Posted by: sokongsalaf | August 9, 2007

Islam Aqidah dan Islam Sistem

Saya sering ke perpusatakaan membaca buku dari pelbagai aliran, salah satu pengenalan buku salafi yang saya baca bercerita tentang peri pentingnya akidah dari seorang syeikh Salafi. Untuk menjustifikasi hujah tersebut dia menggunakan nasihat Rasul kepada Muaz bin Jabal supaya diajak orang Yahudi masuk Islam kemudian ajak solat dan bayar zakat. Hadis ini digunakan dalam perspektif salafi, untuk menerangkan perkara lain tidak penting, yang penting adalah akidah dan solat. Namun pemikiran sempit ini boleh dibetulkan jika pihak salafi melihat sirah dalam perspektif yang global dan menyeluruh. Iaitu Islam bukan setakat akidah dan solat sahaja, tetapi perlu perlaksanaan Hukum.

Di bawah ini saya kemukakan pendapat seorang guru salafi di utara iaitu saudara imran menulis tetang perkara ini, kemudian saya bangkang dengan fakta yang sebenar, tulisan ini telah dipadam dalam alfikrah@yahaoogroups.com (dan saya sendiri telah diban) sebagai bukti saudara boleh melihat isu ini dipadamkan oleh moderator alfikrah di link ini http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/messages/22252?viscount=-30&l=1
Cuba saudara tengok no mesej dari melompat dari 22234 – 22241 -22243 (7 mesej saya didelete kerana ketidakmampuan dia berhujah dengan cara yang benar).

Walaubagaimanapun di sini saya copy balik perdebatan saya mencari kebenaran dengan saudara Ustaz Salafi Muhammad Imran.

From: muhammad
Date: Jul 13, 2007 10:53 AM
Subject: [alFikrah] Mengajak manusia kepada tauhid kemudian solat
To: alFikrah@yahoogroups.com

Ibn ‘Abbas berkata:

Apabila Nabi saw mengutuskan Mu’aazh bin Jabal kepada masyarakat Yaman
Baginda berkata kepadanya : Sesungguhnya engkau akan mendatangi satu
kaum dari Ahli Kitaab maka hendaklah engkau jadikan perkara pertama
yang engkau serukan mereka agar mentawhidkan Allah. Apabila mereka
telah mengetahui itu maka khabarkan kepada mereka bahawa Allah telah
memfardhukan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. Apabila
MEREKA TELAH SOLAT maka beritahu mereka bahawa Allah telah
memfardhukan Zakat pada harta mereka yang diambil dari golongan kaya
dan diberi kepada golongan faqiir. Apabila mereka telah menetapkan
perkara tersebut maka ambillah dari harta mereka dan jauhi harta
istimewa mereka. (Sahih Al Bukhaari)

Jawapan Saya (Roslan):

Kelihatan sekali saudara Muhammad salafi cuba meyembunyikan beberapa fakta tentang utusan Rasulullah saw ke Yaman ini. Mu’az bin Jabal ke Yaman sebagai Kadi dan Wali, yang menjalankan dan menegakkan hukum Islam sepenuhnya. Adakah Rasulullah menyuruh Muaz bin Jabal berdakwah kepada akidah? Jawapan dia adalah ya, adakah Rasulullah menyuruh Muaz bin Jabal menyeru kepada solat? Jawapan ya, adakah Rasulullah menyeru supaya Muaz bin Jabal mengutip zakat? Jawapannya ya, kerana ada hadis yang sahih.

Namun sekali lagi Saudara Salafi Muhammad cuba untuk menyembunyikan fakta sebenar tentang hadis bahawa sebelum mengutus Muaz bin Jabal, Rasulullah menguji Kadi tersebut tentang hukuman yang bakal dilaksanakannya. Jawapan RIngkas, hukum Islam. Saudara Muhammad belajar Ilmu sirah separuh-separuh kot, sebelah yang sesuai dengan fikrah salafi di ambil, yang tidak sesuai dengan salafi disembunyikan, teringat saya ayat Al-Quran tentang Yahudi, apakah kamu beriman sebahagian kitab dan kufur sebahagian kitab?

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا أَرَادَ أَنْ يَبْعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ قَالَ كَيْفَ تَقْضِي إِذَا عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ قَالَ أَقْضِي بِكِتَابِ اللَّهِ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِي كِتَابِ اللَّهِ قَالَ فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا فِي كِتَابِ اللَّهِ قَالَ أَجْتَهِدُ رَأْيِي وَلَا آلُو فَضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدْرَهُ وَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ لِمَا يُرْضِي رَسُولَ اللَّهِ

Sesungguhnya Rasulullah saw tatkala ingin mengutus Muaz ke Yaman, Rasulullah saw bertanya, “Dengan apa kamu kamu berhukum apabila dibawa kepada kamu penghakiman” Muaz Menjawab, Dengan Kitab Allah, Rasulullah saw bertanya lagi, jika tidak kamu temui dalam Kitabullah, maka dia menjawab dengan Sunnah Rasulullah saaw, Rasulullah bertanya lagi, jika tidak engkau temui dalam sunnah Rasulullah saw dan juga dalam kitab Allah, maka dia menjawab “Aku berijtihad dengan pendapatku”……[Hadis Riwayat Abu Daud 3119]

Masalah salafi dalam pembelajaran ialah hanya menukil pendapat dari gurunya macam burung kakak tua aja, bahkan kitab sebenar mungkin tidak pernah baca (hanya meniru footnote).hadis dari sirah sekadar dari perspektif untuk membenarkan pendapat tok-tok guru salafi, padahal pendapat yang benar disembunyikan. Akhirnya bila kalah berhujah maka saya diban.


Responses

  1. Bagi saya aqidah adalah pondisi dalam Islam. Sebelum tertegaknya Daulah Islamiyyah di Mekah dan Madinah Rasusullullah s.aw. terlebih dahulu menitik berat tentang mentauhidkan Allah dan menjauhkan kesyirikan. Setelah terhapusnya perkara perkara kesyirikan, ketahyulan, kekurafatan dan kebid’ahan maka barulah kerajaan Islam terlaksana.

    Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh. Ianya wajib dilaksanakan secara keseluruhan sesuai dengan sifatnya yang syumul. Tidak harus diambil secara juzuk juzuk atau sebahagian sebahagian. Hukum Islam sememangnya wajib dilaksanakan dari segenap seginya baik ekonominya,sosialnya,politiknya dll sesuai dengan kesyumulan Islam itu sendiri, tidak hanya semata mata dilaksanakan dari sudut hududnya sahaja.

  2. Asalamualaikum

    Saya bersependapat dengan akhi Abi Abdillah bahawa Islam adalah sebuah cara hidup yang syumul dan kaafah. Akidah adalah asas sedangkan hukum syarak adalah perkara furu’ yanag terbit dari keyakinan kita kepada akidah tadi. Sebagai contoh natijah dari kepercayaan kita kepada Rasul, menjadikan kita mengikut Sunnah, sama ada secara qawliyyah, fi’liyyah dan taqarir.

    Rasulullah saw sebagai teladan kepada umat dalam aspek individu baginda saw, dalam aspek pemerintahan baginda saw, dalam aspek perekonomian baginda saw, dalam aspek perlaksanaan hudud Baginda saw.

    Namun ada pihak-pihak (terutamanya salafi) memandang bahawa perlaksanaan hudud adalah perkara remeh, kerana yang penting sekali akidah, dan mereka selalu menggunkan isu akidah sebagai penghalang atau sebagai alasan untuk tidak menerapkan hukum Islam. Pada hemat saya perkara ini perlu dibetulkan kerana tunduk dan patuh kepada hukum Islam adalah satu dari tuntutan keimanan iaitu tuntutan akidah juga.

    Bahkan ada guru salafi tanpa segan silu mengatakan bahawa orang yang ingin menghukum orang yang murtad adalah bagai “Alice in the Wonderland”. Walhal perkataan ini tidak layak dikeluarkan oleh orang Islam, tambahan yang menisbatkan diri kepada salafi.

    sekian….

  3. Saya nak bagi tau kepada penulis kalau nak tau tentang Islam. Carilah orang yang membawa agama itu sendiri. Jangan cari dalam buku sebab di celah -celah buku tu ada syaitan yang mengintip-ngintip yang membisikan-bisik akhirnya kita buat kerja bodoh…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: