Posted by: sokongsalaf | March 16, 2007

Mufti Perlis Mengada-ngada Cerita

Dakwaan Penyokong Asri :

tuan mufti tak kata pun soal intip premis2 lain tu..yg dia buka minda kita adala berkenaan dengan intipan terhadap mereka yg berkhalwat.. bimbang2 tertangkap pasangan suami isteri..kalau lah si suami dan isterinya sedang bersama,dalam keadaan separa auratnya di tutup,datang pula pegawai yg membuat siasatan,tidakkah malu dan aib bagi pasangan tersebut..
apa saudara sendiri rasa kiranya saudara sedang bersama isteri dalam keadaan saudara sebegitu,datang pegawai dan tanya soalan itu ini dalam keadaan isteri saudara jugak tidak mnutup aurat?aib kan?tuan mufti tidak bercakap atas dasar kejahiklan.. bliau sudah kemukakan hujjah dan dalil..kan islam itu tertegak dengan hujjah dan dalil dari al-quran dan sunnah..?
soal perkara2 maksiat lain,takkan nak suruh smua benda mufti yg buat..dia bukannya malaikat ataupun nabi..dia manusia biasa..ader kelemahan..dia bukannya ader seribu mulut,seribu tangan..nak buat itu ini..dia baru je naik mufti..kita ni dah pndai nak condemn orang..kekadang ilmu kita ni tak cukup..hanya kerana kita benci dia,kita terus tak terima ilmu dia walaupun ia benar..fikirkanla. .jgn ikut nafsu..memperlekeka n ulamak besar dosanya..cuba la cek dalam byk2 hadis nabi..

JAWAPAN SUFIYAHOO7@YAHOO.COM

Beri satu kes yang terdapat pasangan suami isteri telah ditangkap dan di aibkan oleh pegawai penguatkuasa agama akibat salah tangkap atau salah intip ( istilah mufti perlis )..sekiranya beliau seorang yang berfakta dan sangat berdasarkan pandangan beliau atas dalil dan hujah.. jangan melulu membuat tuduhan atas pegawai penguatkuasa Agama yang menjalankan tugas mereka dengan prosedur yang ketat dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan… menyamakan tindakan penguatkuasa agama yang kononnya sering mengintai atau mengintip pasangan maksiat ( ikut istilah mufti perlis ) seolah-olah menyamakan mereka dengan kegiatan mat skodeng yang memang kerja mereka mengintai perbuatan maksiat orang lain atas dasar nafsu dan keseronokan tanpa

adanya niat amar makruf nahi mungkar…itulah kejahilan mufti perlis yang mendakwa punya hujah dan dalil tetapi dalam hal ini langsung tidak berfakta dengan hujah dan dalil dalam menguatkan pandangan-pandangan beliau yang dilakukan secara andaian semata-mata. …

Apakah ini membuka minda dan keintelektulan kita…sayang kedudukan beliau yang begitu tinggi dalam hal keagamaan hanya memberikan fokus kepada hal- hal prosedur penguatkuasaan yang masih boleh dibaiki secara lebih sempurna dengan saluran yang betul tanpa melulu memberikan komen yang mengelirukan masyarakat awam..Banyak hal-hal dasar yang lebih perlu beliau berikan keutamaan seperti perlaksanaan Syariat Islam yang lebih menyeluruh dalam pentadbiran kerajaan agar ianya benar-benar ditegakkan bukan sekadar tugas membaca doa perasmian dimajlis-majlis pentadbiran atau seumpamanya. .

Persoalan tuan mufti tidak menyebut soal premis-premis lain yang menunjukkan sejelasnya perbuatan maksiat terbuka seperti kedai judi nombor ekor dan seumpamanya jelas menunjukkan beliau melakukan komen double standard dalam memberikan pandangan sebebas-bebasnya berdasarkan Al Quran dan As Sunnah…kemungkina n ini akan menyentuh perkara dasar yang kita sedia maklum…kemungkina n akan terjejas lah gelaran sohibuss samahah beliau…kalau inilah rupanya mufti perlis yang kononnya punya hujah dan dalil maka apalahyang boleh diharapkan dalam beliau menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengannnya..sekiranyalah mufti perlis ini sekadar jadi jaguhan hujah qunut tak qunut..usolli tak usolli…talqin tak talqin…zikir kuat tak zikir kuat lepas solat atau hal-hal khilafiyyah seumpamnya yang telah berzaman menjadi perbahasan para ulamak mutakaddimin mahupun mutaakhirin. .adalah lebih baik bagi beliau menjadi tok lebai kampungan dan membuka kuliah Fardhu Ain…

Oleh sebab mufti perlis ini manusia yang tidak maksum lah beliau punya kelemahan dan kesilapan yang perlu ditegur…jangan sebab ketaksuban kita pada disiplin ilmu seseorang kita tidak nampak perkara yang lebih dasar yang lebih perlu diberikan tumpuan…seorang arab badwi pernah menghunus pedang ke arah saiyyidina Umar memberi amaran kepada Umar bahawa beliau akan dibetulkan dengan pedang beliau tersebut sekiranya umar salah dalam pentadbirannya sewaktu Umar menjadi Amirul Mukminin…Dan Umar menerima insiden tersebut dengan syukur bahawa ada lagi diantara mereka yang berani membetulkan Umar..Umar adalah Amirul Mukminin sanggup menerima teguran dengan hati terbuka..apakah Mufti Perlis tidak boleh ditegur…Apakah Mufti Perlis lebih hebat kewibaannnya dari Umar Al farooq…renungkan lah….

Apakah mufti Perlis tidak perlu ditegur sekiranya dengan nada biadabnya merendahkan dan memfitnah pegawai penguatkuasa Agama dalam istilah mengintip dan mengintai orang berbuat maksiat yang beliau popularkan ( sehinnga kini tiada satu kes secara berfakta pun atau berekod pun yang dikemukakan sekiranya ada untuk rujukan ) …Dalam satu siaran langsung dalam isu ini..johan jaafar pengerusi majlis pernah bertanya komen pada Mufti Perlis ini tentang pendapat beliau tentang mereka yang membangkitkan isu murtad ( walaupun pengerusi tidak menyatakan siapa yg membangkitkan umum mengetahui yang dimaksudkan adalah Al Fadhil Ust Hj Harussani mufti perak ) dengan sinis mufti perlis ini menyebut mungkin orang yang membangkitkan sekadar mahukan glamour..inikah jawapan dalil dan hujah serta fakta membuka minda mufti perlis atas persoalan yang besar ini ( MURTAD ) dengan sekadar menjawab untuk GLAMOUR..masya Allah..untuk glamour kah Al Fadhil Sohibussamahah Mufti Perak membangkitkan masalah kemurtadan yang berlaku dikalangan ummat….Umum sangat mengenali sifat dan sikap Mufti Perak yang jelas hala tuju pandangan beliau dalam isu-isu masyarakat yang timbul….Disinilah memperlihatkan betapa jumud dan dangkalnya pandangan mufti perlis yang sebenarnya beliau lah yang mahukan GLAMOUR dalam isu -isu yang beliau bangkitkan.. .

MEMPERLEKEHKAN MUFTI PERLIS SANG ULAMAK BESAR DAN MEMBENCI BELIAU….TIDAK SAMA SEKALI…KITA MEMPERLEKEHKAN SATU SIKAP DARI SEORANG BERGELAR MUFTI YANG SEBENARNYA MENCARI KEGLAMORAN SENDIRI..WAL AQIBATUL LIL MUTTAQIN.


Responses

  1. Asri bangang tu jangan di layan. Aku setuju dengan Ust Badrul Amin yang menyifatkan Asri tu sebagai bapak Syaitan. Dah tambah lagi satu keajaiban dunia menjadi lapan. Bapak Syaitan dah jadi Mufti. Ha ha.

  2. Ambi! celupaq betoi mulut hang no… hang tu lebih banggang dri asri kot? Badrul Amin Muzzabzib hang tau, cuba hang peratikan masa dia selalu ceramoh kat tv tiga dulu, Amboi ! bahasa dia lembut sopan sungguh. Tapi la ni, bila dah dok join pas yang tak pas tu hilang semua. kalau Asri dia kata bapak Syaitan dia ni kira Anjing nerakalah kot??? kalau nak tau anjing neraka hang pi tanya sama musa mohd dia mahir pasai anjing ngan babi .

  3. Yang dikatakan anjing neraka itu adalah “khawarij” Dalam sebuah hadith sohih Rasullullah s.a.w. menyebut sehingga tiga kali kalimah ini ” Kilabunnar! kilabunnar! kilabunnar!

    Ngak usah ditanya sama si Musa itu, dia ngak tahuuu…

  4. dr asri menegur bad ( x tergamak nak panggil ustaz badrul amin ) tanpa menyebut name beliau. tuduhan bapak setan memang terlalu teruk apabila diucapkan oleh lidah yang sentiasa basah dengan zikrullah.namun mulut itu juga sekarang melalak menyebarkan fitnah seakan-akan terlalu bersemangat utuk mendapatkan title anjing neraka dari kalangan khawarij. silakan terusakan wadah perjuanagn yang karut itu

  5. ايهالمسلمون…
    sesungguhnya neraka jahannam itu milik bagi org2 islam berdosa … apabila selesai azab Allah terhadap mereka,tiadalah neraka bagi mereka..itulah istilah neraka jahannam..lalu masuk lah mereka kedalam syurga..tp dgn satu tanda didahi mereka yakni:
    اهل النارواهل الجنه
    sekiranya kita mengaku sebagai seorang islam, kenapa tidak kita memihak kepada kepimpinan islam? Firman Allah didalam AlQuran:
    ياايهالذين أمنوادخلوفي السلم كآفه ولاتتبعوخطوات الشيطان انه لكم عدومبين
    Wahai org2 yg beriman, masuklah kamu dalam islam keseluruhannya ( ibadat, muamalat,munakahat dan jinayat ) yakni perundangan AlQuran dan AlSunnah dan jangan kamu mengikut ajakan syaitan ( keseronokan, kelalaian,kejahilan, kealpaan ) yakni kemaksiatan dan kederhakaan terhadap Allah Ta’ala sesungguhnya ( syaitan ) itu bagi kamu, adalah musuh yang nyata.
    Muslimin sekelian, dalam ayat ini, jika dilihat dalam kontek Malaysia Negara Islam ( Daulah Islamiah ) yg di war-warkan seantero dunia Amnya,tiada halangan untuk kita beribadat contohnya seperti rukun Islam yg 5, tiada halangan dari segi jual beli (ekonomi), tiada halangan dari segi nikah kahwin cerai dan sebagainya…cuma dari segi perundangannya
    ( hudud,qisas ) kemana??? ini bertentangan dgn FirmanNya! itulah sebabnya jenayah tidak dapat dibendung,anak zina merata-rata tempat, bunuh, samun.ragut,rogol, rompak,hiv positif,ketagihan dadah,arak,candu,narkotik,keruntuhan moral,akhlak dan seangkatan dgnnya adalah berpunca dari tiada kawalan dari pihak berwajib
    ( Kerajaan, Pemerintah, Penguasa, Orang yg berkuasa ) dalam melaksanakan sistem perundangan Islam…jadi layakkah Malaysia digelar Negara Islam? Persoalannya, mengapa kita sering berhujjah dalam hal-hal yg khilafiah?
    Mengapa tidak kita bersama berjuang dalam perkara yg lebih besar iaitu mewujudkan sistem pemerintahan Islam? Mengapa kita tunduk kepada bangsa KUFFAR? ISLAM tetap ISLAM

    الاسلام يعلوولايعلى اليه

    Islam itu tinggi, tiada yang dapat menandingiNya

    ان الدين عندالله الاسلام

    sesungguhnya agama disisi Allah adalah ISLAM
    Jika dilihat dari sudut TOLERANSI @ INTEGRITI diantara agama,FirmanNya yang berbunyi:

    لكم دينكم وليدين

    bagi kamu ( Kaum Kuffar ) agamamu ( urusan peribadatan, sesembahan dan sebagainya ) dan bagi kami ( Orang Islam ) agama kami
    ( urusan perlembagaan Islam )
    Bermakna tiada sebab mengapa Hudud tidak boleh dilaksanakan .Ini kerana sekiranya Non Muslim berzina dgn Muslim hanya Muslim shj yg dikenakan hukuman ini krn dalil ayat spt tertera diatas.begitulah seumpamanya tentang hal-hal zina, judi, minum arak, mencuri dan sbgnya….Oleh itu renungkanlah wahai sekelian saudaraku yg mendakwa dirinya ISLAM

  6. الإسلام امتثال الأوامرالله واجتناب النواهى

    FORMULA KITA ORANG ISLAM MUDAH JER…
    JUNJUNG TINGGI SEGALA TITAH PERINTAH ALLAH BUAT YANG DIA SURUH,TINGGAL SEGALA YANG DIA LARANG…TU JER TAK PAYAH KAN ? SOKONG ORANG YANG BETUL-BETUL NAK TEGAKKAN AGAMA ALLAH DENGAN PANDUAN QURAN DAN SUNNAH HUDUD QISAS DENGAN KATA LAIN SISTEM PERUNDANGAN ISLAM GANTI NGAN SISTEM SEKULAR @ SISTEM KAPITALIS!!! ITU JER… X PAYAH CAKAP BANYAK…KALAU KITER ISLAM TULIN…SEKIAN,,WASSALAM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: