Posted by: sokongsalaf | November 29, 2007

Senangnya Menyanggah Penjilat Sahidan Kassim

Menyanggah tanggapan keliru Mufti Perlis tentang politik, dakwah
Lifeboat

Dalam artikelnya di Mingguan Malaysia, 25 November lalu (Apabila berpolitik tanpa prinsip), Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan yang pada hematnya menggunakan agama bagi kepentingan politik.

Beliau antara lain menulis:”Hal ini berbeza dengan orang politik kepartian. Dia suka jika musuhnya buat salah, supaya ada isu yang boleh diperkatakan dan menguntungkan politiknya. Dia tidak gembira jika musuhnya berbuat positif. Dia akan tafsirkan kebaikan dengan wajah kejahatan atau sekurang-kurangnya akan kata ‘ada udang di sebalik batu’. Jika hal yang sama dilakukannya atau puaknya, pentafsirannya berbeza. Niat musuh selalunya busuk, niatnya didakwa selalu jujur.

“Bagaimana dia berfikir, demikian dia menyangka orang lain juga. Semua parti politik yang goyah prinsipnya hampir semazhab dalam hal ini. Maka dalam politik, musuh sekelip mata boleh bertukar menjadi kawan dan kawan boleh bertukar menjadi musuh. Sekalipun kawan ataupun musuh tadi belum menukar prinsipnya. Maka yang anti-Islam boleh bergabung dengan yang kononnya hendakkan Islam. Apa yang penting, sesiapa yang menguntungkan cita-cita politik ‘kerusi’ maka dia dianggap kawan.

“Sesiapa yang dirasakan tidak menguntungkan hasrat politiknya, maka dia musuh. Orang dakwah yang berprinsip tidak demikian…Hal inilah yang membezakan antara pendakwah dan ahli politik ala jahiliah. Maka orang dakwah mungkin berpolitik demi dakwah tetapi tidak berdakwah untuk kepentingan politik. Politik boleh bagi mereka jika mendekatkan diri kepada Islam. Bukan menampal Islam untuk politik.”

Adalah agak menyedihkan apabila tulisan seorang yang dianggap sebagai terdidik bukan sahaja tidak disokong bukti ilmiah tetapi begitu terkeluar daripada konteks politik moden.

Sekiranya tulisan tersebut merupakan satu sindiran kepada PAS kerana PAS memperjuangkan Islam, maka apakah Umno terkecuali daripada tanggapan Sahibus Samahah sedangkan politik Umno juga bercirikan politik kepartian, bahkan Umno lebih awal didaftarkan berbanding PAS.

Mungkin beliau tidak memahami makna politik kepartian seperti yang diakuinya sendiri dalam tulisan tersebut. Justeru, beliau tidak memahami perspektif atau pandangan ahli politik sesuatu parti dengan perspektif dan pandangan rakyat terhadap kerajaan dan negara.

Kita semua tahu, matlamat parti politik untuk mendapatkan kerusi-kerusi dalam pilihan raya. Suka atau tidak, dan dalam keterbatasan tertentu, perebutan kerusi politik ini bercirikan politik Machiavelli di mana matlamat menghalalkan cara (sila rujuk Nicollo Machiavelli, The Prince dan Discourses on Livy yang membincangkan republikanisme).

Dalam kata lain, mereka yang menduduki kerusi kuasa akan sedaya upaya mendapatkan kembali kerusi tersebut dalam pilihan raya umum walaupun terpaksa menyogok pengundi, menggunakan jentera dan media kerajaan, menggunakan pengundi hantu dan pelbagai cara lain. Dan mereka yang belum mendapatkan kerusi kuasa pula berusaha menarik sokongan rakyat dengan berdakwah.

Kalaulah berdakwah boleh diibaratkan sebagai satu cara bagi mendapatkan kerusi (dalam sebutan Machiavelli) maka sudah tentulah ia jauh lebih mulia daripada mereka yang melakukan hal yang sama dengan menyogok pengundi, menggunakan jentera dan media kerajaan, menyebabkan berlakunya proses pengundian yang tidak adil dan berat sebelah, dan pelbagai lagi muslihat yang bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang, bertentangan dengan moral kemasyarakatan tetapi juga tidak halal di sisi Islam.

Jika pemimpin yang dianggap menggunakan Islam dan berdakwah kerana ‘ada udang di sebalik batu’ ini akhirnya berkuasa dan menjadi kerajaan, dan sekiranya mereka tidak ikhlas dalam berdakwah, rakyat setidak-tidaknya lebih yakin bahawa mereka ini takut untuk berbuat dosa dengan sewenang-wenangnya menipu rakyat.

Mereka mungkin akan membuat kesilapan atau mempamerkan kesilapan, tetapi untuk sengaja melakukan pengkhianatan kepada negara dan rakyat, dengan membelakangkan undang-undang bersabit kewangan dan sebagainya atau menafikan hak keadilan seseorang dibicarakan, sebagaimana kehendak Islam dan juga seperti yang termaktub dalam konvesyen politik ‘non-dictatorial’, tentulah tak mungkin.

Pada perkiraan terakhir, politik adalah bagaimana keseluruhan rakyat dapat menerima sesuatu parti politik. Pernah berlaku beberapa ketika dulu apabila majoriti rakyat termasuk penyokong PAS sendiri dapat menerima Umno mengetuai kerajaan. Waktu itu peranan PAS dilihat hanya sebagai pembangkang yang bertindak dalam mekanisme ‘semak-dan-imbang’ untuk kerajaan.

Namun hari ini persepsi rakyat telah banyak berubah. Malah mereka yang tidak pernah seumur hidup pergi mendengar ceramah PAS juga mahukan perubahan. Dan ia bukan berlaku berpunca daripada apa yang dianggap sebagai so-called dakwah PAS tetapi kerana rakyat sudah semakin sedar betapa kuasa mutlak yang tidak dicabar untuk sekian lamanya hanya akan mengundang kepada kerosakan. Yang menjadi mangsa kelak bukan ahli politik, tetapi rakyat sendiri.

Politik bukanlah berkenaan parti politik, tetapi ia adalah berkenaan rakyat. Kita harus kembali melihat dunia sebagai satu kebun (Ibnu Khaldun). Bolehkah tukang kebun selamanya melihat buah-buahan dalam kebun tanpa diberikan habuannya sedangkan pemilik dan pentabdir kebun sentiasa dalam keadaan senang-lenang? – mks.


Responses

  1. saya baru jumpa blog ini, kira bagus juglh

  2. betul juga kata penulis ini, sibuk dok bincang perkara khilafiah tapi perkaran haram yang jelas depan mata mereka tak nampak.

    semasa berbincang dengan abang roslan dia ada cerita perihal salafi (anak murid Ust Dahlan) yang menghalalkan RIBA, siap dengan hujah Al-Quran dan ada beberapa perkara lain yang memecahkan mereka menjadi 2 pihak. Sungguh menarik penerangan abang Roslan bab bagaimana Salafi mengambil sebahagian ayat dan meninggalkan sebahagian.

  3. Salam… Bagi hamba yang hina ini…. intipati artikel ttg mufti perlis ini adalah … mempergunakan islam untuk kepentingan politik. beliau tak sebut mana2 pihak. bagi hamba semua parti yg di terajui melayu mempergunakan agama islam untuk asas populariti. tak payah tuduh pihak lain. ada yg kata boleh mencarut… ada juga kata undi dia masuk syurga. ada pula mengaku lebih memperjuangkan islam. Akhirnya pihak lain yang dikacau hasil pertelingkahan dua musuh tradisi.

    untuk membangkitkan semangat monyet2nya, dia katalah si polan ni menghina islam kita patut pungut ongkos untuk mempertahankan islam. tapi apa yang pasti, ianya cuma alasan untuk menghidupkan sisa2 politik yang nak padam.

    Akhir sekali tak ada satu pun antara kita ini yang betul2 menuruti suruhanNya. Al-Quran boleh ditafsirkan mengikut keperluan sendiri. Inilah hasil sastera yang agung. Hasil perjuangan mereka yg gila kuasa demi untuk mencapai cita2 sendiri.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: