Posted by: sokongsalaf | July 24, 2007

Jawapan Kepada Salafi Malaysia Negara Islam

Di sini saya petik satu email ringkas dari Najibibnfahmi yang mengkritik definisi Negara Islam oleh Salafi Nuur.

NAJIB : Assalamualaikum warahmatulLahi Wabarakatuh.

Salafi Nuur Fakhrul: PEMIMPIN ISLAM DAN NEGARA ISLAM. Sesebuah negara, walaupun bermasyarakat plural (majmuk) danmempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majoriti rakyatnya beragama Islam, dipimpin oleh penguasa yang beragama Islam,
keselamatan, kekuatan dan pertahanan masih dikuasai oleh pemimpin
Islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih
terus berkumandang dan penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin,
maka ia dinamakan negara Islam. Petanda negara Islam yang dijelaskan
oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad yang disebut di atas, dalilnya diambil
dari beberapa buah hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu
`alaihi wa-sallam:

NAJIB: Betulkah begitu? Kerana saya melihat hadis kempimpinan Islam
(institusi) dan Pemimpin Islam (orang) adalah dua perspektif berbeza,
sebagai kiasan yang mudah sebuah Bank Ribawi masih lagi dikatakan Bank
Ribawi selama mana Bank ini tidak mengubah sistem ribawi kepada sistem
SPTF. Mungkin pengarahnya adalah orang Islam, majoriti perkerja sektor
perbankan Ribawi ini adalah orang Islam dan bukannya orang kafir,
selama mana terus mengamalkana sistem Ribawai maka Bank itu tetap Bank
Ribawi, tanpa mengira majoriti pekerja atau pelanggannya beragama
Islam. Yang diperbincangkan di sini adalah sistem yang digunakan oleh
institusi tersebut dan bukan pekerja, pelanggan atau pemiliknya.

Pada pengamatan saya (mungkin silap) saudara Nuur cuba mencampurkan
dua perkara yang berbeza
1) Pemimimpin
2) Institusi Islam (Negara Islam)

Pada pendapat saya lagi, Negara Islam adalah negara yang melaksanakan
Siyasah Syariiyah, menjalankan hukum-hakam kenegaraan Islam hukum
berkaitan dengan istitusi iaitu hak dan tanggungjawaab pemerintah,
semasa memerintah rakyatnya maka barulah kita boleh katakan ianya
negara Islam. Manakala hadis-hadis yang menerangkan digulingnya
pemerintahan yang tidak solat, adalah hadis untuk memcabut Individu
Pemimpin. Bagi saya ini tidak boleh tidak ada kaitan dengan nas
institusi negara, jadi bila pemimpinnya Islam maka automatik negaranya
adalah Islam. Hadis ini sebenarnya melarang umat Islam dipimpin oleh
orang kafir atau murtad.

Salafi Nuur Fakhrul : “Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu
mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang
mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan
sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi
orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah
tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!)? Baginda
menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan
kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23). Dengan penjelasan hadis ini, menurut perspektif ulama Salaf
as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan negara Islam apabila
tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan. (Al-Manhaj
as-Salafi inda Nasruddin al-Albani. Hlm. 215. Amru Abdul Mun’im
Salim) Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah sallallahu
`alaihi wa-sallam memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya).

NAJIB : Saya mengkaji tentang definasi negara Islam dan syarah hadis di atas,
yang perlu saya jelaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa satu Qaul
atau Aqwal ulama salaf yang mu’tabar seperti Imam Maalik atau Imam
Syafii atau Imam Hanafi atau Imam Ja’fari atau Imam Ahmad, dengan
jelas memberikan definasi negara Islam berasaskan hadis ini. Saya
telah menyemak syarah Imam Nawawi dan tercari-cari definisi negara
Islam dalam kitab tersebut, tidak pulak saya temui penjelasan
sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh Nasiruddin AL-Bani itu.
Mungkin kelemahan saya semasa mencari sumber aslinya, iaitu definasi
negara Islam apabila ada syi’ar azan dan solat ditegakkan.

Muncul pula pertanyaan, kalau semata-mata mengikut definasi ini yang
diterangkan oleh Syeikh Nasiruddin Al-Bani, maka Amerika Syarikat
adalah negara Islam kerana di sana azan dapat di laungkan dan solat
dapat didirikan, Mungkin UK juga menjadi negara Islam juga kerana
semasa berada di sana saya dapat solat dan azan dilaungkan, betulkah
ini definasi yang benar?

Semasa saya membaca artikel ini, saya dapati tidak ada satupun
definasi negara Islam dari ulama salaf dibentangkan, sedangkan dalam
kenyataan di atas “menurut perspektif ulama Salaf as-Soleh dan Ahli
Hadis negara Islam adalah….” Saya tercari-cari beberapa nama ulama
salaf yang mendefinasi Negara Islam dan beberapa ulama hadis, tapi
satupun tidak ada di dalam tulisan ini, yang ada adalah definasi dari
Abu Zuhrah. Untuk pengetahuan Saudara Nuur Fakhrul Abu Zahrah bukan
ulama salaf, dia ulama masa-kini.

Itu sahaja persoalan dan pendapat saya, semoga ada penjelasan dari
pihak penulis rencana ini tentang persoalan yang saya bangkitkan.

Wa Salam.


Responses

  1. Ana setuju dengan komen yang dibuat oleh sdra Najibibnfahmi mengenai kepimpinan dan Negara Islam yg ditulis oleh Salafi Nuur Fakhrul.
    Bagi Ana ilmu tentang siasah syar’iyyah dan perkara perkara yang berkaitan dengannya begitu complecated. Harus dibuat kajian yang mendalam oleh ahlinya bukan setakat copy & paste kemudian dibuat posting dihantar blogger blogger Islami kemudian dibaca oleh individu 2 yg kurang mengerti mengenai masalah ini lantas mereka membuat tafsiran mengikut kehendak akal tanpa dasar ilmu.

    Allahua’lam.

  2. habis tu… takkan org yg tak pakai tudung tu boleh dilabel sebagai org kafir?

    kita perlu ingat, tiada manusia yg maksum.

  3. saya nak tanya, bilakah madinah mula digelar sebagai negara islam?

    sedangkan di awal penubuhan negara madinah… tidak ada hudud.

    ayat hudud adakah diturunkan di mekah atau di madinah? merupakan anatara ayat2 yg last diturunkan.

  4. nampak sangat najib tak faham apa itu definisi salaf. dan tidak tahu siapa ulama salaf. kalau adnda kenal dua definisi ini. anda akan jumpa.

    em, amerika tu sapa yg pimpin? kan ke bush? so, bush tu islam ker?

  5. kenapa ya orang malaysia suka menghujat saudaranta sendiri. Alhamdulilah saya tidak tinggal di negeri ini. Katanay negeri ISlam tapi orang-orangnya jauh dari agama. Apa karena di sana terlalu banyak cina

  6. pakcik najib, Anda berpendapat seperti itu menurut pandangan siapa..? pendapat sendiri dari hasil terka-menerka ya.. jadi akal Anda lebih utama..? na’udzubillah

  7. Ass.. wr.wb.
    “…bargsiapa yg tdkBrhkum dgYg Allah turunkn(Al-qur’an) mka mreka itulh 0rg2 kfir”.(Qs.Al-maidah:44).dptDsmpulkn bhw msqpun pmimpinMuslim+umtny my0rtas muslimJka tdk brhkum sswaiAl-quran+sunnah Rasul,mka Allah sndriYg mngtkan mrka adl 0rg2Kfir krn tdkMw tnduk ma prntah-Nya.adapun mgnaiHdis Rasul datas adlBhw pmimpn tsbt mngakknHkum Allah,hnyaMmliki prilaku jlk mk jgn mniruPrilakuny tpTtaplh pdHkum Allah.cz kjelkan trsbtBrasal drDrinya sndr,dn jkaDa hdisBrtntgan maQuran,mka hdisny trt0lk
    Wass.

  8. Assalamualaikum w.t.b.

    to Adi MOslim

    Mengenai ayat didalam AlQuran surah Al-Maidah ayat ke 44… Kata Ibn Abbas, Ia kafir tetapi tidak kafir. Maknanya ia kafir syariat tetapi bukan kafir aqidah.

    MANA MUNGKIN ALQURAN TIDAK SEJALAN (BERTENTANGAN) DENGAN ALHADITH DAN SEBALIKNYA!?

    “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kamahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanya wahyu yang dibawakan (kepadanya)”. AlQuran, Surah An-Najm, 53:3-4.

    ——————————————————–

    Dari Abdullah bin Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Pada suatu ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada satu syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan ayat: Sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus maka ikutilah jalan tersebut dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang banyak itu) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa. – Hadith riwayat Ahmad

    Allahualam.

  9. Surah Al maidah 44 “Barangsiapa yang tidak berhukum dengan AKU maka orang itu kafir!!!!!Cam nilah apa kata korang gi tanya dengan Allah Taala tanyakan korang Islam ke kafir?????

  10. Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarokaatuh.

    I am Abu Hanifah from Bekasi, West Java, Indonesia. I have two brothers who now live in Malaysia; one is in Ampang and the other is in Ulu Langat, Selangor. I used to live there before 2000 and I could see how Islam is generally understood and practised by the majority of Moslems in Malaysia. (well, it’s more or less just the same here in Indonesia!).

    I’ve known dakwah salaf for some time and now I really want to see my brothers get exposed to it. I already told them about it a little bit, however due to such a long distance and some other reasons, it’s not always easy for me to share the so many things about manhaj salaf with them. I really hope that they can start joining any ta’lim or dauroh held by jama’ah salafiyyun, especially the ones around KL.

    I have no idea how or who to contact to get the information about where and when the ta’lims are. So, ikhwan fillaah, could you please provide me any contact person/number in KL?

    Jazakumullaahu khairan katsiran.

    ps. Afwan, I couldn’t find the appropriate link to end this, so I leave it here. My bahasa Melayu was quite good before but I haven’t used it for years. I use English simply to avoid misunderstanding.

  11. Barokalaahu fii kum

    Afwan, saya lupa lah nak tulis e-mel saya.
    abuhanifah7265@yahoo.com supaya antum boleh hantar maklumat yang saya perlukan.

    Jazakallahu khairan

  12. Talim Rutin AhlusSunnah waljamaah (salafus sholih) di Selangor dan Kualalumpur – Malaysia.

    Bismillahirrahmaanirrahiim.
    Alhamdulillah,
    Talim ahlussunnah wal jamaah di Selangor, Malaysia

    InsyaAllah Talim Rutin :
    Di tempat kediaman Ustad Zulhizam,
    No-29, Jalan PUJ 4/10
    Taman Puncak Jalil
    Bandar Putra Permai
    Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.

    Oleh: Ust Zulhizam

    Waktu:
    Bada Isya sekitar Jam 20.00-23.00 pm
    - Hari Selasa (Materi Usul Tsalatsah)
    - Hari Rabu (Materi Fiqh)
    - Hari Khamis (Materi Riyadus solihin)

    Bada Isya sekitar Jam 20.00-23.00 pm
    - Hari Jumat (Materi: Bahasa Arab)
    *******************************************************************************************
    Talim ahlussunnah wal jamaah di Kualalumpur, Malaysia

    InsyaAllah Talim Rutin:
    Di tempat kediaman ustad. Khaidir
    No-41, Jalan AU 1C/2E, Taman Keramat Permai, Kualalumpur, 54200.
    (Dekat Stasiun LRT Setiawangsa)

    Oleh: Ust Khaidir (Abu Usamah)

    Waktu : Sabtu, sekitar Jam 16.00 – 19.00 pm
    Pembahasan Tauhid (Kitabut Tauhid), Tafsir AlQuran dan Riyadus Shalihin

    *******************************************************************************************************
    *Informasi Dauroh Ahlus Sunnah WalJamaah bulan yg akan datang*, InsyaAllah:
    Tempat ; Di KualaLumpur/Selangor, Malaysia
    Waktu : Bulan 20-21 Muharam 1430 AH atau 17-18 January 2008,
    Hari Sabtu dan Ahad
    Oleh: Ustad Dzul Akmal (Abul Mundzir) Lc,
    &
    Ustad Wildan Lc, (Almns Univ Madinah)
    Keduanya Murid Syaikh Rabi bin Hadi, DR (Univ Madinah) & Syaikh Muhammad bin Hadi

    Pembahasan : Manhaj Ahlus Sunnah Waljamaah, Tauhid dan Akhlak
    ****************************************************************************************************
    Barokallahufik
    Untuk informasi detail insyaAllah dapat menghubungi:
    Abu Qonitah/Muhammad (+60129155152)
    Abu Balqis (+60122193431)
    Abu Abdurrahman (+60122196842)
    Abu Amir (+60193225332)
    ——————————————————————————–

    http://www.darussalaf.or.id/stories.php?id=967

  13. DAUROH KUALA LUMPUR / SELANGOR
    Submitted by admin on Thu, 04/14/2011 – 22:57.

    * Dauroh
    * Kuala Lumpur
    * selangor

    INFO DAUROH USTAZ LUQMAN BA ABDUH UNTUK NEGERI KUALA LUMPUR / SELANGOR

    Di Kuala Lumpur / Selangor Malaysia
    Pada 17 Jamadil awwal 1432 bersamaan dengan 21hb April 2011 Hari Khamis

    adalah seperti berikut :

    1) Yayasan At Taklim – Taman Tun Dr. Ismail
    No 42A & 44A, Lorong Rahim Kajai 14
    Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 60000
    Tel: 03 – 77 28 2393 / 03 – 77 27 5067
    Waktu: Jam 9.30 Pagi

    2) MEDIU Al-Madinah International University
    Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E
    Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
    Tel : 03 – 55 11 3939
    Waktu: Selepas Solat Zohor

    Keterangan Lanjut Sila Hubungi : Ustaz Fathul Bari ( 012 – 41 41 885 )

    جــــزاك الله خيراً كثيراُ وبــــارك الله فيك
    والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Akhukum fiddin
    KAMARULZAMAN /Abu Muhammad

    http://al-ilmu.info/kuala-lumpur/dauroh-kuala-lumpur-selangor

  14. Assalamualaikum, berkenaan ta’lim di Kuala Lumpur “Talim Rutin AhlusSunnah waljamaah (salafus sholih) di Selangor dan Kualalumpur – Malaysia.” sudah dibatal akan kesemua kelas tersebut, untuk ta’lim live sabagai ganti sila ke Paltalk room Darul Qurran Wal Hadith Perlis Malaysia. setiap hari ba’da maghrid dan soal jawab ba’da Isya waktu Malaysia,

    Di conduct oleh Ustaz Ahmad Banajah dr Yemen, (dalam Bahasa Inggeris)

    Barakallahufeekum

  15. Assalamualaykum, we went to Perlis to visit you but were told that you were not there anymore.Where are you now? I saw you at Bukhary mosque, but you were very fast. I’m abbas, my email is efrit21@hotmail.com

  16. sorry, this message is for ahmad banajah al-yemeni, or to anyone who knows him, please contact me:
    Assalamualaykum, we went to Perlis to visit you but were told that you were not there anymore.Where are you now? I saw you at Bukhary mosque, but you were very fast. I’m abbas, my email is efrit21@hotmail.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: