Posted by: sokongsalaf | October 2, 2007

Kenapa Salafi Tajdid Segar Begitu Bodoh?

salam,

Cuba saudara tengok gelagat salafi dalam blog ini, (terutamanya) gelagat Tajdid Segar, bila kita memperkatakan kedudukan Rasul Dahri iaitu salah seorang ketua puaka salafi yang baca hadis salah, dia menggunakan perkataan Kilabun Nar (3X) dari riwayat al-Bahily, hadis yang sebenar adalah kilabu ahli Nar (3X).

Maka salafi Tajdid Segar menjawab panjang lebar dengan artikel khawarijnya. Dia tidak mengomentar isu kesalahan guru salafinya atau beri komen yang benar, tapi berpindah ke isu lain. Bukti inilah yang sering saya katakan, puak-puak (puaka-puaka) salafi memang bodoh @ tolol. Yang mereka pandai hanya forward artikel yang ditulis oleh sesama sendiri. Maka sentiasalah salafi itu bodoh dan tolol selama mana mereka menjadi burung kakak tua.

Selamat malam Tajdid segar, dalam bulan puasa ini banyakkan berfikirya. Macam mana Rasul Dahri sekarang dah dijarh, tajriih ini akan mengugurkan sifatnya dalam aspek tabligh….apa komen tajdid segar?


Responses

  1. Semua org boleh mengklaim dirinya salafi, begitu mudah. Persoalannya skrg yg menisbahkan diri kepada salafi adakah benar benar memahami & mengikuti manhajnya Rasullullah & para sahabat? Adakah boleh membid’ahkan org seenaknya? atau menyesatkan org semau maunya? adakah tlh benar benar mencontohi akhlaknya Rasullullah? semua persoalan ini perlu difikirkan bersama dan dijawab.

    Diakui selain Rasulllulah pasti ada buat salah dan silap hatta ahli ilmu. Jangan kita ta’sub kepada individu individu tertentu walau pun sudah nampak jelas kesalahan / kesilapan yg dilakukannya. Teguran & bantahan perlu dilakukan dgn ilmiah bukan secara emosi dan bahasa yg kasar sehingga boleh menyinggung perasaan seseorang. Lihat saja akhlak Rasullullah terhadap seorang wanita yahudi sebagaimana yg diceritakan dlm hadis.Tidak perlu kita memperbesar besarkan kesalahan seseorang seolah olah kesalahan itu terlalu besar sebesar dosa syirik. Kesatuan ahli sunnah perlu kita jaga agar tidak berpecah belah walau pun kenyataannya skrg kita sudah berpecah belah.

    Untuk akhi yg komen hadis anjing nar / anjingnya ahli neraka yg dibawa oleh URD, adakah anta pasti benar benar ini sahaja hadis ttg perkara ini atau pun ada hadis yg lain yg menyebutkan ttg anjing neraka sebab yg dikatakan hadis banyak ribuan malah ratusan ribu banyaknya.

    Allahua’lam

  2. mencelah dalam perdebatan Rasul dahri…saya rasa apa yang dibentangkan oleh saudara Roslan itu jelas bahawa Rasul Dahri membacakan hadis dari riwayat al-Bahily. Saudara boleh lihat sendiri di URL yang disertakan dengan riwayat al-Bahily itu.
    Roslan telah memberikan bukti, sekarang tinggal saudara pulalah kalau nak bela sangat Rasul Dahri yang memberi bukti…

  3. Diriwayatkan oleh Sa’id bin Jamhan, beliau berkata:

    “Aku mendatangi Abdullah bin Aufa (seorang buta), lalu aku memberi salam kepadanya. Beliau bertanya, siapa kamu? Aku menjawab: Sa’id bin Jamhan. Beliau bertanya. Apa yang dilakukan oleh orang tuamu? Aku menjawab: Dibunuh oleh kaum Azariqah. Beliau berkata: Semoga Allah melaknat orang-orang Azariqah kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

    اِنَّهُمْ كِلاَبُ النَّارِ

    “Sesungguhnya mereka adalah anjing-anjing neraka”.

    Aku bertanya, apakah itu khusus pada orang-orang Azariqah atau untuk orang-orang Khawarij seluruhnya? Beliau menjawab: Orang-orang Khawarij seluruhnya. (H/R Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)

  4. كِلاَبُ النَّارِ ، كِلاَبُ النَّارِ ، كِلاَبُ النَّارِ ، هَؤُلاَءِ شَرُّ قَتْلَى قُتِلُوْا تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَآءِ ، وَخَيْرُ قَتْلَى قُتِلُوْا تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ الَّذِيْنَ قَتَلَهُمْ هَؤُلاَءِ.

    “(Khawarij itu) Anjing neraka, anjing neraka, anjing neraka! Mereka itu (Khawarij) seburuk-buruk orang yang dibunuh di bawah kolong langit. Dan semulia-mulia orang yang terbunuh di bawah kolong langit ini adalah orang-orang yang dibunuh oleh mereka (yang dibunuh oleh Khawarij)”. (H/R Imam Ahmad dalam Musnad 5/253. Ibnu Majah 176. at-Tirmizi. 3000. Berkata Syeikh al-Albani: Hasan Sahih, lihat: Sahih Sunan Ibn Majah)

  5. Hadis itu dari siapa bang Salafi Nuur? ini kerana tidak ada lafaz yang sama dalam hadis riwayat ibn Majah, at-Tarmizi, dan Imam Ahmad. Kenapa pula al-bani boleh memasukkan hadis ini dalam lafaz yang sama?

    HR Ahmad yang sahih kilab ahlu nar 3x
    Hadis lain kilab nar 3x adalah riwayat tidak sahih.

    Dan nasaruddin al-bani memasukkan hadis dengan lafaz kombinasi itu…soalannya Hadis ini dari siapa? Mungkin Roslan akan komen lagi kerana ini bidang dia..

  6. Alhamdulilah, ada juga yg tahu tentang hadis hadis ini : 1. Anjing neraka, anjing neraka, anjing neraka! 2.” sesungguhnya mereka adalah anjing-anjing neraka”. jelas dan terang sekali hadis hadis ini menunjukkan bahawa khawarij itu anjing neraka dan hadisnya bertaraf hasan & hasan sohih cuma dlm riwayat baihaqi lafaznya berbeza” Kilab ahli nar”.
    Maka lihatlah! bermacm macm hujjah & putar belit si Musa Mohd utk mencari aib org & menegakkan benang basahnya sampai sampai meminta komen dri sahabatnya Roslan.

    kesimpulanya ada dua kondisi hadis yang perawi dan lafaznya berbeza.

  7. Syeikh Roslan,
    Saya rasa web ini boleh jadi laman web ilmiah jika tidak ada unsur yang mencaci dan mencela seperti perkataan bodoh dan sebagainya.
    Ada penulisan di sini ada nilai ilmiah yang boleh dinilai oleh pihak-pihak yang terlibat. Saya agak tertarik dengan beberapa pendedahan tapi yang kurang enak bila ada perkataan puaka, bodoh, tolol dan bengong. Saya yakin kalau perkara ini dibuang blog ini akan terkenal satu hari nanti

  8. Wahai Ustaz Roslan ! Ana pun berharap agar blog sebegini di isi dgn ilmu & kebenaran bukan kata kata nista, celaan, syubhat & fitnah yg tidak benar. Ana meyakini ramai antara pengujung blog ini dahagakan ilmu. Dri itu gunakanlah ilmu ilmu yg anta pelajari utk membimbing ummah kejalan yg hak. Ana cadangkan blog ini di bina kolom kolom Aqidah, fiqah, Manhaj, Akhlak, & so on dan yang penting jalan lupa kolom soal jawab agama dan ana punyai keyakinan akan bertambah ramai pengujung yang melayarinya.

    Semuga anta dan rakan rakan dirahmati Allah.

    Allahua’lam

  9. Satu lagi kolom yg ana lupa sebutkan iaitu kolom Ilmu Mastalah al hadith ( kaedah memahami ilmu hadith).

  10. Sebelum Akhi Roslan membuka kolom Mastalah al Hadith sebagai pembuka jalan Ana mulakan dgn artikel di bawah ini. Muga dimenfa’atkan.

    Ana menyangka baik bahawa akhi Roslan memahmi akan perkara ini.

    Menangkis Keraguan
    HADIS atau sunah wujud dalam bentuk perkataan, perbuatan ataupun persetujuan nabi.
    Oleh kerana pembukuan hadis tidak dilakukan pada peringkat awal Islam, ditambah pula dengan kemunculan hadis-hadis palsu kemudiannya, ulama mewujudkan kaedah khas bagi menilai dan menganalisis setiap hadis.
    Kaedah ini wujud dalam bentuk ilmu Mustalah al-Hadis. Ia membahaskan setiap hadis dari sudut rangkaian sanad atau perawi-perawinya di samping menilai matan atau isinya.
    Sanad bermaksud rangkaian perawi-perawi hadis yang bersambung-sambung sehingga sampai kepada Nabi Muhammad.
    Setiap perawi hadis perlu memiliki ciri-ciri yang ditetapkan sebelum riwayat mereka diterima. Matan pula berkaitan dengan kalimat yang digunakan dalam sesebuah hadis di samping maksud yang hendak disampaikan.
    Kajian matan memastikan sama ada kalimat itu daripada sabda nabi ataupun tidak, di samping mengenal pasti sebab, keadaan serta tujuan sabda itu disampaikan.
    Berhubung dengan sanad, di dalam Muqaddimah Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Ibn Sirin berkata: “Pada mulanya sahabat-sahabat Nabi Muhammad tidak menjadikan sanad sebagai isu penting, tetapi sesudah fitnah melanda umat, mereka menuntut nama perawi-perawi bagi setiap hadis yang diriwayatkan.”
    Imam az-Zuhri pula berkata: “Sanad merupakan tuntutan agama. Apabila tidak ada sanad, semua manusia boleh mengatakan apa yang mereka suka.”
    Ulama pertama yang menyusun ilmu yang berkaitan dengan Mustalah al-Hadis adalah guru Imam Bukhari iaitu Imam Ali bin al-Madini.
    Walau bagaimanapun, tulisannya tidak komprehensif dan ia diikuti dengan karangan al-Qadi Abu Mahmud ar-Ramharimzi (meninggal 360H), disusuli dengan tulisan Imam an-Naisaburi (meninggal 405H) dan Imam Abu Naim al-Asfahani (meninggal 430H). Dalam menganalisis hadis, terdapat beberapa kriteria yang dipandang penting oleh ulama:
    1. Adil – Perawi mesti Muslim yang baligh, berakal, tidak mengerjakan dosa-dosa besar serta tidak melakukan perkara yang dapat mengurangkan maruah atau kehormatan dirinya.
    2. Dhabith atau kuat ingatan. Perawi mesti mempunyai ingatan yang kuat serta mantap hafalannya.
    3. Tidak mempunyai sifat syuzuz atau keganjilan. Riwayat tidak boleh menyalah isi hadis yang diriwayatkan oleh mereka yang lebih dipercayai.
    4. Tidak ada `illat atau kecacatan. Hadis mesti bersambung-sambung sanadnya sehingga sampai kepada Nabi Muhammad. Apabila pada zahirnya ia nampak bersambung tetapi sebenarnya tidak, ia diistilahkan sebagai `illat. Contohnya kata-kata sahabat nabi yang disangka hadis nabi berdasarkan sanadnya yang bersam-bung-sambung sehingga sampai kepada sahabat.
    Selepas terbinanya ilmu Mustalah al-Hadis, terbinalah pula ilmu al-Jarh wat Ta’dil. Ilmu al-Jarh wat Ta’dil juga dikenali sebagai ilmu Mizanur Rijal.
    Ia membahaskan perilaku setiap perawi secara terperinci bagi memastikan sama ada individu itu dapat dipercayai ataupun sebaliknya.
    Perbincangan berhubung ilmu itu bermula pada zaman sahabat lagi, dimulai oleh sahabat daripada kalangan generasi diikuti oleh generasi tabiin seperti Said ibn Musayyab, As-Syu’bi dan lain-lain.
    Ulama pertama yang mengarang buku berkenaan tajuk ini dengan sistematik adalah Imam Yahya bin Muin (233H), Ahmad bin Hanbal (241H), Muhammad bin Saad dan Ali al-Madini (234H). Semua ini dilakukan bagi memelihara kemurnian hadis.
    Pada dasarnya, perawi yang ditolak riwayatnya terbahagi kepada empat golongan:
    1. Pendusta yang mengaku kononnya dia menerima hadis-hadis nabi. Ulama bersepakat untuk tidak menerima sebarang riwayat daripada mereka yang pernah membuat hadis palsu.
    2. Orang yang suka berdusta, walaupun tidak pernah membuat hadis-hadis palsu.
    3. Ahli bidaah.
    4. Kaum zindik, fasiq, tua nyanyuk serta mereka yang tidak cerdas, tidak teliti dan tidak adil.
    Semua ini membuktikan penulisan dan pembukaan hadis dilakukan dengan teliti. Hal ini berbeza dengan Bible kerana Bible ditulis tanpa dianalisis seperti ini sehingga terdapat di dalamnya riwayat yang tidak diketahui sumbernya.

  11. semua nak suruh tulis bab hadis, bab akidah, bab ibadah, syirik, lepas tu bab apa politik, hudud tak nak sebut ko?

  12. jangan harap puak salafi belajar bab urus negara, sebab bab urus negara mereka ambil dari amerika. si wahabi hanya pandai cakap aja, tapi akai tak dak. sampai sekarang negara mereka tak maju…

  13. Nilah dia masalah bebudak hibzi @haraki mereka seolah olah nampak Islam itu hanya dri sudut hudud & siasahnya sahaja. kedua dua isu ni digembar gemburkan begitu hebat sekali sehingga mereka lupa bahawa dien ini lengkap menyeluruh dri segala aspeknya. Laungan yg biasa didengar Negara Islam! Negara Islam! Negara Islam! Hudud Islam! Hudud Islam! Hudud Islam!!! itu saja yg mereka tahu.

  14. Salafi bab apa? Aqidah dan Ibadah? Muamalat macam mana?

    Sebab tu orang kuat salafi malaysia Mohd Yaakub Yunus jadi Timbalan Pengurus Bank. Cakap salafi tulis buku salafi, makan gaji riba. Apa salafi malaysia buat, ada nasihat dia jangan makan Riba? Apa tuntutan akidah yang sebenar salafi hakiki, dasar ambil Islam bersifat juziyyah atau Islam Syumul?

  15. bab cakap tak serupa bikin ini dah jadi popular dalam salafi kan tak gitu puaka2 salafi?

  16. as.kum tuan-tuan sheik yg budiman lagi bijaksana.maaf trlebih dahulu ana pohonkan.ana nk komen sikit boleh dak.ana ni minat juga belek2x ruangan ni.ana rasa seronok sebab banyak ilmu pengetahuan yg ana dapat.tapi ana rasa cukup sedih dan kecewa kerana tuan2x yang tinggi ilmu agama masih mengguna/mengeluarkan perkataan2x yang rasullullah tak pernah ajar umatnya.marilah kita bersatu membangun satu ummah yang bijak lagi bertaqwa.assalamualaikumwarahmatullah

  17. mm..apla puak2 wahabi salafi ni,ske plik2…dalil,hujjah yg kuat n jelas da ad lg pulun nk amik yg samar2 n dhaif…nmpk sgt wahabi salafi ni msh lmh kefahaman dlm ilmu agama..btter p la bljr lg dgn lbh mndlm ilmu2 allah yg luas dri mmbng masa mnyebarkan kekeliruan kpd masyrkt.wallahua’lam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: