat, pasti akan lenyap aktiviti-aktiviti ibadah dan terhentilah perdagangan impot-eksport”. (Lihat: Tahzib ar-Riysah. Hlm 95. Lihat: Majmu al-Fatawa 27/390. Ibn Taimiyah)

    Termasuk tanda negara Islam ialah apabila pemimpin dan ulama sentiasa bekerjasama dan sentiasa saling hormat menghormati, kerana inilah asas kesejahteraan agama, keutuhan politik (siyasah), keselamatan, perpaduan dan keharmonian rakyat, inilah juga penyebab pemimpin dan ulama dihormati. Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata:

    “Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati pemerintah dan ulama. Jika mereka menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka”. (Dikutip dari khutbah Syeikh Uthaimin. Lihat: Huquq Ra’ii war-Ra’iyyah)

    Dianggap negara Islam jika pemerintah (umara) yang sedia ada masih bekerjasama dengan ulama kerana tindakan sedemikian bersesuaian dengan tugas dan kehendak para nabi, para rasul, para sahabat dan para ulama pewaris nabi. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan peranan para ulama bersama umara (pemimpin) dalam mengurus sesebuah negara yang pada mulanya adalah tugas para nabi:

    “Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka”. (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)

    Ibnu Jarir rahimahullah berkata:

    “Perkataan yang paling utama dan benar di dalam hal ini (negara Islam) adalah perkataan yang mengatakan bahawa Ulil Amri adalah para pemimpin dan penguasa (beragama Islam). Hadis-hadis dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam perintahnya untuk taat kepdaa para pemimpin dan penguasa (Islam) statusnya adalah sah belaka. Dalam ketaatan kepada mereka adalah kemaslahatan bagi kaum muslimin”. (Lihat: Tafsir at-Tabari, 5/150)

    Kejahatan, penindasan atau kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan menghilangkan status negara yang dipimpinnya sebagai negara Islam jika ia masih bersolat, seperti dosa besar dari perzinahan yang dilakukan oleh seorang individu tidak akan menjadikan ia seorang kafir selagi dia solat, mengaku sebagai seorang muslim dan masih mengucap dua kalimah syahadah. Kerana Rasulullah telah bersabda:

    “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan: Tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah. Apabila mereka telah mengucapkan yang demikian, maka darah dan harta mereka terlindung kecuali dengan haknya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah”.

    Di hadis yang lain baginda bersabda:

    “Barangsiapa mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, maka darahnya haram ditumpahkan”.

    Kenyataan dari hadis-hadis di atas membuktikan bahawa tanda keIslaman seorang individu termasuk penguasa atau pemimpin tidak boleh diukur pada kezaliman, kejahatan atau pelanggarannya terhadap batasan hukum-ahkam syara, tetapi solat dan pengucapan kalimah syahadahnya. Maka mereka adalah ahli kiblah dan penguasa (pemimpin Islam) yang tidak boleh dikafirkan. Malah wajib ditaati dan dipelihara kehormatan serta maruahnya

    Kenyataan ini telah dijelaskan juga oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:

    “Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun ia jahat…….” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat: asy-Syu’ab)

    Menurut Muhammad Abu Zahrah:

    “Darul Islam (negeri atau negara Islam), setiap negara yang diperintah dan dikuasai oleh Islam (umat Islam), iaitu kekuatan dan pertahanan negara berada di bawah kekuasaan umat Islam. Inilah bentuk negara yang wajib dipertahankan oleh setiap umat Islam”. (Abu Zahrah hlm. 377)

    Dari Iyas bin Muawiyah, beliau telah berkata tentang pemimpin Islam dan sikap pemimpin Islam terhadap rakyat, begitu juga tentang sikap rakyat terhadap pemimpin mereka:

    “Manusia sewajarnya memiliki tiga perkara, Pertama: Mereka sewajarnya mempunyai jalan raya untuk pengangkutan yang aman (selamat). Kedua: Mereka sewajarnya mempunyai pemimpin yang adil supaya dapat menegakkan pelaksanaan hukum. Ketiga: Mereka sewajarnya mempunyai pertahanan yang kuat untuk membenteng diri dari musuh. Apabila ketiga-tiga perkara ini telah ditegakkan oleh pemimpin (penguasa), maka rakyat (sewajarnya ada sikap tanggungjawab) memikul selain tiga perkara tersebut, kemudian menahan kesabaran atas sikap monopoli pemimpin (penguasa) dalam ekonomi dan sikap yang tidak terpuji”. (asy-Syu’ab. H/R al-Baihaqi)

    Antara petanda sesebuah negara itu dinamakan negara Islam ialah pemimpinnya Islam dan majoriti rakyatnya juga beragama Islam. Antara ciri-ciri pemimpin Islam yang wajib ditaati ialah pengakuannya serta pengucapan dua kalimah syahadahnya. Dan tanda yang paling besar ialah solatnya dan laungan azan masih berkumandang di negara tersebut sebagaimana dinyatakan oleh hadis-hadis sahih. Oleh itu, apabila seorang muslim dipilih dan dilantik dengan kesepakatan ummah (majoriti rakyat) sebagai pemimpin maka ia adalah pemimpin bagi sebuah negara Islam, ia wajib ditaati. Berkata al-Imam al-Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah tentang negara dan pemimpin Islam:

    “Barangsiapa memegang jawatan kepimpinan atas kesepakatan dan keredhaan kaum Muslimin, maka dia adalah pemimpin Mukmin. Tidak halal bagi seorang pun hidup walaupun satu malam sementara dia tidak mempunyai seorang pemimpin yang baik atau yang jahat. Beginilah yang diserukan oleh Imam Ahmad”. (as-Sunnah. Al-Barbahari)

    Syara telah mengharamkan menentang dan memberontak terhadap pemimpin negara Islam yang beragama Islam, atau orang kafir yang telah dilantik oleh pemerintah Islam yang mewakili pemerintah Islam. Islam mengajar sabar terhadap pemerintah dan pemimpin yang tidak disukainya walaupun ia melakukan kezaliman selagi beragama Islam, mengucap dan mendirikan solat, atau terhadap pemimpin bukan Islam yang di bawah naungan pemerintah Islam, maka mereka wajib dipatuhi. Dalam hal ini Syeikh al-Uthaimin berkata:

    “Ketahuilah bahawa orang yang belot terhadap pemerintah yang sah, pada hakikatnya telah menjadi hamba musuh-musuh Islam. Pemberontakan atau semangat meluap-meluap bukanlah suatu pelajaran yang bijak, tetapi yang harus kita ambil menjadi pelajaran adalah hikmah (mengikuti sunnah). (Huquq Ra’i war-Ra’iyah. Kumpulan Khutbah al-Uthaimin)

    WUJUDKAH PEMIMPIN, RAKYAT & NEGARA YANG MAKSUM?

    Sememangnya di setiap negara Islam, tidak akan lahir lagi walau seorang nabi atau rasul untuk menyatukan, memimpin dan memerintah umat secara siyasah syariyah (berhukum dengan hukum syarii) secara utuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tetapi pengganti dan pewarisnya untuk melanjutkan seluruh tugas tersebut ialah para penguasa atau pemimpin Islam yang dipilih oleh rakyat secara sah yang ditunjangi oleh para ulama yang ikhlas.

    Namun, setiap negara Islam akan teruji dengan adanya gerakan yang menggolongkan diri mereka kumpulan ulama, mereka menjamin kononnya kalau mereka memerintah, mereka akan melaksanakan undang-undang Islam atau hudud. Persepsi mereka hanya dengan melaksanakan hudud sahaja telah sempurna tuntutan sebuah negara Islam. Mereka lupa atau jahil bahawa hudud hanya sebahagian dari tuntutan hukum-ahkam Islam yang syumul, global dan luas.

    Mereka menyangka pasti akan hapus segala kezaliman, maksiat dan jenayah, termasuklah perbuatan yang dianggap dosa-dosa besar seperti riba, rasuah, arak, pencurian, perzinahan (termasuk perkosaan, rogol atau sumbang mahram) dan sebagainya apabila undang-undang hudud dilaksanakan. Inilah penipuan kalau bukan angan-angan kaum Khawarij yang sombong dan takbur.

    Sebenarnya di sebalik berbagai-bagai janji golongan Khawarij (yang ramai ulama suk berkumpul di dalamnya) kepada rakyat terdapat matlamat ingin menumbangkan pemerintah, mereka mencemburui negara Islam yang telah wujud yang tidak berjenama dan berfikiran sebagaimana yang mereka kehendaki. Mereka menuduh negara yang tidak berhukum dengan undang-undang Islam adalah kafir sama ada pemimpin atau rakyat yang menyokongnya. Mereka menyempitkan pensyaratan negara Islam terbatas pada hukum (hudud) semata.

    Tidak akan wujud pemimpin dan kepimpinan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa) atau rakyat yang maksum. Tetapi persepsi orang jahil membayangkan bahawa hanya dianggap sebagai negara Islam setelah benar-benar tidak berlaku jenayah dan maksiat seperti perzinahan, riba, pencurian, rasuah dan sebagainya, sama ada dilakukan oleh pemimpin atau rakyat jelata. Mereka menyebarkan propaganda bahawa itu semua akan hapus setelah dilaksanakan undang-undang Islam (hudud). Tidakkah mereka tahu bahawa sangkaan mereka itu tidak tepat, kerana di zaman Nabi Muhammad (Nabi yang maksum) walaupun hudud telah berkuat-kuasa namun perzinahan masih ada sehingga terlaksana hukum sebat, pencurian masih terjadi sehingga berlaku hukum potong tangan, minum arak masih berlaku sehingga dilaksanakan hukum rotan dan sebagainya.

    Negara khayalan kaum Khawarij dan orang jahil merupakan sebuah negara malaikat, ia tidak akan wujud kerana manusia tidak akan berubah menjadi malaikat.

    Kejahatan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, maka para ulama sebagai pewaris nabi diwajibkan bekerjasama dengan para pemimpin atau penguasa untuk mentasfiyah dan mentarbiyah ummah Islamiyah supaya dapat memahami akidah, hukum-ahkam ibadah dan siyasah Islamiyah. Kerana dengan cara ini dapat membendung gejala fahaman dan iktikad songsang termasuklah dalam persoalan siyasah agar tidak bertentangan dengan kehendak syara.

    Amat tidak praktis jika terjadi di negara yang dipimpin oleh penguasa (pemimpin Islam) wujud ulama yang berwenang menyeru rakyat menentang penguasa dan pemimpin lantaran dosa-dosa yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat, kerana penentangan terhadap pemerintah amat bertentangan dengan sunnah.

    Ulama dan umara perlu berdedikasi membentuk akidah sebagai asas pembangunan rohani, pembetulan ibadah, jiwa dan sikap rakyat terhadap pemimpin atau penguasa, terutamanya generasi muda yang terpelajar agar mereka tidak tersilap menganut fahaman siyasah songsang yang telah menimpa kebanyakan generasi muda pada masa ini. Melalui pendidikan akidah, ibadah dan disiplin ilmu disemua bidang, pastinya mereka mampu menghadapi apapun cabaran masa depan yang akan dihadapi oleh pemimpin dan negara. Ibnu Qutaibah meriwayatkan dari Ka’ab al-Akhbar, dia berkata:

    “Islam, penguasa (pemimpin) dan rakyat laksana khemah, tiang dan tali khemah dan kayu pancang khemah (tonggak khemah). Islam diibaratkan khemah, pemimpin diumpamakan sebagai tiangnya, sedangkan rakyat seperti tali dan tonggak khemah, sebahagiannya tidak akan berdaya tegak kecuali dengan sokongan yang lainnya”. (Uyun al-Akhbar. Dengan sanad dari Ka’ab al-Akbar)

    Membiarkan arah siyasah ummah Islamiyah tanpa bimbingan, tidak berwawasan yang dinamik, terbiar tanpa ada hala-tuju dan panduan manhaj (metodologi), pasti akan mengakibatkan konsekuensi pola hidup bersiyasah umat yang amat bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang terus terbiar tanpa konsepsi yang jelas akan kecundang, mudah menyimpang dan mudah menyemai permusuhan, perbalahan dan perpecahan sesama rakyat. Adanya keadaan seperti ini akan membuka peluang kepada musuh-musuh Islam memusnahkan nikmat kemakmuran duniawi, keamanan, keharmonian, kemaslahatan umum dan akidah mereka. Oleh itu, penguasa dan ulama sewajarnya bertindak sebagaimana yang dinasihatkan oleh Imam al-Qarafi rahimahullah:

    “Ada kaedah yang mengatakan bahawa memelihara kemaslahatan umum adalah wajib, hal ini tidak akan terwujud kecuali adanya penghormatan rakyat kepada penguasanya. Bilamana terjadi penentangan serta penghinaan terhadap mereka, maka akan terhalanglah pintu kemaslahatan umat”. (Az-Zakhirah 13/234. Cetakan Darul al-Islami)

    wallahu’alam
    moga moga memberi manfaat

    Dari SaudaraMu
    Abu Nashir

  17. Manhaj as-Salafus Shalih merupakan standart kebenaran. Ia tidak boleh diklaim milik suatu kelompok tertentu dengan menafikan kelompok Ahlus-Sunnah lainnya. Bahkan lazim bagi seluruh kelompok yang mengaku sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah untuk menjadikan manhaj ini sebagai asas perjuangan.
    Komitmen terhadap Salaf tidak boleh menimbulkan sikap ta’ashub golongan, membuat standart baru dalam al-Wala’ wal-Bara’ selain atas dasar kitabullah dan as-Sunnah, atau konsentrasi terhadap beberapa masalah aqidah yang dihadapi oleh Salafus-Shalih sebagai tuntutan pada zaman itu, lalu menafikan berbagai masalah kontemporer yang menjadi tuntutan waqi’i hari ini. Pengkaburan antara komitmen dan klaim harus diberantas sampai – sampai keakar-akarnya , karena hal ini sama buruknya dengan kejahilan terhadap esensi agama itu sendiri . Sebagaimana beberapa tahun terakhir ini mulai nampak semarak dengan munculnya kelompok yang mengklaim diri mereka sebagai para pejuang Tauhid dan Sunnah , pemberantas syirik dan bid’ah. Dengan modal semangat yang menggebu-gebu dan ilmu seadanya mereka tegak pongah seraya mengaku sebagai kelompok Ahlus Sunnah wal Jama’ah , bahwa merekalah orang-orang yang memperjuangkan pemahaman-pemahaman salaful ummah satu – satunya . Sungguh betapa mulia dan bernilainya kelompok tersebut seandainya mereka konsekuen dengan slogan-slogan yang mereka gembar-gemborkan di berbagai tempat dan kesempatan itu. Mereka tampil di tengah-tengah umat Islam ini dengan membawa gebrakan-gebrakan yang memukau dimana mereka dengan penuh semangat menyerang berbagai Harokah Islamiyah yang aktivisnya memperjuangkan Islam dengan Jihad dan Istisyhadiyah . Dengan bermodal taqlid dan ta’ashub mereka meneriakkan bahwasanya siapa saja yang memperjuangkan Islam dengan Jihad dan Istisyhadiyah ini sebagai kelompok Ahlul Bid’ah dan Khowarij yang harus diperangi..Sungguh memprihatinkan keadaan ini bagi siapa saja yang mempunyai pemahaman yang benar tentang Islam .
    Kaum yang menyebut diri sebagai Salafi ini , dengan congkak dan sombong selalu menggunakan slogan-slogan menyesatkan untuk menipu orang-orang bodoh. Mereka melemparkan julukan-julukan semau mereka terhadap semua orang yang bertentangan dengan pemahaman mereka. Si fulan Salafi Sururi, ini kelompok Quthubiyah , yang itu Khowarij Gaya Baru, ahlul bid’ah dan lain-lain. Lalu – seperti biasanya – mereka dengan tanpa malu-malu mengumumkan kepada semua orang bahwasanya : “ kamilah kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah, kamilah kelompok Sunni Salafi , orang yang tidak seperti kami adalah ahlul bid’ah. “ Mereka menyangka bahwasanya dengan menggunakan slogan-slogan saja cukup menjadikan mereka sebagai orang yang suci. Inilah sebenarnya quyyud hizbiyah yang menjijikan !
    Dakwah Salafiyah tidak boleh berhenti pada kerja keras pembebasan ummat dari syirik kubur dan paganisme, lalu membiarkan merajalelanya syirik sistem dan hukum jahilyah. Ia juga bukan pernyataan ‘perang’ terhadap Ahlul Bid’ah -penyeru tasbih dan ta’thil dalam Asma’ was Sifath- lalu membiarkan usaha mencampakkan Syare’ah Allah subhanahu wa ta’ala, menggantinya dengan undang-undang batil hingga tersebar kerusakan dan kemungkaran di segala sektor kehidupan ummat.
    Kondisi dan waqi’i tiap zaman selalu berbeda, sehingga menimbulkan tuntutan yang berbeda antara satu zaman dengan zaman lain. Tuntutan zaman pada masa Sahabat menegakkan daulah, mempertahankannya dari serangan musuh dan menyebarkan Islam keseluruh penjuru. Sehingga akan didapatkan bahwa setiap Sahabat adalah mujahid.yang hidup dari satu jihad kepada jihad lain. Hal itu karena jihad pada masa itu adalah fardlu ‘ain. Masa Tabi’in dan Tabi’ut-Tabi’in identik dengan zaman keemasan ilmu Islam, sehingga muncullah Ulama-ulama besar dan masyhur. Mereka mengkhidmadkan hidup dan potensinya demi berkembangnya ilmu Islam. Karena tuntutan waqi’i zaman itu adalah menjaga dan mengembangkan al Ilmu dan as-Sunnah, dan menghadapi kesesatan segala firqah.
    Sebagai contoh, pada masa Imam Ahmad, fitnah `al-Qur’an adalah makhluk` menjadi tuntutan zaman yang mesti segera dibasmi. Maka Imam Ahmad dan para Ulama’ segera bangkit memperjuangkan as-Sunnah dan menolak kebathilan tersebut.
    Hari ini ummat Islam telah kehilangan induk semangnya . Khilafah Islamiyah sebagai benteng pertahanan terkuat aqidah , telah runtuh . Syari’ah Allah subhanahu wa ta’ala tidak lagi tegak , undang-undang produk manusia mendominasi mayoritas negeri-negeri Islam. Tengkuk kaum muslimin diserahkan secara hina kepada undang – undang dan kuasa Thaghut oleh para pengkhianat ( munafikin ) dari kalangan penguasa murtad dan ‘ulama yang jahat . Da’i – da’i ( bahkan diantaranya adalah mereka yang amat ta’ashub dengan klaim Salafiyyun ) yang telah melacurkan agamanya dengan upah segepok uang dan kenyamanan duniawi , sangat gencar menyebarkan syubhat bahwa kondisi seperti sekarang ini adalah kondisi ideal dan final bagi ummat Islam . Negara yang tegak diatas pencoretan Syari’at Islam seperti Republik Indonesiapun , mereka syiarkan sebagai Negara Islam dan pemerintahannya adalah Ulil Amri yang wajib dita’ati kaum beriman.
    Sehingga keteguhan kaum muslimin dalam berjuang mendapatkan hak – haknya untuk hidup dengan aturan – aturan Islam dianggap upaya – upaya negatif dan destruktif , bahkan saat kaum musimin sadar akan perlunya membangun kekuatan maka tuduhan makar dan subversif segera dikenakan . Lahirnya kelompok – kelompok kecil ummat yang terus bertekad untuk berjuang pada gilirannya akan dihadapi dengan bengis dan kejam oleh polisi dan tentara yang lengkap dengan segala kekuatan persenjataan dan kekejamannya. Dengan begitu ‘izzah Islam dan kehormatan kaum muslimin jatuh sirna di kaki para penyembah berhala . Makar dan konspirasi kuffar tertuju kepada mereka .
    Maka hari ini ummat Islam sangat membutuhkan para Mujahid yaitu mereka yang benar ilmu dan amalnya . Sebagaimana firman Alloh :
                                  • 
    Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan Kami, keluarkanlah Kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah Kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah Kami penolong dari sisi Engkau!”. ( QS An Nisaa’ : 71 – 75 )
    Tak ada jalan lain ,kita harus bangkit dengan membawa panji tauhid dan merealisasikan hak-hak tauhid, sebagai penyerahan total kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Allah berfirman :
    وَعَدَ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي اْلأَرْضِ كَمَااسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لاَيُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ {55}النور
    Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah meneguhkan orang-orang sebelum mereka. Dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan merobah (keadaan) mereka dari ketakutan menjadi aman sentausa.Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang yang fasik. (QS. 24:55)
    Akan tetapi ada beberapa hal yang tidak boleh dilupakan oleh para pejuang Islam, mereka mesti komitmen dan konsisten di atas manhaj yang menjadikan kejayaan generasai awal. Serta tetap mampu mengantisipasi tantangan waqi’i yang ada dengan tepat. Dan selalu bergerak untuk merealisasikan cita-citanya dalam suatu keordinasi (tandlim) yang teratur, rapi seakan-akan sebuah bangunan yang berdiri kokoh “ كأنهم بنيان مرصـوص “.
    Bukankah ini wasiat yang mashur dari Kholifah Ali bin Abi Thalib rodliallahu’anhu :
    الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام
    “Al-haq yang tidak tertandlim akan dikalahkan oleh kebathilan yang tertandlim”

  18. Berikut saya quote pernyataan dua imam dalam hal ini… dalam perlantikan pemerintah dalam hal melalui jalan yg wajar mahupun melalui kaedah yg tidak disukai.

    Pendirian Ahlus Sunnah Dalam Perlantikan Pemerintah:

    Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah, di dalam kitabnya, Ushulus Sunnah:

    Prinsip ahlus sunnah (di dalam prinsip ke-28) – Mendengar dan taat kepada para imam (penguasa pemerintahan), khalifah, amirul mukminin, yang baik mahupun sebaliknya. Begitu juga (mendengar dan taat kepada) orang yang memegang tampuk pemerintahan (kekhalifahan yang telah disepakati dan diredhai oleh umat manusia). Demikian pula (mendengar dan taat kepada) orang yang dapat mengalahkan manusia dengan pedang hingga menjadi khalifah, penguasa, atau amirul mukminin.

    Kekuasaan itu boleh terjadi melalui tiga kemungkinan:

    Pertama:

    Dengan ketetapan dan wasiat dari imam (penguasa) terdahulu. Demikian ini sebagaimana terjadi pada Abu Bakar ketika mewasiatkan supaya Umar menjadi khalifah.

    Kedua:

    Dengan pemilihan yang dilakukan oleh ahlul Halli wal aqdi. Mereka memilih khalifah dan imam, sebagaimana yang terjadi pada pengangkatan Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah. Para sahabat Nabi s.a.w.bersepakat membai’at Ali sebagai khalifah. Begitu juga bersepakatnya para sahabat membai’at Mu’awiyah selepas Ali.

    Ketiga:

    Dengan kekuatan dan pemaksaan (kekerasan – tidak melalui jalan yang aman – penterjemah). Iaitu bila mana seseorang mengalahkan orang yang banyak atau kumpulan tentera yang lain, sehingga dengan kekerasan dan kekuatannya, ia menjadi penguasa. Pada cara yang ketiga ini, sesorang menang dan berkuasa dengan cara kekerasaan. Walaupun banyak syarat tidak dipenuhi, namun di dalamnya mengandungi hikmah, iaitu apabila seseorang menang dengan kekerasannya, menunjukkan bahawa ia mempunyai kekuatan. Jika ia diperangi lagi, tentu ia akan menimbulkan konflik dan fitnah yang berterusan. Bahkan mampu menimbulkan suasana saling berbunuhan dan perperangan yang lebih besar di kalangan umat muslimin. Dalam keadaan yang seperti ini, maka, maslahah dan keutamaannya adalah, agar pemimpin yang memperoleh kekuasaan dengan cara ketiga ini tetap harus didengari (ditaati). Inilah pegangan para ulama. Sebahagian ulama yang lain menyatakan, ia lebih kuat untuk berjihad, kerana jika ia memiliki tentera yang dapat menguasai kaum muslimin di suatu negeri dan memiliki kekuatan, bererti membuktikan bahawa ia merupakan orang terkuat untuk melakukan jihad dan perang. Yang mana, dengan kekuatannya itulah dia menjadi pemimpin.

    al-Hafizd Ibnu Hajar berkata:

    Para fuqaha bersepakat atas wajibnya taat kepada imam yang mutaghalib (berkuasa melalui peperangan mahupun kekerasan). (Fathul Bari (13/7), Maktabah Riyadh Haditsah)

  19. […] Politik Bangkangan Dalam Islam – Al-Ahkam.net Artikel yang saya masukkan ini adalah tulisan dari Ust Mohd Khairuddin, Syeikh Zain-Ys telah memasukkannya ke dalam al-ahkam.net, ini mungkin menjadi tamparan hebat kepada groups salafi yang suruh mengundi UMNO atas dasar ketaatan kepada pemerintah kata mereka, dan pengakuan beberapa orang ’sifu’ salafi sebelum ini. Sila baca Pengakuan Salafi Untuk Undi UMNO […]

  20. Assalamualaikum Wrt Wbt.

    Salam Ramadhan dan Salam Ziarah daripada seorang Salafi yang mendukung perjuangan PKR.

    Jazakallahu Khair

  21. Assalamualaikum,

    Saya membaca website Salafi….Sulaiman Nordin mengenai Demokrasi….saya setuju “demokrasi tiada dalam Islam”. Oleh itu kita tolak demorasi dan segala intipatinya, termasuk mengundi;atau kita terima demokrasi sebagai realiti hidup Abad ke 20 dan 21….termasuk penubuhan parti politik dan mengundi. Apapun tidak mungkin demokrasi di Malaysia yang telah diwarisi sejak merdeka…boleh diubah menjadi sistem Syura…dan kemudian kita lihat Diktatorship golongan Salafi/Wahhabi yang akan mengharamkan semuanya, kerana semua sesat kecuali Manahadj Salafi ala Saudi….termasuklah tiadanya sistem pelbagai parti dan hak mengundi bagi rakyat……..

    As for “negara Islam”….mana satu model “negara Islam” yang kita akan pakai : lihat realiti sejarah berlakunya fitnah selepas pembunuhan Sayidina Uthman spt Perang Siffin dan Jamal….penghujungnya perlantikan Yazid dan pembunuhan keluarga Husain b. Ali dan juga Abdullah b. Zubair…dan lihat perubahan kuasa dari Umawi ke Abbasi…bagaimana kekejaman telah berlaku…..

    Apapun kita tidak benarkan parti majoriti orang kafir seperti MCA, MIC dan DAP memerintah M’sia..susah hidup kita nanti sebagai orang Islam…

    Dan tidak timbul apabila kita menyedari bahawa sistem demokrasi dan pelbagai parti “bukan dari Islam”, bahawa keanggotaan kepada Parti Islam sepert PAS misalnya adalah berkait dengan aqidah….ertinya anda boleh jadi Ahli PAS, UMNO, dan PKR serta jemaah Islam sepert JIM, ISMA, ABIM dan Jemaah Tabligh…..

    Ketaatan sebenar adalah kepada khalifah yang telah hilang sejak lama….maka dengan itu PAS< UMNO dan PKR hanyalah wadah2 yang boleh digunakan untuk Islam….dan pembentukan kerajaan, dalam rangka Perlembagaan Msia yang sekuler….

    Hak mengundi hak anda……fikirlah sendiri…dan terimalah keputusan agar kehidupan umat di Msia aman, dan kita boleh terus memperjuangkan Islam, walaupun dalam keadaan minoriti.

  22. Kaum salafi perlu menilai semula fatwa mereka tentang haram menentang pemerintah malaysia?..saya yakin dan percaya dengan quran dan hadis muktabar….Namun kita perlu mencari interprestasi baru memandangkan pemimpin dan kepimpinan hari ini agak berbeda dari zaman nabi maupun zaman ibnu taimiyah?…..mungkin nabi melarang atau ibnu taimiyah menolak melawaan pemerintah pada ketika itu kerana mereka masih menegakkan hukum-hukum Alllah,walaupun mereka zalim?…Lihat kini pemerintah hari ini berfahaman sekularisma yang menolak penuh ad-din Islam….Sebaliknya menentang perdana menteri atau UMNO tidak sama dengan menentang Sultan Selaku Ketua agama atau Khalifah?…Kalau puak salafi menentang pilihanraya kerana demokrasi kuffar,maka saya menyeru Rasuldahri jangan pergi mengundi??…Minta rasuldahri jumpa Najib dan Agong Supaya keduanya menerima Islam kaffah?…tunjuk kepada kami cara siasah syariah anda..?Sudah pasti tidak sama dengan cara Hasan Albana atau puak Ahbash??…

  23. Ada orang kata Islam kat Malaysia ni sekular tak menjalankan mengikut Islam. Pas tu betul sebab dia ikut Islam.
    Saya jawab…
    Semua sekular selagi tidak kenal Allah..
    “awal agama itu mengenal Allah”
    Orang yang tidak kenal Allah dia baca Quran dan kemudian buat tafsiran sendiri. Jadi semuanyalah sekular.
    Kalau dah kenal Allah tanya sendiri pada Allah “BETUL KE AKU NI ISLAM YA ALLAH?” Dah tentu Allah beri jawapan sebab Allah itu maha berkata-kata.

    Dah tanya ngan Allah ke belum?

  24. بسم الله

    Ana salafy dari dar al imam wadi’e yemen… apa pon ana katakan demokrasi haram. n ana x sokong mana parti..baik umno baik pas.. nasihat ana supaya taqwa Allah…dan kembali kan lah semua perkara agama pada Allah..dan ikut lah sunnah shahihah mengikut qur’an hadist n faham salaful ummah.. dan 1 ana ingat kan, seorang salafy yang murni tidak akan ridha dia di lebal kan WAHABY..dan kami berlepas diri dari WAHABY..

    Abu Danieal ibn Yusof
    Al-Maaliezie

  25. Assalamualaikum semua,

    Saya dah baca semua kat atas tu, pergi mcm2 website, blog, forum….bla..bla..
    Umat Islam kat M’sia dah pelbagai fahaman, ikutan, berparti, berjemaah, parti bebas, atas pagar bla… bla…
    Dari sekolah rendah sampai dewasa, pernah ikut UMNO, PAS, Tabligh, Arqam, JIM, ABIM dan mcm2.
    Mana satu yang betul ? Ulama Politik ? Ulama Kerajaan ? Ulama Bebas ?
    Umat Islam marhaen mcm aku nie dah bercelaru…TOLONG !!!!!

    Wassalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: