Posted by: sokongsalaf | October 18, 2007

Tembelang Mufti Perlis Semakin Terserlah

Sebuah Tulisan dari “mohd. haidar mohd. hashim”

Saya telah dimaklumkan oleh kawan-kawan di Malaysia
bahawa Mufti Perlis sekali lagi mahu mempelopori
pembentukan Gagasan Ulamak Sunnah Wal Jamaah di
Malaysia. Menurut sumber dari Bernama, ia ada
menyatakan bahawa,

“Kami telah merintis penubuhan gagasan ini dengan
pembentukan sebuah jawatankuasa penaja dan kini sedang
dalam proses untuk didaftarkan,” kata mufti berusia 36
tahun dan yang termuda di Malaysia itu kepada Bernama
di sini hari ini.

Ditanya sama ada gagasan itu akan bertindih peranan
dan fungsinya dengan Persatuan Ulamak Malaysia (PUM),
Dr Mohd Asri berkata, gagasan itu akan memberi tumpuan
kepada Sunnah Wal Jamaah, iaitu mengikut ajaran
al-Quran dan sunah Nabi Muhammad.

“Kalau Persatuan Ulamak Malaysia dianggotai oleh semua
orang yang dilihat mempunyai kecenderongan agama
tetapi gagasan ini hanya dianggotai oleh mereka yang
mempunyai kepakaran dan tahap akademik yang tinggi,”
katanya.

Menurut sumber yang saya percaya dan disiarkan di
dalam akhbar dan dari website golongan yang mengaku
pengikut ajaran salaf di Malaysia, Mufti ini pernah
mengeluarkan pendapat bahawa halal untuk kita rakyat
Malaysia membayar dam Haji di Malaysia dan tidak perlu
untuk membayarnya di bumi Makkah (tolong periksa
kenyataan saya dengan Mufti berkenaan). Sekarang Mufti
ini jugalah akan mengekslusifkan “Gagasan Ulamak
Sunnah Wal Jamaah” di Malaysia. Padahal Mufti inilah
yang jugalah melaung-laungkan untuk tidak
mengekslusifkan Islam.

Mungkin Mufti ini tidak pernah menjadi ahli PUM atau
mendekati PUM. Mungkin Mufti ini juga tidak pernah
tahu siapakah ahli-ahli PUM. Dari Yang di Pertua PUM
yang pertama sehingga sekarang, tidak pernah ada ulama
yang hanya memilik sekeping ijazah muda sahaja untuk
menerajui PUM. Paling tidak mereka mesti memiliki
ijazah sarjana. Adakah ayah Mufti ini memiliki sarjana
seusia Ahmad Awang? Atau seusia Prof. Datuk Dr.
Mahfuzd atau Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Hamid
Othman atau lain-lain. Mungkin ayah Mufti ini adalah
seorang Professor di Universiti Saud di Arab Saudi.

PUM tidak pernah menafikan mana-mana golongan untuk
menyertai golongan agamawan bersama mereka. Sama ada
mereka dari parti politik pemerintah atau pembangkang.
Itulah istemewanya PUM. Tetapi golongan-golongan
peneraju PUM biasanya adalah golongan ulama yang
disegani oleh lawan dan kawan. PUM juga tidak pernah
melanggar dasar-dasar Sunnah dan benar seperti
mengeluarkan pandangan bahawa halal untuk membayar dam
haji di bumi Malaysia atau sebagainya.

Cuba fikir sejenak dan dalam-dalam. Tidak perlu kita
untuk sekolah tinggi. Gagasan yang hendak ditubuhkan
adalah “Gagasan Ulamak Sunnah Wal Jamaah”. Penanungnya
pula adalah Datuk Seri Shahidan Kassim. Saya tidak
mahu mempertikaikan sesiapa, sama ada dia adalah
Shahidan Kassim atau sesiapa. Tetapi Mufti ini sendiri
yang mengeluarkan kenyataan bahawa, “Menurutnya,
kira-kira 200 ilmuan tempatan mengenai ajaran Islam
telah dikenalpasti berupaya memartabatkan amalan
Sunnah Wal Jamaah di negara ini dan mereka akan
diundang menyertai gagasan itu selepas penubuhan
gagasan itu diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan.

“Gagasan bertujuan menjaga ketulinan agama dan ia
tidak ada kena mengena dengan kepentingan politik
mana-mana pihak,”.

Ini bermakna seorang ulama sunnah yang alim lagi
tersoroh di Malaysia akan menjadi penaungnya. Mengapa
Sunnah tidak memberikan penaungnya persatuan ini di
bawah naungan ulama-ulama yang memiliki sarjana yang
baik dan menyumbang jasa yang baik kepada dan negara.
Mengapa perlu Datuk Seri Shahidan Kassim? Sedang ia
sendiri kata, bahawa ia tidak ada kait mengait dengan
mana-mana parti politik. Tetapi penaung gagasan ulama
bukan dari golongan ulama dan memiliki kedudukan
politik. Mungkin bagi Mufti yang berkelulusan tinggi
ini, penaung tidak ada kuasa eksekutif. Ia seperti
Yang Di Pertuan Agong di Malaysia. Bertindak sebagai
symbol sahaja, tanpa kuasa. Mungkin itulah pada hemat
saya yang lemah dan dhaif ini. Betulkan saya jika saya
tersilap.

Bagaimana pula sikap ulama yang baik tetapi hanya
memiliki sekeping ijazah sarjana muda sahaja. Apakah
golongan ini tidak akan dijemput. Sebagai contoh
banyak Mufti-Mufti di negeri-negeri dalam Malaysia,
hanya memiliki sekeping ijazah sarjana muda sahaja.

Kita akan melihat satu demi satu kepincangan akan
dibuat oleh Mufti yang pandai ini. Tunggu dan lihatlah
sahaja. Tidak ada sesiapa yang memandang negatif
kepada penubuhan gagasan istemewa ini, tetapi
kenyataan pelopor sendiri membuatkan golongan lemah
macam kami suka memberikan pandangan. Ini bukan
kenyataan orang lain, tetapi kenyataan bulat-bulat
yang diambil dari Bernama. Ia sudah terlalu banyak
bercanggah antara satu sama lain. Tidak perlu untuk
saya menokok tambah, tapi saudara/i boleh mengikuti
pekembangannya sendiri melaui media dalam negara kita.
Selamat mengikuti perkembangan Sunnah oleh golongan
yang mengaku sunnah.

Wassalam.


Responses

  1. Dia nak buat ikut suka dialah, yang hang dok anti sangat apasal?
    Gagasan ASWJ adalah untuk menyelamatkan akidah ASWJ, bukannya macam PUM yang akidahnya masih lagi bercampur dengan pekara yang tidak betul, sekurang-kurangnya akidah ash’ariah atau maturiddiyyah.

  2. oh gitu, habis tu cakap tak campuq politik, tapi yang bangang nak lantik SAMSENG UMNO PERLIS TU apasal?

    apalak asri ini bodoh sangat?

  3. Suatu perbahasan-Suatu perbandingan, Aqidah Imam as-Syafi’e & Golongan Wahhabiyah – http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/10/isu-037-di-antara-aqidah-imam-as-syafie.html

  4. AQIDAH PARA A’IMMAH ARBA’AH
    http://www.almanhaj.or.id/category/view/51/page/1

  5. TRANSKRIP REKAMAN TERJEMAHAN CERAMAH SYAIKH SALIM BIN IED AL HILALY HAFIZHAHULLAHU…..

    http://www.geocities.com/abu_amman/Ceramah1.htm

  6. salafi sudah poning dah, mau bikin ceramah/ tulisan ini akidah imam syafie, ini akidah imam malik, ini akidah imam ahmad, ini akidah imam hanafi.

    satupun kitab rujukan asal tidak disertakan, Mau bincang rukun iman? aku minta salafi bentangkan buku akidah apa yang ditulis oleh Imam Syafie?

  7. Salafi yg poning ko awak yg poning? ko awak jdi bingung & teperanjat borok bila tau yg aqidah Imam arba’ah samo & matching ngan aqidahnyo para salafussoleh??? atau pun awak sangko aqidah Imam Syafi’i samo ngan asya’ariyyah ngan Maturidiyyah???

    Ni ha satu lagi situs dri ese!!!!

    http://www.mail-archive.com/milis-muslim@yahoogroups.com/msg00260.html

  8. asskum.. ape benda la ko ni!! nak bincang pasal isu mufti, isu ulama, isu agama.. tapi bahasa mcm takda agama,, malu la sikit la eh.,.

  9. salamun anta…antum2 ni kalau dah dinamakan ‘perbincangan’ tu maksud nya biarlah dgn ‘berhemah’,mohon maaf ya seisi ‘makhluk’…kalau lah alam siber ni sudah ada di zaman ulama2’dulu kala’ yg mana perbedaan sudah dirasakan…mungkinkah ‘mereka2 itu akan menulis seperti antum2 semua’… ana rasa mereka2 itu akan ‘tersenyum’… bila mereka2 itu membaca tulisan2 antum semua, boleh jadi mereka2 itu akan mengatakan………..!!!!!ana berpesan pada diri ana dan juga antum2 semua berbincang boleh tetapi bila kena pada bab2 yang berbeda tu mohon pertunjuk kepada ALLAH berusaha “hala tuju”yg lebih dekat pada kebenaran INSHALLAH maka itulah yang benar…dan jgn lah perbincangan itu disertai dgn EMOSI kerna ianya tidak membawa menafaatnya…Wasallam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: