Posted by: sokongsalaf | December 17, 2006

Mufti Baru Perlis

Dr Muhamad Asri Zainal Abidin Mufti Perlis

Salafi-salafi Malaysia bergembira bila MAZA atau Dr Asri telah memilih untuk menjadi Mufti di Perli Darul Al-Sunnah, maka lebarlah saya mereka untuk mengembangkan ajaran salafi, yang sebenarnya agak ranap dan rapuh di Perlis.

Aktiviti salafi di sana tidaklah sehebat mana, ada salafi yang bersifat on/off. Dalam pada satu ultra konservatif salafi mengharamkan rokok, ramai penduduknya yang masih menghisap rokok. Dalam pada salafi liberal pecahan dari ABIM Perlis iaitu satu firqah dari Ustaz Dahlan yang meng’halal’kan riba, ada versi lain yang tetap memegang keharamannya, kerana pada mereka dalil yang jelas dari Al-Quran dan Sunah yang mereka pegang. Maka kumpulan yang mengaji dengan Ustaz Dahlan berpecah menjadi dua, satu yang liberal dan satu yang berpegang pada ajaran Ustaz Dahlan.

Dari khabar angin yang aku dengar dari ‘Pejabat Agama’, sebenarnya Dr Asri ke sana atas gesaan MB Perlis, hal ini kemudian disokong penuh oleh Permaisuri Istana Arau. Sukar untuk aku mengesahkan kebenarannya, hanya orang yang terlibat sahaja yang mengetahuinya. Dalam perjumpaan terbaru MB Perlis, beliau mengatakan untuk mensalafikan semua Negeri-negeri di Semenanjung dengan tapaknya asasnya adalah Perlis. Mungkin cita-cita ini sukar apabila Raja Perlis tidak lagi memegang jawatan YDPA.

Berbalik kepada isu Mufti baru Perlis yang baru menjawat kedudukannya pada 1 November 2006, antara isu yang ditanganinya adalah isu Azhar Mansor dan beberapa hari lepas ialah tentang Fatwa kayu Koka. Semuanya berkaitan dengan isu murahan yang berlaku dalam masyarakat mistik Melayu. Tidak pernah kita mendengar satu Fatwa yang khusus tentang pemerintahan seperti apakah hukumya jika Kerajaan Negeri tidak melaksanakan hukuman Hudud keatas Zina, Mencuri dan sebagainya. Mungkin kita juga perlu mendengar tentang kilang Arak di Pekan Beseri, iaitu sebuah kilang yang berhampiran dengan kilang Simen. Aroma arak ini semerbak di kawasan penduduk sekitarnya sehingga ke Balai Baru. Apakah Tuan Mufti baru ini hanya mendiamkan perkara ini?

Antara pengajaran yang Tuan Mufti Salafi perlu ingat adalah Firman Allah SWT, Surah Hud Ayat 11

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Ingat pesan Tuan Guru Nik Aziz tentang ulama Kangkung, semoga Mufti Perlis bukan sekadar Ulama Kayu Koka


Responses

  1. apa la nak jadi dgn org islam ni…sah2 xda keje lain..asik nak cari kesalahan orang..xda minda menyatu ummah…adehla…sah2 dah xda keje lain nak buat tuh…

  2. alah, yang kau dok sokong sangat geng salafi tu apasal? Salafi tu yang datang memecah belah orang. Hang tengok dalam fikrah sendiri beberapa orang sifu salafi langsung tak ada adab. Bantai orang secukup rasa dan hawa sahaja. Kalau ada orang dedahkan keburukan salafi, mulalah dok bantai isu berpecah belah. Salafi sendiripun pecah belah atara mereka tak gitu ezz

  3. sokong ezz!
    kenapa la suka cari kesalahan orang lain.
    cuba fikir macam mana nak betulkan keadaan..
    ni dok condemn2..sampai kiamat pun takkan berubah.
    kita bangkit sama2, buat sesuatu!
    lain2 fikrah, itu manusia, namun kita punya satu nama; ISLAM; AQIDAH
    dan satu tujuan; JANNAH
    nak pe lagi.
    ni tak, ungkit kesalahan orang,mengata orang tu salah, orang ni tak betul, orang tu sesat, orang ni nampk ‘mcm’ bagus nak buat kebaikan tapi ckp tak serupa bikin.
    ACT! don’t just talk..!

  4. kalau dari kandang kerajaan tu, fikrahpun sama, tak perlu berlagak baiklah puak salafi. Kau pergi ke alfikrah@yahoogroups.com tempat himpunan salafi di sana. Kau boleh lihat macam mana salafi menyesatkan dan mengutuk gerakan lain.

    ada ulama besar salafi di sana seperti Tuan Hassan Tuan Lah (staff Telekom), Mohd Yaakob Yunus (pekerja bank riba). Cuba hangpa lihat cara mereka beri komentar. Kalu orang kuat salafi sendiri tak betul, apa yang saya harapkan dari pelajar UITM dan suara dari UIAM macam sayang Islam dan Negara.

    Selamat menyucikan Salafi ya.

    sekian

  5. Khawarij mana bukti mereka tidak betul???
    Kau tak nak komenkah tentang Mufti Perak ke, dia juga diam bila berkenaan hal kontroversi dalam kerajaan Negeri.

  6. tuan,menyampaikan islam bukan begitu cara nye.
    anda perlu memikir sbelum berkata2.

    ustaz dahlan adalah salafi?
    buktikan kesahihan,,,

    saya maklum yang anda tahu ,apakah dosanye untuk seorang yang menfitnah

    aslmulaikum

  7. ni la kata2 puak bid’ah yang tak puas hati bila salafi baru nak naik..maklumlah,amalan2 bid’ah mereka selama ni di tentang….

    bid’ah,benda baik la katakan…πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: