Posted by: sokongsalaf | March 16, 2007

Kawan Amerika-ku dan Cerita Negeriku Siri 1

Semasa balik dari Masjid aku sempat berchatting dengan seorang kenalan yang sekarang sedang bermukim di Amerika. Aku menceritakan sepintas lalu tentang beberapa perkara yang berlaku dalam lingkungan ku. Semuanya berkisar tentang peristiwa Negeri Perlis Darul Sunah (mengikut MB Dato Seri Sahidan Kassim).

Sering istilah Darus Sunah ini dimain-mainkan di corong-corong radio dan TV, namun sama sekali memualkan anak tekakku. Ini adalah kerana aku membayang Negari Darul Sunah ini penduduknya mengikut Sunah Nabi. Namun sukar untuk dibayangkan, bila anda pergi ke Kangar. Pasti anda akan ketemu dengan perempuan-perempuannya mendedahkan aurat, berpakaian seksi dan tidak memakai tudung. Suasana rakyat Negeri ini sama dengan negeri lain. Bagiku Johor adalah negeri paling teruk sekali cara pemakaian wanitanya. Tetapi kawanku di PJ mengatakan bahawa Lembah Kelang paling dahsyat.

Aku sering ke Taman Ulaq, melihat gelagat Mat Rempit dan Minah Rewang berdua-duaan, semuanya bebas, sebebasnya melakukan apa yang mereka suka di sini. Aku ingin bertanya kepada pembaca budiman, apakah hal ini selaras dengan As-Sunnah. Balik kepada Keluarga Kassim Baba iaitu keluarga MB Perlis, mengikut pengiraan MB Perlis ramai pengundinya adalah Salafi, sebab itulah dia menganut fahaman Salafi. Namun telah ada suara-suara sumbang dari AJK/ JKKK bahawa MB telah menggunakkan platform salafi untuk kepentingan pengundian pada masa akan datang.

Lihat sahaja Minggu Sunah, ramai AJK masjid & Surau merungut kerana dipaksa melibatkan diri dan turun padang untuk Majlis ini, sebagai bukti kesetian kepada Negeri. Tidak kurang juga beberapa orang UMNO Perlis merungut kerana dikerah untuk Majlis Penutup (alasan MB tidak mahu peristiwa Majls Perasmian berlaku pada Majlis Penutup), minggu As-sunah. Semalam ayahku merungut lagi, mungkin dia bertanya kepada dirinya. Siapa yang kena tunggang sekarang, UMNO kena tunggang oleh Salafi; atau Salafi yang kena tunggang oleh UMNO Perlis atau kedua-duanya saling tunggang-menunggangi.

selamat berfikir…


Responses

  1. Hey Roslan Khawarij,

    Hang tak bangga ke MB suruh pi Majlis Ilmu, menghidupkan sunah.
    Kalu bapak hang tak nak pi Masjid tu biaq pi lah.

    Awat hang nie, anti sangat dengan MB Peghlih, ramai orang UMNO yang tak tahu sunah akan dapat manfaat Mejlis tuh. Aku setuju dengan pakssan tuh…

  2. kesian kat Mohd Asrul, ini hang dan UMNO Peghlih tu sama2 bengap. Sama2 jadi ‘trojan horse’, (kuda kepang kat MB hang. Minggu sunah baghuih untuk menunjukkan Peghlih tu sunah, sekarang kita lalui balik minggu bidaah, sebab minggu sunah dah habih.

    Aasrul penyokong SALAP kot. tak faham permainan dan lakonan MB he he

    Roslah

  3. Salafi sama saja dimana-mana , penjilat thoghut !

  4. banyakkan ber ishytifar kepada Allah…
    kalau masing-masing kata semua betui, bermubahalah lah.. biaq Allah yang tentukan sapa yang betui.. dok bertengkaq ni bukan ada faedah. buat dosa lagi ada la.. yang penting kata Al-Quran, samiaq-na wa’atoq-na. dengar dan taat kepada kalallah dan kalarasulullah s.a.w


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: