Posted by: sokongsalaf | October 5, 2007

Misi Bidaah Abdullah Yassin

Aku terima forward iklan “Qiam Ramadhan bimbingan Dr Abdullah Yassin”, iaitu iklan tentang bagaimana Abdullah Yassin akan memimpin aktiviti Qiyam Lail dari satu masjid sehingga ke satu masjid lain. Walaupun ada beberapa masalah kerana ada campur tangan pihak pemerintah program ini akan diteruskan sebagaimana iklan.

Atas sebab-sebab tertentu, program Qiam Ramadhan yang di Masjid Al-Bukhari, jalan Hang Tuah terpaksa berpindah ke Surau Kampung Malaysia Baru, Sg Besi (bersebelahan Kampung Malaysia Tambahan).

Untuk hari ini iaitu Jumaat 5-10-07, program Qiam Ramadhan bersama Dr Abdullah Yassin insya-allah akan diadakan di Surau Al-Muhajirin, Taman Sri Ukay. Majlis bermula dengan solat isya’ dan diikuti dengan Qiam Ramadhan (8 + 3) dan kuliah ilmu. Kemudian, program akan diteruskan di Surau Kampung Malaysia Baru, Sg Besi sehingga sahur dan insya-allah kuliah ilmu akan menyusul selepas solat subuh sebelum bersurai.

Bermula hari Sabtu sehingga akhir Ramadhan, program Qiam Ramadhan insya-allah akan berjalan seperti biasa di Surau Kampung Malaysia Baru, Sg Besi. Program bermula dengan iftar, solat maghrib, makan malam, solat isya’, qiam ramadhan, kuliah, tidur, qiam/baca quran/zikir, kuliah, sahur, solat subuh dan kuliah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Dr Abdullah Yassin di 012-3224050

Sebagaimana selalunya puak-puak salafi, tidak pernah mempertimbangkan sama ada aktiviti ini bidaan atau sunnah, dulu suka menunjuk kesalahan orang lain, sekarang dah pandai buat bidaah pulak dah. Rasulullah saw menuntut sahabat menghidupkan malam terutamanya akhir Ramadhan tetapi Rasulullah tidak pernah melakukan aktiviti Qiyam secara berkumpulan dan baca Al-Quran berjemaah dari satu masjid ke satu masjid seperti Abdullah Yassin ini lakukan.

Inilah masalah salafi dari dulu sampai sekarang, senang untuk membidaahkan orang lain, tetapi bila guru mereka melakukannya mereka tidak pernah bertanya adakah Rasulullah saw pernah lakukannya? Bahkan meyumbang untuk mengiklankannya. Apa nak dihairankan mereka ini salafi yang penuh dengan perpecahan dan pertelingkahan sama sendiri, mereka bukannya salafusoleh.


Responses

  1. ya jugalah, setakat aku baca sirah, tak jumpa dalil perbuatan a. yassin nih. mungkin salafi sejati/hakiki boleh jawab.

  2. Qiam Ramadhan yg dipimpin (secara berjemaah)yg didalamnya ada solat hajat,solat taubah,solat tasbih dsbnya semuanya itu tiada contoh dri Rasullullah s.a.w. jika benar sprt yg didakwa apa yg dilakukan oleh beliau (Abdullah Yasin) itu bukan sunnah.

    Para ulamak Ahli Sunnah yg bermanhaj salaf as soleh mewajibkan org 2 beriman supaya menentang & memerangi aktivis / ahli bid’ah walau pun siapa orangnya. Syeikul Islam Ibnu Taimyyah menjelaskan ” sesiapa yg membantah (menentang) ahli bid’ah, adalah mujtahid sehingga yahaya bin yahaya berkata” pembelaan terhadap sunnah lebih baik dri jihad”.

    Alahua’lam

  3. kalau ada dalilnya dipersilakan bawa, Rasulullah saw rasa tidak pernah pimpin sahabat Qiyam kemudian buat Kuliah, tidur ramai2, solat malam kemudian. Kalau ada Rasulullah buat macam tu silalah buktikan dari sirah dan sebagainya.

    Mengikut kaedah ibadah salafi “apa tidak dicontohkan oleh Rasulullah maka dianya adalah bida’ah”. Maka pakej bermalam di masjid anjuran Abd Yassin tu adalah pakej bidaah, kan kan.

  4. Mengikut kaedah ibadah salafi ” apa tidak dicontohkan oleh Rasulullah maka dianya adalah bid’ah” wrote by al bana asghar
    Definasi ini sebenarnya adalah definasi yg diberikan oleh ulama ulama terdahulu (salaf),salah kalau kita katakan ini ” kaedah ibadah salafi ” la ni. Sebagai bukti cuba perhatikan definasi definasi di bawah ini yang diberikan oleh mereka:
    Para ulama salaf telah memberikan beberapa definisi bidah. Definisi-definisi ini memiliki lafadl-lafadlnya berbeda-beda namun sebenarnya memiliki kandungan makna yang sama.

    Imam Syathibi, bid’ah dalam agama adalah Satu jalan dalam agama yang diciptakan menyamai syariat yang diniatkan dengan menempuhnya bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah.

    Ibnu Rajab, Bidah adalah mengada-adakan suatu perkara yang tidak ada asalnya dalam syariat. Jika perkara-perkara baru tersebut bukan pada syariat maka bukanlah bidah, walaupun boleh dikatakan bidah secara bahasa

    Imam as-Suyuthi, beliau berkata, Bidah adalah sebuah ungkapan tentang perbuatan yang menentang syariat dengan suatu perselisihan atau suatu perbuatan yang menyebabkan menambah dan mengurangi ajaran syariat.

    Imam Syafi’i sesuatu amalan yang dilakukan yang tiada contoh dari Rasulllullah s.a.w.

    Dan banyak lagi definasi yg diberikan oleh ulama ulama terdahulu mengenai bid’ah.

    Allahua’lam.

  5. mana ada definisi bidaah tu sama dengan salafi, cuba tengok betul2.
    Ok lah sekarang kalau salafi virgin kita kata bidaah tu adalah perbuatan yang tidak dicontohkan, sekaran mari kita tengok “Perbuatan Abdullah bin Yassen tu ada tak dicontohkan oleh Nabi”
    Pernah tak Rasulullah melawat 2-3 masjid untuk bacaan Al-QUran dalam satu malam? Kalau tak ada contoh maka ianya bidaah

  6. KITAB I’TIKAF

    Bersumber dari Ibnu Umar r.a. sesungguhnya Rasulullah saw biasa melakukan i’tikaf pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan
    Pada jalur yang lain Ibnu Umar r.a. juga meriwayatkan sebuah hadith yang senada dengan hadith di atas. Nafi’ mengatakan: “Sesungguhnya aku pernah ditunjukka oleh Abdullah ruangan atau tempat di dalam masjid yang biasa digunaka oleh Rasulullah saw melakukan i’tikaf”
    Bersumber dari Aisyah, ia berkata: Rasulullah saw biasa beri’tikaf pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan.
    Pada jalur yang lain, Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadith yang senada dengan hadith di atas.
    Bersumber dari Aisyah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw biasa melakukan i’tikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan sampai beliau wafat. Begitu pula yang dilakukan oleh isteri-isteri beliau.
    Bilakah Seseorang Mulai Masuk Pada Tempat I’tikafnya

    Bersumber dari Aisyah r.a. ia berkata: “Dahulu, setiap kali Rasulullah saw mau melakukan i’tikaf, maka beliau akan mengerjakan sembahyang subuh terlebih dahulu. Baru kemudian beliau masuk pada tempat i’tikafnya. Sesungguhnya beliau pernah dibuatkan sebuah tenda saat beliau mau beri’tikaf pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan. Beberapa isteri beliau juga pernah ada yang dibuatkan tenda-tenda yang sama. Sehingga ketika beliau hendak melakukan sembahyuang subuh dan melihat banyak tenda, beliau bersabda: “Kebajikan macam apa yang kalian inginkan?” Beliau lantas memerintahkan supaya tenda-tenda itu dirobohkan saja. Selesai melakukan i’tikaf pada bulan Ramadhan itulah, beliau masih melanjutkan i’tikafnya lagi pada sepluh hari yang perama di bulan Syawal.”

    Di dalam hadithnya Ibnu Uyainah, Amer bin Al Harith dan Ibnu Ishak, disebutkan bahawa isteri-isteri Rasulullah saw yang dibuatkan tenda adalah Aisyah, Hafsyah da Zainab.

    Bab Bersungguh-Sungguh Pada Sepuluh Hari Yang Terakhir Di Bulan Ramadhan

    Bersumber dari Aisyah r.a. ia berkata: “Dahulu, sesungguhnya Rasulullah saw jika saat seppuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan akan datang, beliau beribadah semalam suntuk dan membangunkan isteri-isterinya. Beliau bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali.”

    Bersumber dari Aisyah r.a. ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada sepuluh hari yang terakhir (di bulan Ramadhan), tidak seperti pada bulan-bulan lainnya.

  7. Bila pulak SS Ust Dr Abdullah Yasin melawat 2-3 masjid untuk bacaan Al-Quran dalam satu malam? Yang berlaku pada waktu itu adalah sebab pihak yang berwajib melarang beliau melakukannya. so, terpaksalah dia berpindah masjid.

    bab membaca quran beramai2 – Hello friend…. sapa kata nabi saw tak pernah lakukan bacaan quran beramai2? yang nabi buat tadarus dalam masjid tu apa? jangan lah nak main hentam kromo je. yang ini pun ada dalilnya, ada riwayatnya yang sudah pasti sohih dari Imam Muslim. kalau nak, akan datang menyusul kemudian.

  8. Buat apa pulak nabi Muhammad nak baca Quran. Quran itu keluar dari mulut nabi MUhammad.
    Korang ni kalau bercerita tetang nabi Muhammad macam korang ada pada zaman tu. Alahai…..

  9. Erm.. saya tak nampak mananya yang bid’ah. Ibadat2 yg dilakukan bukannya tiada contoh dari Rasululullah SAW. Ia bukan ibadat yg direka2. Janganlah kalau kita dah membenci sampai hati pun dah jadi tertutup utk terima kebenaran…

  10. Janganlah berbalah tuduh menuduh ‘bidaah tak bidaah’ katau tak tahu rujuklah kepada mereka yang arief lagi mempunyai ‘authority’ didalam perkara tersebut.

    Kenapa tak dapatkan dalil dan hujah daripada Dr. Abdullah Yasin sendiri. Pasti beliau boleh menjelaskan mana-man yang tak jelas.

    WauAllahhu’alam

  11. agree with raja chik. if you ought to know his answer, go and ask from dr.abdullah yasin himself. he is not as harmful and as ‘dangerous’ as you perceived.

  12. Hai kalau bab bincang hal2 macam ni korang bukan main terror… cuba bagi cadangan macamana nak kembalikan akidah mereka2 yg ternyata dah sesat terutama remaja2 kita yg sanggup membuang bayi, melakukan seks rambang dan macam2 tu…

    Kat Malaysia ni Allah belum turunkan bala besar kerana masih ramai ulamak dan mereka2 yg sanggup bangun malam bermunajat kepada Allah…kalau tak lama dah Malaysia ni punah agaknya…insaflah….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: