Posted by: sokongsalaf | November 14, 2007

Kegagalan Dakyah Salafi-UMNO, hentikan BERSIH

Himpunan bersih yang aku anggarkan lebih kurang 60,000 orang yang berarak dari 4 lokasi, adalah kejayaan besar BERSIH. Bermula dengan sekatan jalan raya, sehingga perjalanan train dan komuter disekat, pihak BERSIH mengumpulkan rakyat berlapisan bangsa. Walaupun sangat ketara hanya orang Melayu yang mendominasinya.

Di Perlis rakyatnya diugut secara ‘psikologi’ oleh badan-badan kerajaan. Sebagai orang berjawatan dalam sebuah IPT kawan aku sendiri diberi notis. “JANGAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN BERSIH, JANGAN MENGHAMPIRI PERHIMPUNAN BERSIH & JANGAN BERADA DI KAWASAN PERHIMPUNAN BERSIH” Sahabus SAMAK asyik memberikan ceramah ‘kena pimpin tangan pemerintah tempat sunyi’ teguQ dia, jangan sampai orang lain tahu kalau dia tak perbetulkan apa yang dia lakukan maka itu dosa dia dengan Allah. Kita dah TERLEPAS. Tak boleh demonstrasi dan bla,,,bla,,,. Kawan aku kata antara kebodohan MAZA adalah dia bukan ahli Fiqh dia lepas phd hadis, bukannya tahu nak ijtihad hukum, dia hanya ciplak fatwa dari Arab Saudi. Dia juga ciplak pendapat Al-Baani bab “Tarik tangan pemerintah tempat sunyi”, padahal hadis tersebut larang buka aib, sebab tu kena tarik tangan, tapi kalau pemimpin buat salah terbuka, nak tarik tangan apanya? Kritik dia terbukalah, itulah kelemahan dan cacatnya cara berfikir MAZA. Sekarang kalau tarik tangan Pak Lah yang pegang Michelle Yeoh tu, mau nak kena penumbuk jantan (betina dan pondan) kat bodyguard dia, yang boleh pegang tangan Pak Lah ialah Jeanne saja, kemudian Michelle Yeoh itupun kalau diizinkan oleh Boyfriend Michelle Yeoh, kalu setakat ASRI nak salam kucup dan hisap jari Pak Lah pun boleh, tapi hati-hati kerana di situ ada DNA bahu Michelle Yeoh di Monsoon Cup dulu.

Dato Shahidan tak ada pada masa rakyat Perlis merancang untuk ke KL. Kampung kami sewa satu bas tapi last minute dibatalkan kerana masalah permit dan driver takut, walaupun sewa digandakan 2 kali.

Salafi-Wahabi-UMNO pula sedang sibuk dok cucuk, bahawa demonstrasi itu bukan dari Islam. Itu perbuatan tidak ikut sunah, itu perbuatan bidaah, itu salafi versi Asri, Rasul Dahri dan Sulaiman Nordin, tak lepas dari memberikan komentar. Tetapi ada beberapa rakan salafi yang lain (Sahabat dari Ikhwaan) bersetuju untuk mengikuti demonstrasi, kerana pada pendapat mereka adalah lebih baik kita memohon pilihanraya yang adil. Untuk memastikan kita menang dengan adil. Namun kegagalan dakyah mereka terbukti bila 60,000 orang berjaya berkumpul dan di beberapa tempat lain di sekat, dan aku tahu kalau demonstrasi ini tidak disekat pasti lebih 100,000 akan berkumpul.
Salafi-Wahabi sekarang sibuk membincangkan bahawa lebih baik pemerintah sekarang berbanding PAS, sila lihat hujah bodoh mereka dalam alfikrah@yahoogroups.com, aku tahu mereka takut kalau aku berada di sana. Sebab aku bekas SALAFI Perlis, aku tahu rahsia sebenar mereka.


Responses

  1. Assalamualaikum;

    Saya pelajar UKM, saya sedang membuat analsisis tentang gerakan Wahabi, setakat ini saya temubual beberapa orang Wahabi spt Dr Sualaiman Nordin. Untuk membuka perspektif boleh saya temu dengan sokongsalaf dan orang dalam blog ini.

    Semoga disertasi sy mudah tuntas.

    Minta tolng

  2. PAS DIRESAPI FAHAMAN SYIAH

    http://pasitusyiah.blogspot.com/

    Tambahan dari editor : Ini jawapan sebenar dari PAS
    http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/04/iran-bukan-kuat-kerana-syiah-kita-lemah.html

  3. PAS ITU SYIAH

    http://pasitusyiah.blogspot.com/

    Tambahan Blogger : Ini jawapan sebenar dari PAS
    http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/04/iran-bukan-kuat-kerana-syiah-kita-lemah.html

  4. KESESATAN HIZBUT TAHRIR

    http://antosalafy.wordpress.com/2007/06/29/membongkar-kesesatan-hizbut-tahrir-khilafah-islamiyyah/

    Tambahan dari Bogger:
    http://www.mykhilafah.com menjelaskan perjuangan HTM. Adakah mereka sesat? Baca sendiri, saya bukan anggota HT

  5. DEMONSTRASI BUKAN JIHAD

    http://www.geocities.com/dmgto/manhaj201/demo.htm

    Pesan Tuan Punya Blog ini: Mungkin kerana kejumudan cara berfikir Abu Yusof mereka tidak mengkaji dengan betul tentang demonstrasi, ini pendapat yang dibawa oleh HTM berkenaan demonstrasi. Kalau boleh silakan hujah balik.

    http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg08811.html

  6. Assalamualaikum,

    Soalan saya untuk Pak Andak, andak, Abu Naim dana Abu Yusuf adakan anda orang yang sama. Menyamar dengan nickname yang pelbagai? Kerna gaya penulisan saudara dalam threads di atas adalah sama. CAPLOCK untuk tajuk dan letak sambungan link.

    Kalau anda orang yang sama kenapa perlu hipokrit dengan 4 nama berlainan. Tapi dari laman web yang anda forward itu anda sebenarnya seorang wahabi. Yang mana tidak lepas dari menyesatkan gerakan lain. Salah satu sifat salafi yang menonjol adalah Islam ini adalah milik kami, yang lain sesat atau kufr. Saya suka mengkaji gerakan Islam, dan ada tulisan2 oleh rakan salafi anda itu tidak benar, salah pendapat tidak dapat dikatakan sesat. Itupun kalau benar salah. Sifat salafi suka ‘exaggerate’ kesalahan orang lain.

    Terima Kasih untuk Abang Roslan yang sudi diinterview, banyak manfaatnya yang bakal diterima dan untuk menyiapkan desertasi saya. Saya respect dengan pendirian tegas abang Roslan yang menceritakan bagaimana pahit getir bersama Salafi perlis, isu riba dan pecahan kerana IRC. Sehingga kafir-mengkafir, akhirnya salafi terpecah kepada beberapa cabang. sehingga sekarang, polemik MAZA dan RADAH (Rasul Dahri…istilah bang Roslan)

    Juga saya tertarik dengan analisis semasa abang, Macam mana mainan MB Perlis yang menunggang Agama dan Mufti. Sepatutnya Abang Roslan menulis buku menceritakan kepada rakyat Malaysia, pengalaman sebenar dalam jemaah Salafiya. Akhirnya saya faham kenapa berdirinya sokongsalaf ini. macam buku ‘tersungkur di pintu syurga’

    Terima kasih belanja Briyani Gam, dan memahami masalah kewangan ‘penuntut’

    Abang Roslan sila lihat e-mail, peribadi

    jumpa lagi

    Yuhaini,
    pengkaji gerakan Islam dari perpektif UNSPUN.

  7. Tunjuk perasaan atau demonstrasi adalah perbuatan yang
    bertentangan dengan syariat Allah Azza wa-Jalla. Ia
    pada hakikatnya telah dipelopori oleh
    individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat
    tertentu. Timbulnya semangat dan bahang untuk
    berdemontrasi kerana ada pencetus yang menghasut.

    Walaupun demonstrasi dianggap sebagai ungkapan hati
    nurani rakyat yang terjadi di semua negara termasuk
    negara Islam, namun ia tidak dapat diterima oleh hati
    nurani yang sihat dan beriman. Kerana pada kebiasaanya
    demonstrasi didalangi oleh pihak-pihak tertentu
    sebagai satu cara untuk mencapai rancangan atau
    konsprasi mereka.

    Demonstrasi hanya dipertahankan dan didukung
    mati-matian sehingga dianggap sebagai jihad oleh
    mereka yang jahil terhadap syariat dan agamanya.

    Para a’immah as-salaf as-Soleh (para imam/ulama kurun
    terawal) telah mengharamkan perbuatan demonstrasi yang
    terkutuk ini, kerana ia menganggu ketentaraman awam
    malah mencemarkan nama dan dakwah Islam yang
    sewajarnya dijalankan dengan hikmah. Oleh itu,
    demonstrasi adalah merupakan suatu bid’ah yang sesat
    yang wajib dijauhi oleh setiap orang yang beriman
    kepada Allah dan kesucian agama Islam.

  8. Isu Wahabi: Satu Perbincangan

    Isu mengenai wahabi menjadi satu topik yang hangat
    dibincangkan.Bagaimanapun perbahasannya nampak begitu
    dangkal dan disulami oleh sentimen, emosi dan
    kejahilan. Ia merupakan sesuatu yang tiada
    kesudahannya. Isu ini telah lama didengari dan
    diperkatakan dari zaman ke zaman, namun ianya tetap
    akan berterusan selagi mana masyarakat tidak cuba
    memahaminya secara ilmiah. Sesungguhnya Islam dibina
    di atas manhaj ilmu iaitu al-Quran dan Sunnah nabi
    s.a.w. Oleh kerana itu para ulama’ salaf sering
    menyatakan ilmu itu ialah apa yang difirmankan Allah
    dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Ingin
    diingatkan di sini bahawa janganlah kita bercakap
    tentang sesuatu perkara yang kita tidak ada ilmu
    tentangnya.

    Allah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 36:
    “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak
    mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya
    pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan
    dipertanggungjawabkan”.

    Sekiranya kita bercakap di atas suatu perkara yang
    kita tidak mengetahuinya dikhuatiri akan terjebak ke
    dalam kancah fitnah pula. Tetapi fenomena ini berlaku
    di tengah-tengah masyarakat di mana mereka melabelkan
    sebahagaian mereka dengan wahabi atau kaum muda.
    Apabila ditanya kembali apakah itu wahabi, mereka
    membisu. Ada yang menjawab wahabi itu tidak membaca
    qunut subuh, wahabi tidak membaca zikir lepas
    sembahyang beramai-ramai, wahabi tidak membuat kenduri
    arwah dan sebagainya. Inilah yang dikatakan bercakap
    tidak atas dasar ilmu. Diulangi sekali lagi bahawa
    kita akan dipersoalkan di hari akhirat kelak atas apa
    yang kita perkatakan.

    Secara ringkas wahhabi adalah nama yang dinisbahkan
    kepada Muhammad bin Abdul Wahab, beliau dilahirkan
    pada tahun 1115 hijrah di Najd dan meninggal pada
    tahun 1206 hijrah. Perjuangan beliau ialah
    mengembalikan kesucian tauhid jauh dari syirik,
    khurafat. Beliau berjuang menegakkan sunnah dan
    menentang bid’ah dalam agama. Pergerakan Muhammad bin
    Abdul Wahab bukan satu mazhab yang baru. Bahkan beliau
    sendiri bermazhab Hambali. Manhaj yang digunakan dalam
    berdakwah ialah manhaj Salafus Soleh iaitu manhaj yang
    dibawa oleh tiga kurun yang pertama dan terbaik
    sepertimana yang disabdakan nabi s.a.w. “Sebaik-baik
    manusia ialah kurunku (zaman nabi dan sahabat),
    kemudian kurun selepasnya (tabiin), kemudian
    selepasnya (tabi’ tabiin).

    Tetapi perjuangan dakwah tidak dihamparkan dengan
    permaidani merah, sebaliknya perjuangan dakwah akan
    dirintangi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.
    Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad bin Abdul Wahab.
    Musuh-musuh yang tidak berpuas hati dengannya lalu
    melabelkannya sebagai Wahhabi. Sepatutnya ianya lebih
    tepat dengan label Muhammadiyah kerana namanya
    Muhammad namun untuk mengelakkan masalah yang timbul
    sekiranya dilabelkan Muhammadiyah lalu dinisbahkan
    kepada ayahnya Abdul Wahab maka jadilah Wahhabi.
    Itulah hakikat sebenarnya nama Wahhabi yang tidak
    diketahui masyarakat kita. Penulisan Syeikh Muhammad
    bin Abdul Wahhab hanya sekitar permasalahan Tauhid
    seperti yang masyhur Kitab al-Tauhid.

    Di Malaysia nama Dr.Yusuf al-Qaradhawi sudah tidak
    asing lagi dikalangan masyarakat. Begitu juga
    dikalangan ustaz-ustaz yang memusuhi golongan yang
    dilabel sebagai wahabi ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
    dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat memuji Muhammad bin
    Abdul Wahab katanya: “Bagi al-Imam Muhammad bin Abdul
    Wahab di Jazirah Arab perkara aqidah adalah menjadi
    keutamaanya untuk memelihara benteng tauhid dari
    syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan
    dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku
    dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau
    bangkit menaggung bebanan secara dakwah dan praktikal
    dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (hlm. 263,
    ctk. Maktabah Wahbah Mesir).

    Satu lagi nama yang tidak asing bagi masyarakat kita
    ialah Dr. Wahbah al-Zuhaili yang memuji Muhammad bin
    Abdul Wahhab dengan berkata: “Sesuatu yang tidak syak
    padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk
    meredakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang
    agung (maksudnya) “Jagan kamu kurangkan manusia apa
    yang menjadi hak-haknya”. (surah Hud:85) bahawa suara
    kebenaran yang paling berani, pendakwah yang terbesar
    untuk islah (pembaikan) membina umat, jihad dan
    mengembalikan individu Muslim kepada berpegang dengan
    jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah
    Muhammad bin Abdul Wahhab pada kurun yang ke 12
    hijrah. Tujuannya adalah untuk mentajdidkan kehidupan
    muslim, setelah secara umum dicemari dengan pelbagai
    khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka
    Muhammad bin Abdul Wahhab ialah pemimpin kebangkitan
    agama dan pembaikan (islah) yang dinantikan, yang
    menzahir timbangan aqidah yang bersih.” ( Risalah
    Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, hlm 57-58).

    Adakah Dr.Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Wahbah al-Zuhaili
    yang menjadi rujukan oleh mereka ini dilabelkan
    sebagai Wahhabi?

    Siapa tidak mengenali syeikh Muhammad Rashid Redha.
    Beliau antara orang yang mempertahankan dan mengeji
    mereka yang mengeji dan menfitnah Muhammad bin Abdul
    Wahab. Antaranya ialah tulisannya dalam muqaddimah
    kitab ‘Siyanatul Insan ‘An Waswasatil Dahlan’ sebuah
    kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan
    ke atas Muhammad bin Abdul Wahab yang dinamakan
    ‘Duraru al-thaniyah fi raddi ‘Ala al-Wahhabiah’ yang
    banyak tersebar di pondok-pondok di Malaysia. Antara
    isinya beliau menceritakan bagaimana beliau tertipu
    sejak kecil lagi dengan pembohongan dan fitnah yang
    terdapat di dalam kitab Zaini Dahlan. Beliau menyedari
    semuanya itu hanyalah fitnah dan dusta selepas beliau
    berhijrah ke Mesir. Beliau telah mengkaji mengenai
    gerakan Muhammad bin Abdul Wahab. Beliau juga banyak
    membaca kitab-kitab, risalah-risalah, fatwa-fatwanya,
    anaknya, cucunya dan ulamak-ulamak Najd. Dengan
    pengetahuan tentang hakikat dakwah Syeikh Muhammad bin
    Abdul Wahab beliau membuat kesimpulan :

    1- Tidak ada satu pun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan
    ke atas Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab melainkan
    dusta dan fitnah.

    2- Zaini Dahlan dan musuh-musuh Syeikh Muhammad orang
    yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah, sama ada
    tidak mengetahui tentang hakikat dakwah Syeikh
    Muhammad ataupun sebab-sebab lainnya.

    (dipetik dari http://www.al-ahkam.net)

  9. Kalau anda orang yang sama kenapa perlu hipokrit dengan 4 nama berlainan. Tapi dari laman web yang anda forward itu anda sebenarnya seorang wahabi. Yang mana tidak lepas dari menyesatkan gerakan lain. Salah satu sifat salafi yang menonjol adalah Islam ini adalah milik kami, yang lain sesat atau kufr. Saya suka mengkaji gerakan Islam, dan ada tulisan2 oleh rakan salafi anda itu tidak benar, salah pendapat tidak dapat dikatakan sesat. Itupun kalau benar salah. Sifat salafi suka ‘exaggerate’ kesalahan orang lain.

    wrote by Yuhaini
    November 17, 2007
    at 10:50 am

    Aiik !!! dah terang lagi nk bersuluh? siap ngan gambar Ayatullah engko.. kiranya tulisan & kajian anda saja yg betol? yg lain salah? egonya anda…

    Ada beberapa perkara yg anda harus belajar & fahami semula:
    1. Jarh wa ta’dil
    2. Fakta dgn auta.

    selamat mengkaji …

  10. Assalamualaikum Afwan semua,

    Dah agak lama Ana tak melayari blogger ni, maklumlah busy dgn class lebih lebih lagi exam yg dah nk hampir habis ni.

    Sebenarnya Ana rasa terpanggil untuk membahaskan serba ringkas tetang isu yg hebat diperkatakan skrg ini. Isu tersebut ialah isu wahabi atau salafi. Apabila Ana melihat masyarakat skrg begitu alergik dengan pembaharuan yang dibawa oleh golongan yang berpegang teguh dengan sunnah rasulullah s.a.w.Mereka ini yang digelar masyarakat sebagai Wahabi atau Salafi.

    Akibatnya berlaku penentangan yang hebat antara golongan yang berpegang dengan pemikiran tradisional dan tajdid.Bahkan ada yang menuduh golongan salafi ini sesat hanya kerana Imam ikutan mereka itu di tuduh sesat, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibn Taimiyah.

    Kesemua ini berpunca dari menelan fakta dan bahan tulisan bulat – bulat tanpa melakukan sedikit penyelidikkan.Sikap tidak adil ini bukan hanya berlaku keatas 2 tokoh ini sahaja.Bahkan tokoh – tokoh Islam yang lainnya seperti Imam At-Thabari,Imam Al-Hakim An-Naisaburi,Hamka,Syeikh Muhamad Abduh,Imam Hassan Al-Bana,Nasaruddin Al-Bani,Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ramai lagi.

    Oleh kerana banyaknya fitnah yang di lemparkan keatas 2 tokoh diatas, makanya Ana mengambil contoh – contoh fitnah yang ditaburkan keatas dua tokoh tersebut.Di samping itu Ana juga mengambil contoh fitnah yang dilemparkan keatas tokoh ulama Malaysia yang tak kurang hebatnya iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

    Fitnah keatas Ibn Taimiyah berpunca dari periwayatan yang terkandung didalam buku “Pengembaraan (Rehlah) Ibnu Bathutah”.Misalnya Kiyai Sirajuddin Abbas didalam buku “Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah” yang mahsyur di tanah air, mendakwa beliau sebagai Ahli Tamsil serta Ahli Tajsim sedangkan dakwaan tersebut hanyalah metos hayalan Ibnu Bathutah sahaja.

    Ibnu Bathutah mencatatkan bahawa ketika beliau di Kota Damsyik,beliau melihat Ibn Taimiyah sedang mengajar diatas mimbar Masjid Umawi,Damsyik.Lalu beliau ditanya tentang ‘Hadith al-Nuzul’ lantas Ibn Taimiyah menjawab,”Tuhan turun sebagaimana turunya aku ini…..!(Rehlah Ibn Bathutah,Juzuk 1 hlm57 ).(21)

    Sedangkan menurut Al-Allamah Bahjatul Baitar, berdasarkan fakta, Ibnu Bathutah telah sampai di Kota Damsyik pada hari khamis 19 Ramadan726 H, sedangkan Ibn Taimiyah telah pun dipenjara semenjak bulan Sya’aban lagi! . Jadi siapakah yang di maksudkan dengan “Ibn Taimiyah” oleh Ibn Bathutah , yang memberi khutbah di mimbar Masjid Umawi? Ibn Taimiyah tidak pernah mengajar atau berkhutbah di mimbar Masjid Umawi sebaliknya beliau hanya duduk diatas kerusi dan dikelilingi hadirin begitulah penjelasan yang diberikan oleh Al-hafidz Adz-Dzahabi.

    Begitu juga dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dikatakan menentang Kerajaan Uthmaniyyah hingga menyebabkan ianya jatuh ketangan Kamal Atartuk.Dakwaan ini tidak benar, kerana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab hanya memerangi Amir – Amir yang bersengkokol dengan mereka yang menyuburkan bid’ah seperti puja kubur nabi,para sahabat dan lain – lain lagi. Adakah tindakkan 2 tokoh ini yang membersihkan kekotoran akidah di anggap sesat ?Adilkah kita setelah mereka ini berusaha kearah mengembalikan Islam ke tempat asalnya dianggap sebagai bughat?

    Begitu juga dengan fitnah yang melanda keatas Tuan Guru Nik Abdul Aziz , apabila beliau dituduh mengatakan Tuhan itu Samseng.Ramai dikalangan kita termakan juga dengan jarum yang dicucuk oleh kumpulan tertentu.Sedangkan yang dimaksudkan oleh beliau jauh sekali apa yang dipaparkan oleh pihak media.

    Akhirnya jelas dari faktor sejarah, tanpa pemikiran keritis akan mengundangkan perbalahan yang amat panjang dan merugikan umat Islam.Para ulama itu jangan disakiti kerana tanpa mereka siapa lagi hendak menjelaskan tentang Agama Islam?

    Nabi s.aw. sudah tiada, begitu juga sahabat r.a. jadi yang tinggal dengan kita hanyalah sekelompok kecil ulama yang menghabiskan sepenuh masa dan tenaga hanya berkhidmat pada jalan Allah.Mereka ini tidak berharapkan kedudukan yang tinggi, tidak mengharap imbuhan yang berjuta, apa yang mereka harap hanyalah redho Allah atas usaha mereka.Hormatilah mereka, sayangilah mereka,hiruplah udara ilmu dari mereka sebelum mereka dijemput kembali kepada Penciptanya.

    Allahua’lam

  11. SOAL JAWAB TTG TAUHID MULKIYAH/HAKIMIYAH

    Lagi : Tauhid Mulkiyah/Hakimiyyah bukan dari Islam
    Penulis: Salafy Edisi XXI/1418/1997
    Aqidah, 09 Agustus 2003, 04:07:05
    Penggunaan kata Hakimiyyah termasuk pembangun dakwah politik
    (Fatwa Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani)
    ——————————————————
    Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : “Wahai Syaikh kami -semoga
    Allah memberkahimu- para ulama salaf -semoga rahmat Allah atas mereka-
    menyebutkan bahwa tauhid ada tiga macam yaitu ; Uluhiyah, Rububiyah dan Asma
    wa Sifat. Maka, apakah dibenarkan jika kita mengucapkan bahwa di sana
    terdapat tauhid yang keempat yaitu ‘Tauhid Hakimiyah’ atau ‘Tauhidul Hukum
    ?’

    Beliau menjawab : “Al-Hakimiyah adalah bagian dari ‘Tauhid Uluhiyah”. Mereka yang mendengung-dengungkan kalimat yang ‘muhdats’ tadi di zaman ini bukanlah
    untuk mengajari kaum muslimin tentang tauhid yang dibawa oleh para nabi dan para rasul seluruhnya, melainkan hanyalah sebagai senjata politik. Karena itu aku akan tetap menyatakan untuk kalian apa yang telah aku ucapkan tadi, walaupun sebenarnya sudah berulang kali ditanyakan dan berulang kali aku menjawabnya. Atau kalau kau suka kita lewatkan saja apa yang sedang kita bahas.

    Dalam satu kesempatan seperti ini aku telah menyampaikan pendukung apa yang telah aku ucapkan tadi bahwa penggunaan kata ‘hakimiyah’ adalah pelengkap dakwah politik yang merupakan ciri khas beberapa ‘hizb-hizb’ yang ada pada hari ini. Pada kesempatan ini aku sampaikan satu kisah yang terjadi antara aku dengan salah seorang ‘khatib’ di salah satu masjid di Damaskus. Pada hari Jum’at dia berkhutbah yang seluruhnya berkisar tentang ‘hakimiyah’ bagi Allah Azza wa Jalla. Kemudian dia keliru dalam salah satu masalah fiqh.

    Ketika selesai shalat Jum’at aku maju kepadanya, aku ucapkan salam kepadanya dan aku katakan kepadanya : “Wahai saudaraku engkau berbuat seperti ini dan hal itu adalah menyelisihi sunnah”. Dia menjawab : “Aku
    adalah orang yang bermadzhab Hanafi yang berpedapat dengan apa yang aku kerjakan itu”. Aku berkata : “Subhanallah’, engkau berkhutbah bahwa ‘hakimiyah’ milik Allah Azza wa Jalla dan kalian menggunakan kata itu hanya sekedar untuk memerangi orang-orang yang kalian anggap sebagai hakim-hakim yang telah kafir karena tidak berhukum dengan syari’at Islam.

    Sedangkan kalian lupa pada diri kalian sendiri bahwa ‘hakimiyah’ itupun mencakup setiap muslim. Maka mengapa sekarang ketika kusebutkan kepadamu bahwa Rasul berbuat seperti ini, engkau mengatakan bahwa madzhabku demikian. Berarti engkau menyelisihi apa yang kau dakwahkan. Maka, kalau saja tidak karena mereka mengambil kata tersebut sebagai pengantar dakwah politik, tentu kami akan katakan : “Inilah dagangan kami kembali kepada kami”.[1]

    Adapun dakwah yang manusia kami seru kepadanya di sana terdapat ‘hakimiyah’ dan selain ‘hakimiyah’ yaitu ‘tauhid uluhiyah’ sebagai tauhid ibadah yang termasuk di dalamnya apa yang mereka dengung-dengungkan. Atas apa yang kalian sebut-sebut ketika kalian mendengung-dengungkan ‘tauhid hakimiyah’, maka kami menyebarkan hadits Hudzaifah Ibnul Yaman bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan kepada para sahabatnya ayat-ayat mulia.

    “Artinya : Mereka menjadikan pendeta-pendeta mereka dan ahli-ahli ibadah
    mereka sebagai rabb-rabb selain Allah” [At-Taubah : 31]

    Adi bin Hatim Ath-Tha’i mengatakan : “Demi Allah, wahai Rasulullah, kami tidak pernah menjadikan mereka sebagai rabb-rabb selain Allah”. Maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Bukankah jika mereka mengharamkan untuk kalian apa yang halal, maka kalian mengharamkannya ; dan jika mereka menghalalkan untuk kalian perkara yang haram maka kalian menghalalkannya ?” Dia berkata : “Kalau demikian memang terjadi”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Itulah berarti kalian menjadikan mereka sebagai rabb-rabb selain Allah”.

    Kami juga yang menyebarkan hadits ini sampai kepada orang-orang lain hingga kemudian mereka mengembangkan dari ‘tauhid Uluhiyah’ atau tauhid ibadah dengan penamaan yang bid’ah dengan tujuan politik. Maka saya tidak berpendapat adanya istilah seperti ini. Kalau saja mereka mengucapkannya hanya dengan pengakuan tanpa mengamalkan konsekuensinya sebagaimana yang aku sebutkan tadi bahwa dia sudah termasuk dalam tauhid ibadah, tetapi kamu lihat mereka beribadah kepada Allah sesuai dengan apa yang mereka sepakati.

    Dan jika dikatakan sebagaimana yang kita sebut dalam kisah tadi bahwa amal ini menyelisihi sunnah atau menyelisihi ucapan Rasul, dia berkata : “Ini Madzhabku”. ‘Alhakimiyah bagi Allah bukan berarti hanya menentang orang-orang kafir dan musyrik saja, akan tetapi juga menentang orang-orang yang melanggar hukum seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah tanpa sesuai dengan apa yang datang dari Allah dalam kitab-Nya dan dari Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sunnahnya.

  12. http://www.geocities.com/almagety2000/pdf/berontak.htm

    Komen Tuan rumah
    Betulkah demonstrasi itu satu pemberontakan? Baca elok-elok, apakah yang didefinisikan sebagai Bughat dalam Islam?

    http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg08811.html

    oleh kerana anda ini minat sangat dengan idea Bughat yang tak betul, bughat adalah ‘menghunus pedang’ melawan penguasa yang sah, untuk pegetahuan abu naim juga nas yang digunakan tak sesuai.

    http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=458

  13. KETA’ATAN KEPADA PEMERINTAH

    http://www.al-ahkam.net/home/print.php?sid=82

  14. Puak-puak salafi ini pandai forward aja. Tanya MAZA bagaimana seseorang itu boleh menjadi pemimpin? Bila masa mereka bai’ah kepada Pak Lah, baca buku Ibn Taimiyyah bab bai’ah. Adakah bai’ah dengan cara undi itu sah. Bila proses ini dikatakan oleh syarak sah.

    Pemimpin Malaysia memegang pada Prinsip Perlembagaan persekutuan (bikinan Lord Reid). Adakah itu maksiat paling besar bang andak oii. Semua yang terbit dari ciptaan manusia itukan bida’ah.

    Alahai Adak jangan perbodohkan diri anda…

  15. HANG PUN SAMA 2 KALI 5 KALI 2, HANYA MAMPU COPY & CUTE ADRESS BLOGGER USTAZ USTAZ HIZBI KUNUNYA SEBAGAI MEMBANTAH PUAK PUAK YG HANG ISTILAHKAN SALAFI WAHABI… HUJJAH HANG PUN TAH APA APA MERAPU JA…

  16. SEDARA/I YUHAINI KITA PI MANA? SENYAP JA… PATUTNYA DIA YG JAWAP KOMEN DRI PUAK SALAFI TERHADAP PAS,HIZBUT TAHRIR, ISU DEMONSTRASI TU, KETA’ATAN PADA PEMERINTAH… KATA PENGKAJI… BELUM HABIS BUAT KAJIAN KOT?

  17. cek mat tak payahlah menyamar….anda ini pakai komputer utm, pakai nama andak dll nama. Tak perlu jadi munafik….

    semua URL yang saudara masukkan saya telah jawab dengan URL. cuba tengok komen anda sebelum ini.

    Tak perlu berlakun dengan banyak nama atau banyak email palsu. Saya tidak tahu sama ada Salafi anutan cek mat ini jenis mana, membenarkan berlakon jadi dua 3 orang yang lain.

    Komen guna satu nama sahaja cukup.
    Banyakkan berfikir ya

  18. orang yang bener bener salafi dengan simpatisan salafi itu beda. Lucu sekali orang malaysia ini.
    Sudah hafak bera ribu hadist, sudah paham berapa tafsir ulama. Sok pintar dengan pendapatnya. Agama itu bukan urusan dunia yang bisa ceplas ceplos ngomong. Alhamdulillah aku tak tinggal di negeri malaysia. Negeri islam tapi ilmu islamnya ..dipertanyakan.

  19. kalau pak umair mau perkatakan masalah ashobiyyah atau semangat kebangsaan sila log in ke kelab maya UMNO dong. Tempat bincang isu ashobiyyah di sana. Jangan ribut dan merasakan indonesia baik-hanya baca koran indonezi…

  20. By: sokongsalaf on November 26, 2007
    at 8:12 pm
    cek mat tak payahlah menyamar….anda ini pakai komputer utm, pakai nama andak dll nama. Tak perlu jadi munafik….
    ==================

    Jadi betullah tanggapan saya selama ini Pak Andak Abu Naim, che mat adalah jembalang jelmaan salafi? Ya mengikut kajian saya beberapa ulama salafi mengharamkan untuk menyamar dalam internet.

    Namun di sini ceh mat, Andak dan lain2 nama dari komputer utm itu adalah perbuatan munafik, yang ditentang oleh ulama salafi sendiri

  21. Ha ha ha ha jembalang salafi-wahabi dah tak keluar lagi, bila rahsia dia terbongkar, seribu nama untuk satu orang.

    Adik Yauhaini, mungkin dia andak, che mat dll nama samaran (@puaka, jembalang salafi) dah malu kot, dia menyamar tapi terbongkar.

    Malu tidak terhingga kerana pandai petik dan forward nas, tadi standard dan kualiti MUNAFIK. Tak gitu salafi caca merba?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: