Posted by: sokongsalaf | March 9, 2007

Aku Rela…nilai sastera oleh MAZA (loya anak tekak)

AKU RELA…
Oleh Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Mufti Negeri Perlis Darus Sunnah)

Telah ku benarkan nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela tohmahan bermahajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah. .
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga

Komen aku : Bila membaca karya puitis ini aku naik jelak dengan telatah mufti hingusan ini. Nak kata bodoh, memang orang yang diperalatkan oleh UMNO ini orang Bodoh. Sekarang nak glamour, hukum dah jadi tunggang langgang dah. Tok Peti cukuplah bersekongkol dengan sistem UMNO tuh. Macam mana rancangan nak MenSALAFIkan Malaysia. Dengar kata cabaran dari YDPA baru? Itu cerita dari belah Sahidan Kassim. Kih kih kih


Responses

  1. salam.
    nak komen:
    nak dakwah bukan senang..nak perbetulkan masyarakat juga bukan mudah.
    ingat senang nak gadai diri, macam jerut leher sendiri, nak protes kata-kata pemimpin2 UMNO?

    Saya bukanlah penyokong kuat DR.MAZA, namun, saya tabik sebab beliau beranikan diri utk “masuk” dalam golongan politik Malaysia yg ntahpape.
    Da la MUFTI, termuda lak tu.. ingat SENANG??!
    pemimpin UMNO lak ramai da patut dok umah ingat kubur, dengan pemikiran kalut mereka tu, tapi DR.MAZA bangkit ditgh2nya..
    klu saudara rasa saudara BAGUS sangat, boleh buat, SILAKAN! tunjukkan diri saudara, baru nama PEMIMPIN.
    BOLEH BUAT KE??

    peranan kita sekrang BANTU MUFTI PERLIS, bukan dok CONDEMN orang mcm beliau!

  2. wassalam;

    o isee, apa khabar suara dari UIA, nampak benar kefanatikan dan ketaksuban saudara kepada dr MAZA, Mufti baru Perlis.

    Betulkah jerut leher bila kritik UMNO? Nampaknya Ustaz UIA ini mereka-reka hujah atas dasar nak meyokong usaha suci MAZA kot yang bercampur baur hak dengan batil tu.

    Yang saudara dok Tabik, adakah tabik tu dari ajaran Islam ke? Inilah masalah berhujah dengan puak salafi, kekadang terlepas bab bidaah.

    Ustaz buat apa di UIA tuh?

    sekian

  3. salam lan,
    Tahniah atas phd hang tu…
    apa berita dari perlis, aku dengaq hang dapat berita cantik tentang MB Perlis dengan plan nak mensalafikan Malaysia? Bila nak bocorkan hal tu dalam bog nih.

    lan aku rasa yang dok tulis tu, pakai nama sayang negara tu adalah si Maszlee Malik tu, yang hipokrit tu, dok kutuk PAS dalam majlis salafi. tetapi beberapa orang kata di berlakon baik dalam egroups hadis 40.

    ok cow dulu kawan2 Mesir terutamanya Najib dah bantai dia dulu, Najaib kirim salam kat kau.

  4. Hey Khawarij;

    Ust Maszlee menceritakan kelemahan beberapa pemimpin Pas seperti Dato Haron Taib, dia bukannya mengutuk dia memberikan pemikiran kritis dia sahaja tentang PAS.

    Salahkah dia mengkritik kelemahan ada dalam PAS?

  5. Ini saya forward dari kawan saya berkenaan dengan penyair dari salafi yang sering mengeluarkan hujah yang berputar-belit.
    =======================================
    Latifah Abdul Wahab wrote:

    Itu kena tanya encik Bahari Mustakim, dia yg fwd ke ummahonline. sebelum tu ada pengikut dr MAZA yg fwd ke egroups lain.

    Cuma saya teringat kes masa kecoh di Islah-net, antara isunya ialah mengenai penyair2 Malaysia yg disindir sebagai golongan sesat sebagaimana surah as-syuaraa ayat 224-225 :”Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat – tidak berketentuan hala.Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? ”

    ttp bila panglima mereka bersajak cepat pula kuncu2nya menyebarkan seantero alam siber..Tak tahulah apa yg penyair kita ( Akhi Zizie dan bro RAR) nak komen ttg sajak tu. Heran kan depa ni? Di ahkam-net (saya tak subsrcibe sekadar baca apa yg di fwd kpd saya), nampaknya sekarang dijadikan markah melutu Faisal Tehrani. Depa cukup bimbang bila Faisal menyerlahkan kecintaan kpd Ahlu bayt, heran bin takjub saya. Pasai apa puak tu benci sangat kat orang yg sayang nabi & keluarganya?

    Dalam harakah terbaru ada satu rencana ttg bahaya menghina keluarga nabi… saya sempat baca tajuk jer🙂

  6. kata jangan tak kata… tula reja depa.. dakwah takmau..ckp bbyk… ni pun jenis cakap tak seropa bikin…

  7. Kenapa orang Islam kita ni suka kutuk orang, sebab tu Umat Islam tak maju….kritik bodoh tanpa hujjah sedangkan Islam agama hujjah bukan kritik maki orang tak tentu. Rasionallah wahai umat Islam, dan bersatulah lawan kufur bukan duk asyik kritik usaha baik orang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: