Posted by: sokongsalaf | March 14, 2007

Mari lihat simpang siur wahabi

Beberapa orang salafi wahabi gagal menjawab kesalahan-kesalahan guru mereka ini. Seorang bernama thtl (tuan hassan tuan lah) hanya divert isu ini bahawa kenyataan ini tidak perlu dibalas kerana petikan tidak betul. (http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=printview&t=28415&start=120)
Beberapa salafi lain seperti orang kuat pondok al-Qayyim (zain ys) tidak menjawab persoalan ini kerana tidak mampu nak jawab sebenarnya.

Siapa yg terasa diri tu mcm ala2 wahhabi (pengikut muhammad bin abdul wahhab)..nah..!
rujuklah akidah tok-tok ketua demo..demi kebaikan dirimu jua…
Sebelum ini saya ada senaraikan beberapa perkara pencanggahan tok2 ketua wahhabi dgn ISLAM..sila rujuk: http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=14435&forum=21&start=30

nie lagi…………:

1 : Kitab mereka(wahhabi) yang berjudul:

Majmu’ul Mufid Min’ Aqidatit Tauhid, m/s: 102, Maktabah Darul Fikr, Riyadh
Wahabi berkata:
“ perangilah golongan sufi dahulu sebelum kamu memerangi yahudi, sesungguhnya sufi itu adalah roh yahudi” .

Sedangkan Akidah Ahlussunnah dlm hal ini:
tarikat-tarikat sufi adalah benar kecuali yang menyeleweng daripada Al quran dan Sunnah.

Dalilnya : Nabi telah bersabda:
Barangsiapa yang mengadakan dalam Islam perkara yang baik baginya pahala dan pahala bagi mereka yang beramal dengannya

H.R Muslim.

2: Kitab mereka (wahhabi):

‘Aqidah Ahlul Iman Fi Khalq Adam Ala Suratir Rahman,

Karangan: Mahmud Al Tuwaijiri,

m/s: 76

Mereka (Wahabi) mendakwa bahawa Allah mencipta manusia sama dengan rupa bentukNya.

Sedangkan akidah ahlussunnah adalah Allah ta’ala tidak menyerupai manusia kerana Dia pencipta mereka, dan pencipta itu tidak menyamai apa yang diciptakan

( makhluk), Dia bukanlah zat yang bergambar, berbentuk dan Dia tidak mempunyai kadar yang tertentu.
Dalilnya Firman Allah yang bermaksud: Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhluknya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya

(Asyura ayat:11).

3:Kitab mereka(wahhabi):

Kaifa Ihtadaitu Ila Tauhid,

Karangan: Mohd Jamil Zainu, m/s: 83 dan 89,

Terbitan:

Darul Fatah

Ibnu Baz (pemimpin wahabi) berkata: Perkataan selawat keatas Nabi ALLAHUMMA SHOLLI ‘ALA MUHAMMAD THIBBIL QULUBI WADAWAIHA adalah syirik”.

Sedangkan Ahlussunnah menyatakan harus (boleh) berselawat seperti ini kerana lafaz selawat ini tidak langsung bercanggah dengan al-quran dan hadis.

4:
Kitab Ustaimin antara tok ketua demo (wahhabi):

Tafsir Ayat, Kursi,

m/s: 19, Maktabah Ibnu Jauzi

Kata Usaimin (wahabi): Al Kursi itu adalah tempat letak kedua kaki Allah.

Sedangkan Akidah Ahlissunnah adalah Al Kursi adalah jisim yang besar berada diatas arasy, dicipta oleh Allah tanpa berhajat kepadanya dan Allah tidak bertempat serta tidak memerlukan mana2 makhlukNya.
Dalilnya Allah berfirman yg bermaksud: “ Dan kursi milik Allah itu seluas langit dan bumi.

5: Kitab mereka yg berjudul:

Attauhid,

m/s: 120. Riyadh, Saudi

Dan kitab mereka yang bertajuk

Tahzir Minal Bidaah,

m/s: 5

Ibnu Fauzan tok ketua wahhabi berkata:” orang jahil dari kalangan umat islam dan ulama-ulama mereka yang sesat sahaja yang merayakan maulidul rasul.

Ibnu Baz pula berkata: perayaan maulidul rasul adalah menyamai orang yahudi”.
Dan kitab depa berjudul

Attauhid,

m/s: 120

Karangan Ibnu fauzan dan kitab:

Bahs Usbu’ Sheik Muhammad bin Abdul Wahhab
( Satu minggu merayakan Sheik Muhammad bin Abdul Wahhabi)
Wahabi menganggap perayaan-perayaan seperti ini adalah haram sedangkan di waktu yang sama mereka menyambut perayaan kemuncak dakwah ketua mereka Mohd bin Abdul Wahab selama seminggu

–Ketahuilah Kaum muslimin dikalangan ulama dan orang awam sejak hampir 900 tahun yang lalu merayakan Maulid Rasul.Jakim pun wat gak dan seluruh mufti malaysia wat…he he

oleh ainul_qalby dipost oleh ummiq.


Responses

  1. Roslan Khawarij;

    hang ini nak ikut al-quran atau buku. Manusia tak dapat lari dari silap. Al-Quran sahaja yang tak silap

  2. Mohd Asrul…Hang tak tau apa2 takyahla nak bg komen. Nabi dah bagitau rujukan untuk hang tak sesat. Jangan jadi golongan anti-hadis. Tak perlu tegakkan benang basah walau hang anak jati perlis atau anak sedara orag yang kita debatkan. Sedangkan pak sedara nabi pun boleh sesat. Insaflah. Cari ilmu banyak2 ya. Jangan sokong membabi buta. Bebal namanya tu

  3. Assalamualaikum Saudara saudarku seIslam, cuba pula kita dok baca artkel yg Saya antaq ni………. ad apa apa komen????

    PERKATAAN IMAM SYAF’I TENTANG TAUHID ASMA WA SIFAT

    Imam al-Syafi’i Rahimahullah

    Dalam kitabnya al-Wasiyyah, m.s. 53-58 Imam al-Syafi`i berkata:

    *
    Sesungguhnya Allah di atas Arasy-Nya di langit. Dia Menghampiri sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan makhluk-makhluk-Nya dengan cara yang Dia kehendaki.
    *
    Allah Turun ke langit dunia seperti mana yang Dia kehendaki.
    *
    Bagi Allah itu Nama-Nama dan Sifat-Sifat. Ianya dikhabarkan oleh kitab-Nya dan Nabi pula memberitahunya kepada umat. Tidak boleh untuk seseorang dari makhluk Allah Ta‘ala yang telah ditegakkan ke atasnya hujah, menolaknya. Ini kerana ia telah dinyatakan di dalam al-Quran dan ada sabda yang sahih daripada Rasululah mengenai hal ini yang diriwayatkan daripada golongan yang adil.
    *
    Sesiapa yang menyanggahinya selepas (jelas dan terang) hujah ke atasnya maka dia seorang kafir.
    *
    Adapun sebelum jelas hujah ke atasnya maka dia dimaafkan kerana jahil. Ini kerana ilmu dalam masalah ini tidak dapat diperolehi hanya dengan akal atau pandangan atau fikiran. Tidak dikafirkan sesiapa yang jahil mengenainya melainkan setelah jelas berita tersebut sampai kepadanya.

    Daripada sebuah manuskrip asli riwayat Abu Talib al-‘Usyari yang kini tersimpan di University of Leaden di Belanda. Berkata Abu Talib al-‘Usyari, al-Syafi’i pernah ditanya sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla dan apa-apa yang patut untuk diimani. Antara yang dijelaskan oleh al-Syafi’i:

    *
    …bahawa Allah mempunyai Tumit (tapak kaki), sesuai dengan pernyataan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam:
    Tidaklah penuh neraka jahannam melainkan ia berkata: “Adakah lagi untuk ditambah?” sehinggalah Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Memberkati dan Maha Tinggi meletakkan tapak kaki-Nya ke dalam neraka. Maka berkata neraka: “Cukup, cukup, demi Keagungan-Mu” sehinggalah sebahagian neraka dilipat (memenuhi) sebahagian yang lain. [Shahih Muslim – no: 2848 ]
    *
    Allah Tertawa berdasarkan sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam tentang orang mati fi sabilillah:
    Dia akan bertemu dengan Allah Azza wa Jalla sedang Allah Tertawa kepadanya. [hadis ini menghampiri lafaz yang terdapat dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim. (penyunting)]
    *
    …bahawa Allah Turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam tentangnya (seperti disebutkan dalam Sahih Muslim dan hadis riwayat Jamaah)
    *
    …Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak buta sebelah mata-Nya:
    Sesungguhnya ia (Dajjal) buta sebelah matanya dan sesungguhnya Tuhanmu tidaklah buta sebelah mata-Nya [Shahih Muslim, hadis no: 2933 ]
    *
    orang-orang mukmin pasti akan melihat tuhan mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata seperti halnya mereka melihat bulan di malam purnama
    *
    Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai Jari Jemari:
    Tidaklah ada satu hati pun melainkan ia berada di antara Dua Jari dari Jari-Jari al-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih [Sunan Ibnu Majah, hadis no: 199 (Muqaddimah) dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah, hadis no: 166.]
    *
    Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri bagi Diri-Nya dan oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam untuk-Nya…

    Imam al-Zahabi dalam kitabnya Siyar A’lam al-Nubala, jld. 10, m.s. 79-80 telah meriwayatkan daripada Imam al-Syafi’i:

    Allah Tabaraka wa Ta’ala memiliki Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang diterangkan dalam Kitab-Nya dan diberitakan oleh Nabi-Nya shalallahu ‘alaihi wasallam kepada umatnya, maka tidak ada alasan bagi siapa pun yang telah sampai di hadapannya hujah (dalil) untuk menolaknya.

    Al-Zahabi dalam kitabnya al-‘Uluw lil-‘Aliy al-Ghaffar berkata, diriwayatkan oleh Syaikh al-Islam Abu al-Hasan al-Hakari dan al-Hafiz Abu Muhammad al-Maqdisi melalui isnad mereka yang sampai kepada Abu Tsaur dan Abi Syu’aib, kedua-duanya dari Muhammad bin Idris al-Syafi’i, seorang pembela hadis rahimahullah, dia berkata:

    Pendapatku tentang sunnah, di mana aku berpegang kepadanya dan juga berpegang kepadanya oleh orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan, Malik dan lain-lain, iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, dan bahawa Allah itu di atas Arasy-Nya yang ada di langit-Nya. Dia mendekat makhluk-Nya menurut apa yang Dia kehendaki dan turun ke langit terendah menurut apa yang Dia kehendaki.

    “Semoga melalui pendedahan ini akan melahirkan satu perasaan dalam jiwa kita yang mengaku bermazhab al-Syaf’i untuk melakukan anjakan paradigma ke arah kembali kepada metode as-Salafussoleh dalam tawhid al-Asma’ was-Sifaat ini.”

    Bacaan lanjut:

    1. Manhaj Imam al-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala fi Itsbat al-Aqidah oleh Dr. Muhammad bin A.W. al-‘Aqil (Terjemahan Indonesia)
    2. Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i.

    Jadi bagaimana pendapat kalian ttg hujjah anak anak murid & pengikut pengikut Imam Syafi’e ttg masalah asma wa sifat ini sprt yg dinukilkan oleh mereka dri Imam Syafi’e? adakah kalian akan mengatakan ” hujjah mereka ini tidak benar, org org wahabi sengaja mereka reka artikel ini utk menegak benang basah mereka… atau ada alasan akal yg lain yg hendak kalian katakan???

  4. Ketahuilah Kaum muslimin dikalangan ulama dan orang awam sejak hampir 900 tahun yang lalu merayakan Maulid Rasul.Jakim pun wat gak dan seluruh mufti malaysia wat…he he

    oleh ainul_qalby dipost oleh ummiq

    Ooo… kirnya dalil hang ni dlm beramal ulama,org awam dan Jakimlah ya, bukan Allah dan Rasulnya??? Ingat firman Allah
    ” Janganlah kamu mengikuti
    kebanyakan orang dimuka bumi ini,nescaya mereka akan
    menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain
    hanyalah mengikut persangkaan belaka dan mereka tidak
    lain hanyalah berdusta terhadap Allah” ( Al An’aam 116

  5. assalamualaikum PakLeh[on july 29/2007]inshallah betapa indahnya pak leh,akidah yg di wartakan…teruskan kan pak leh dgn keyakinannya…semoga Allah memberkati pak leh dan keluarga,inshallah..Amin. Riwayat Rabi’;Rabi’meyatakan bahawa ia mendengar Imam Syafi’i berkata:”perdebatan dlm masalah agama mengeraskan hati dan mewariskan kebencian”.[Diriwayatkan oleh Abi Hatim dlm AlAdab[hal.185]dan Abu Naim dlm AlHilya[9/111-112].Pak Leh tak pe lah dgn mereka2 tu yg ana dapati agak rasa ‘kurang enak’ dgn keyataan2 di rangkaian’siber’ini,banyak cemohan dari apa yg Rasul katakan:”sampaikan lah walau sepotong ayat”.Semoga Allah memberi taufik/hidayah kepada mereka2 dan juga ‘kita’ ye Pak Leh. Amin…salam bahagia dari saya…kota singa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: