Posted by: sokongsalaf | January 15, 2008

SSamak MAZA telah mula berubah Arah

Himpunan lautan bisa mengubah pendirian manusia, Maza telah menyaksikan lautan manusia mengerumuni KL, walaupun dihalang dan difatwakan tidak boleh demonstrasi, manusia tetap datang. Yang tidak berminat untuk tidak datang adalah pseudo-salafi @ wahabi. Namun bilangan kecil dari mereka ini tidak dapat menjejaskan minat rakyat kepada demonstrasi menuntut keadilan pilihanaraya Malaysia.

Lebih seminggu perhimpunan tersebut Mufti Perlis mula tak senang dudduk dan berdiri, akhirnya dalam keadaan yang terdesak dia mengikut jalan tengah menulis tentang demonstrasi ini kenyataannya

“Banyak pihak menimbulkan kekeliruan dalam isu demonstrasi yang diadakan baru-baru ini. Saya telah memberikan kenyataan yang umum bahawa masyarakat awam hendaklah memikirkan kesan setiap aktiviti secara masak atau matang. Bagi seorang muslim, penglibatannya dalam apa-apa aktiviti pun, hendaklah dilihat kepada persoalan-persoalan berikut;

1. Apakah tujuan sesuatu aktiviti dan gerakan itu dilakukan?
2. Apakah nilaian tindakan tersebut di sisi al-Quran dan al-Sunnah?
3. Apakah kesannya terhadap umat Islam dan manusia keseluruhan jika dinilai secara adil dan ilmiah?

Janganlah kita sendiri tidak faham akan tujuan kita melainkan menjadi pengikut semata. Apakah tindakan atau cara yang kita ambil mendapat keizinan syarak dalam ertikata lain tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar?. Juga adakah memberikan kesan yang baik kepada umat Islam khususnya dan manusia amnya. Kita boleh melihat dan menilai kesan yang telah berlaku kepada dunia lain yang mengambil tindakan yang sama.

Tuntutan demokrasi tulen juga hendaklah dinilai dari segi Islam, adakah itu bersifat quranik atau sebaliknya. Kemudian, adakah dalam dunia ini demokrasi tulen? Jika keadilan yang dituntut secara yang betul, saya menyokongnya.

Akhirnya, saya ingatkan juga para pemerintah, hendaklah berlaku adil kepada sekelian rakyat selaras dengan ajaran Islam. Ketahuilah ketidakadilan itu akan menimbulkan kegelisahan rakyat. Bersikap lunak dengan rakyat dan jangan diganggu hak-hak mereka selagi ia tidak mencemarkan keamanan umum”

Kenyataan penuh perkara yang terselindung, cuba mengkelabui erti demonstrasi dah hukumnya sebaliknya menggunakan kata-kata umum? Tidak tegas, tidak lagi unsur mengeji macam salafi lain, bahkan di penghujungnya siap beri warning kepada pemerintah.

He he ASRI sudah berubah arah, gelombang kuning mula menakutkannya. Kenapa tak buat fatwa demonstrasi haram?


Responses

  1. salam,

    benar tak Mufti perlis bakal jadi calon BN untuk kerusi parlimen?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: