Posted by: sokongsalaf | January 4, 2008

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan perletakan jawatan – PAS

Berikut adalah kenyataan Rasmi dari Presiden PAS tentang kes Chua Soi Lek. Kita tunggu kenyataan Mufti Perlis Pula tentang kenyataan ini, diharap Mufti Perlis tidak ambil masa yang lama sangat untuk meneliti DVD si tua bangka itu, sebelum membuat kenyataan Rasmi. DVD tu boleh disimpan ya tuan Mufti untuk bahan sejarah bukti.

========================================

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan perletakan jawatan – PAS
Written by Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Thursday, 03 January 2008

PAS memandang serius isu pembabitan seorang Menteri Kabinet dalam perlakuan seks luar nikah yang dirakamkan dan diedarkan kepada orang ramai dalam bentuk DVD. Sungguhpun Dato’ Dr Chua Soi Lek telah pun mengumumkan perletakkan jawatannya semalam dan perletakkan jawatan itu diterima oleh Perdana Menteri, namun PAS merasakan tindakan tersebut sekadar suatu tindakan politik demi memelihara imej Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Sesungguhnya perlakuan seks luar nikah bukan hanya bertentangan dengan Islam tetapi ia juga bercanggah dengan mana-mana anutan, kepercayaan, amalan dan budaya serta nilai moral yang dipegang oleh rakyat Malaysia. Pemimpin negara ini perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik dan sempurna sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan rakyat jelata.

PAS merasakan sepatutnya Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional mengarahkan parti MCA agar mengambil tindakan disiplin terhadap Dr Chua. Perletakkan jawatannya yang lebih merupakan tindakan menyelamatkan imej dan kedudukan BN itu tidak bererti tanpa sebarang tindakan disiplin diambil terhadap seorang pemimpin bertaraf menteri kabinet seperti beliau. Ini bermakna Perdana Menteri dan BN bersekongkol dengan pemimpinnya yang memiliki masalah akhlak.

PAS juga memandang serius kenyataan Dr Chua semalam bahawa bukan semua yang duduk dalam kerajaan itu bersih, ini mencerminkan yang barisan kepimpinan kerajaan BN yang ada pada hari ini menghadapi krisis moral dan akhlak yang serius yang perlu diberi perhatian oleh rakyat khasnya apabila mereka membuat pemilihan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Rakyat perlu pastikan yang mereka dipimpin oleh pemimpin yang bersih dan berakhlak mulia demi kesejahteraan dan keselamatan mereka dan negara yang tercinta ini.

3 Januari 2008

Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
PRESIDEN PAS


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: