Posted by: sokongsalaf | March 13, 2007

Minggu As-Sunnah Kebangsaan 2007 dapat sambutan dingin

Minggu As-Sunnah Kebangsaan 2007 dapat sambutan dingin
Bashir Ishak
Tue | Mar 13, 07 | 03:39:59 PM

KANGAR, 13 Mac (Hrkh) – Seperti ada yang tidak kena dengan perasmian Minggu As-Sunnah Kebangsaan 2007 Ahad lalu yang berlangsung di negeri Darul Sunnah.

Pada jam 9.00 pagi wakil Harakah Perlis mendapat SMS mengatakan majlis perasmian yang diadakan di Dataran Jubli Emas itu tidak mendapat sambutan ramai.

Majlis perasmian yang bakal disempuranakan oleh Tuanku Raja Perlis sendiri itu terpaksa dilewatkan sedikit berikutan hadirin yang ada pada jam 9.00 pagi hanya sekitar 30 hingga 40 orang.

Harakah mendapat laporan dari sumber yang berada di majlis tersebut bahawa Tuanku Raja Perlis telah diminta hadir lewat 40 minit memandangkan sambutan yang dingin terhadap majlis tersebut.

Pada masa perasmian diberitakan hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir. Sumber juga memberitahu sepatutnya ramai yang akan hadir termasuk jemputan khas dari luar termasuk Kuala Lumpur.

Dilaporkan juga, dalam titahnya Tuanku Raja Perlis berasa dukacita memandangkan kelewatan program tersebut dengan memperingati hadirin dengan surah al-asr.

Minggu As-Sunnah Kebangsaan 2007 diadakan di perkarangan Masjid Alwi dekat sini dari 11 Mac hingga 16 Mac dan dianjurkan oleh kerajaan negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Mufti dan Institut As-Sunnah Perlis.

Berbeza dengan malam sebelumnya di Dataran Stadium Dato’ Sheikh Ahmad, di mana pertandingan akhir Raja Lawak di Astro mendapat sambutan yang begitu hangat.

Rancangan tersebut dipancarkan secara langsung di dataran tersebut telah dihadiri orang ramai untuk menyokong peserta dari Perlis, Yusri Edoo yang telah muncul sebagai juara. – mns


Responses

  1. Hei si Khawarij,

    Kenapa hang sendiri tak iklan minggu sunah nih. Hang nih suka sangat tunjuk kelemahan sesama orang Islam. Ataupun masukkan iklan dalam harakah kau tu.

  2. Berita ini telah disangkal oleh Dr Maza sendiri. Sila lihat video di sini:


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: