Posted by: sokongsalaf | December 29, 2006

Fatwa Mufti Salafi Perlis ditagih

Aksi berlaga pipi Rosmah-aktor Bollywood, pandangan Mufti Perlis ditagih

Harakahdaily

Fri | Dec 29, 06 | 08:29:38 AM

Image

Aksi berlaga pipi isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan seorang aktor Bollywood dan sentuhan mesra Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dibahu aktres wanita, Datuk Michele Yeoh mengundang komen pedas pembaca Harakahdaily.

Aksi Rosmah dan aktor Bollywood itu dirakam semasa anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember lalu yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil yang turut menyaksikan kehadiran Abdullah dan Timbalannya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Rosmah yang memangku Presiden BAKTI juga bertindak selaku penaung festival.

“Ramai juga yang menyaksikan acara gilang gemilang ini termasuk rakan saya yang juga peminat aktor dan aktress dari Bollywood.

“Sejak jam 7.00 malam lagi program dibanjiri limpahan tetamu, dan kehadiran orang ternama negara membayangkan program ini mendapat ‘sanjungan’ pemimpin yang bernaung di bawah payung Islam Hadhari.

“Malangnya saya dikhabarkan rakan bahawa ketika sesi anugerah, isteri orang nombor dua negara yang sememangnya peminat setia ‘Bollywood’ sempat berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood,” tulis Abang Budin Somban Duo, dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily.

Menurut Abang Budin, beliau pada mulanya kurang percaya dengan apa yang dikhabarkan oleh rakannya berhubung ‘aksi berani’ Rosmah, namun beliau mengakui kebenaran perkhabaran itu setelah melayari sebuah blog tempatan yang menyiarkan gambar-gambar sepanjang program itu berlangsung.

Surat Abang Budin menerima hits antara tertinggi setakat ini.

Aksi Pak Lah memegang bahu Michele disiarkan oleh Harakah cetak keluaran 1 Januari 2007. Foto itu pada mulanya disiarkan laman web rasmi monsooncup.com.my tetapi kemudiannya didapati hilang daripada paparan. Bagaimanapun foto yang memaparkan pegangan Abdullah dibalas mesra Michele itu sempat dimuat turun oleh beberapa pelayar laman itu dan dikirim ke Harakahdaily menerusi e-mail.

Seorang pembaca, Ikmal Haziq daripada Jerantut kecewa dengan sikap tidak prihatin Pak Lah terhadap hukum bersentuhan lelaki dan wanita yang bukan muhrim.

“… ke manakah perginya prinsip yang dipegang oleh orang yang terkenal memperjuangkan Islam Hadhari di dalam dan juga di luar negara ini.

“Saya juga tertanya-tanya apakah konsep akhlak Islam yang melarang lelaki menyentuh perempuan yang bukan mahram tidak termasuk dalam konsep Islam Hadhari yang diperkenal dan diperjuangkannya,” tulisan Ikmal dalam ruangan Surat Pembaca Harakahdaily dipetik.

Ikmal melahirkan rasa kesal dengan insiden itu kerana ia memberi impak kepada maruah dan harga diri Islam serta berharap rakyat dapat menilai sejauh manakah kejujuran pihak berkenaan dalam memperjuangkan konsep Islam Hadhari.

Islam Hadhari

Adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang isteri pemimpin negara Islam untuk bersalaman mesra, merangkul tangan dan melaga-lagakan pipi dengan lelaki bukan mahram apatah lagi di hadapan khalayak umum. Ditambah dengan aksi Perdana Menteri sendiri yang tanpa segan silu menyentuh bahu aktres wanita di hadapan umum.

Negara ini sedang rancak mempromosikan konsep Islam Hadhari dan “masyarakat bermaruah bermula denganmu Pak Lah”. Prinsip kelapan Islam Hadhari sebagai contoh menyentuh soal ‘keutuhan budaya dan moral’. Jika kedua-dua insiden di atas boleh dijadikan ukuran, apakah keutuhan budaya dan moral yang mampu dicapai oleh Islam Hadhari? Apatah lagi konsep Islam Hadhari diperkenalkan “bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan duniawi dan juga persiapan ukhrawi”.

Soalnya, apakah bentuk “persiapan ukhrawi” yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh rakyat jika kita mahu menjadikan dua insiden di atas sebagai ukuran.

Mufti Perlis perlu tegaskan pendirian

Mungkin inilah masanya bagi Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, penyandang jawatan Mufti termuda di negara ini memberikan pandangannya.

Dr Asri dalam beberapa siri wawancara dengan akhbar tempatan menyelar pihak penguatkuasa jabatan agama Islam negeri-negeri yang didakwanya sering mengaibkan pelaku-pelaku khalwat yang melakukan modus operandi mereka di tempat-tempat sunyi termasuk di bilik hotel.

Bagi Dr Asri, pihak penguatkuasa agama sepatutnya lebih menumpukan kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan seperti meminum arak dan berjudi di tempat umum

.

Dalam wawancara dengan The Sunday Star, 24 Disember 2006, wartawan Zulkifli Abdul Rahman merekodkan:

(Dr Asri said,) The Prophet didn’t say we must shame another. Why are we arresting people who commit khalwat and bringing the press along to record the event?

Stressing that he doesn’t condone sinful acts, he had said that Muslims should address the bigger issue of amar makruf nahi mungkar (practising good, rejecting the bad) and tackle sinful practices in the open.

He believes that this would be better than “looking for sinful acts in hidden places.”

Dalam wawancara yang sama, Mufti Perlis itu juga dilaporkan The Sunday Star sebagai berkata:

“Let’s tackle the bigger issue of Muslims committing sins in the open first. How about corrupt practices which are evident to other Muslims?

“What about Muslim youths or unmarried couples hugging each other in the open? Youths doing nothing but lepak? Or Muslims drinking alcohol openly in restaurants or pubs?

“All these are being done in the open, in front of other Muslims, yet not much is being done to stop them.

“These are things that Muslims can see with their own eyes and the worry is that the new generation of Muslims will no longer respect the moral limits of their actions.

“This will create an environment where Muslims are free to commit acts against Islam in the open, thinking that their actions are acceptable,” he said.

Inilah masa yang paling sesuai untuk Dr Asri menegaskan pendiriannya apatah lagi dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau mengakui sanggup dipecat demi untuk menyatakan kebenaran!- tajdid


Responses

  1. Lan jangan berharap sangat dengan geng sekular ini. Mereka dah jadi hamba pemerintah sekular, mereka sekarang dah sama dengan Sisters in Islam aja kot. Berkokok dalam kandang kerajaan, mungkin nak keluar rebanpun tak tahu.

  2. Hey Khawarij;

    Hang nih bodoh sangat, mintalah fatwa dari Mufti Pahang, kawasan tu berlaku di Pahang bukan di Perlis, awat bodoh sangat hang nih.


Leave a comment

Categories