Posted by: sokongsalaf | December 3, 2007

Bidaah bidaah bidaah – salafi yang bidaah

Salafi sering berkata bahawa solat hajat itu bidaah kerana hadis yang memperkatakan solat hajat itu adalah lemah di sini Al-Bani, bacaan Yassin pada malam jumaaat itu adalah bidaah kerana tidak dilakukan oleh Rasulullah, memang bacaaan Al-Quran itu sunat tetapi bila mengkhususkan pada malam tertentu maka ianya jadi bidaah. Mengikut kaedah Usul Fiqh sangkut salafi Wahabi. Oleh kerana oerang lain yang melakukankannya berlawanan dengan nasa yang dikemukakan oleh Syeikh Salafi maka semuanya menjadi bidaah walaupun perkara itu telah diiktiraf oleh ulama muktabar sebagai khilafiat.

Satu aja salafi takut nak katakan bahawa pemimpin sekarang memimpin dengan Hukum Taghut Bidaah, hal ini jelas bila Kerajaan KESUKAAN wahabi ini tidak berhukum dengan hukum ALlah sebagaimana yang dikehendaki Nas, dan hal ini bukan kerana beramal dengan hadis daif, tetapi kerana hal ini beramal dengan larangan Allah.

Kalau beramal dengan hadis da’if dikatakan bidaah, maka apakah hukum beramal dengan larangan Allah yang jelas? Inilah budak-budak salafi tak faham kerana kebodohan mereka. Maka ulama murahan dari aliran salafi menjadi bingung dan menjadi penjilat Sahidan Kasim takut nak bersuara masalah bidaah Sahidan Kasim. Tapi yang MAZA haprak berani komen solat hajat wa imma Qunut, itulah modal basi salafi. Kan hari ini dah kena bantai kat Ust Nasaruddin, ehem kesian ulama salafi ini makin ditolak kerana menjadi penjilat UMNO


Fokus kepada isu besar, elak bincang soal bidaah – Ustaz Nasharudin

Bashir Ishak
Fri | Nov 30, 07 | 4:04:51 pm MYT

BESERI, 30 Nov (Hrkh)- Ketika negara sedang menghadapi krisis besar kepimpinan, perkara-perkara yang bersifat khilafiah dalam ibadah tidak sepatutnya dibesar-besarkan, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Sila layari http://www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau http://www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Beliau mengulas tentang kecenderungan sesetengah pihak yang suka membangkitkan perkara-perkara furuk atau cabang di dalam agama sedangkan banyak isu besar lain yang melibatkan kepentingan ummah belum diselesaikan.

“Ketika kita sedang membincangkan pelbagai isu besar tentang masa depan rakyat, negara, agama dan bangsa ada pihak yang lebih berminat menyebut benda-benda khilafiah. Buat ini bidaah, buat itu bidaah.

“Lainlah kalau kita sudah berada di dalam keadaan senang dan aman. Masa tu tak jadi masalah nak bincang perkara ini secara ilmiah.

“Bagaimanapun ketika dalam keadaan negara yang teruk dilanda krisis kepimpinan keutamaan perlu diberikan kepada menyedarkan rakyat tentang isu berkenaan,” katanya.

Ujarnya lagi, banyak kepincangan yang dibuat oleh pemimpin negara tidak dibincangkan secara serius tentang hukum-hakamnya.

“Apakah bidaah menyalahgunakan wang rakyat dan kekayaan negara sehingga menyebabkan rakyat menjadi susah?

“Bagi saya perkara-perkara sebegini adalah lebih besar bidaahnya daripada hanya memperkatakan tentang masalah tasyahud atau mengangkat takbir,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pemimpin Umno-BN sekarang begitu takut apabila diadakan majlis-majlis penerangan oleh PAS.

Katanya apabila rakyat hadir ke majlis sedemikian, mereka akan memperolehi maklumat yang tidak dijumpai atau dibaca dalam media arus perdana.

“Mereka takut bila PAS turun jumpa rakyat, mereka akan dapat banyak pendedahan yang tiada dalam Utusan Malaysia, RTM atau TV3.

“Kini barulah rakyat mulai sedar akibat salah memberi amanah kepada pemimpin Umno/BN, mereka mula melihat kehancuran yang dibuat di hadapan mata mereka sendiri,” katanya ketika berceramah di tapak Kompleks PAS Kawasan Padang Besar di Jalan Bukit Kerang dekat sini malam tadi.

Turut berceramah malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan Exco DewanPemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin. – mr


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: