Posted by: sokongsalaf | February 3, 2008

Soal-Jawab : Salafi Bantai Salafi – Bukti Salafi Pecah

بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan: “Berdasarkan satu rakaman ceramah Ust Rasul Dahri berhubung dengan akidah di mana beliau telah ketika menerangkan sifat-sifat Allah Azza wa Jalla iaitu ketika menyebut tangan Allah, kaki Allah, muka Allah, telinga Allah dan mulut Allah, beliau telah menuding ke arah anggota beliau sendiri, seakan menyamakan sifat-sifat itu dengan tubuh manusia. Apakah pandangan SS Dr. Mohd Asri mengenai hal ini. ”

Jawapan: “Cara penerangan yang sedemikian rupa tidak bersesuaian dengan kefahaman akidah yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Sekalipun Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah mengisbatkan sifat Allah berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitabNya dan sunnah RasulNya, namun kesemuanya itu di atas asas “Allah tidak sama dengan makhluk”. Segala bentuk penerangan sama ada melalui perkataan atau penulisan atau perbuatan yang menyebabkan disamakan Allah dengan makhluk dari segi sifat –secara makna- adalah bertentangan dengan akidah yang sejahtera.

Maka tindakan tokoh berkenaan sedemikian rupa boleh menimbulkan salah faham terhadap akidah Islam kerana boleh membawa kepada menyamakan sifat Allah dengan makhluk –pohon perlindungan dengan Allah daripada itu semua-. Kemungkinan hal itu berlaku secara tidak sengaja atau tersasul, atau tersalah gambaran. Jika beliau tersasul, atau tersilap ketika berucap –inilah sangkaan kita- maka hendaklah dibetulkan dan dilarang rakaman itu diedarkan. Jika beliau ada kesilapan faham tentang akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang sebenarnya, maka bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang diputus oleh para ulama al-salaf al-saleh.

Namun kita tidak menghukum seseorang dengan sesat atau kufur di atas kesilapan yang boleh ditakwilkan atau dibuat beberapa andaian. Melainkan jika pelakunya bersikap keras atas kesalahan akidahnya setelah diterangkan ilmu yang benar. Sikap suka menghukum orang lain dengan sesat dan kufur di atas andaian semata, seperti yang dilakukan oleh kelompok ekstrimis agama adalah menyanggahi ajaran Allah dan RasulNya. Maka ini adalah pengajaran untuk kita semua terutamanya beliau sendiri (Ustaz Rasul Dahri) agar tidak cepat menghukum sesat atau kufur tokoh-tokoh besar umat Islam atas andaian tanpa alasan yang yakin. Jika kita semua menggunakan pendekatan beliau selama ini, tentu beliau akan menerima hukuman yang sama dalam kes ini”.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Kangar, 30 Januari 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: