Posted by: sokongsalaf | March 15, 2008

Shahidan Keburu Menuntut Jawatan MB – Fatwa Mufti Perlis Ditagih

Sungguh molek perangai bekas MB Peghlih, Dato Seri Shahidan apabila beberapa kali naik turun flight ke Putra Jaya menuntut namanya dicalonkan untuk ahli Dewan Undangan Negeri, Tambun Tulang (tempat aku tu). Setelah namanya disingkirkan dari senarai pertama, kemudian dalam berangan-angan untuk menjadi MB sekali setelah BN menang lagi, sekali lagi dia diludahi oleh orang UMNO sendiri, iaitu dia tidak dapat menjadi MB Peghlih. Akhirnya dia menuntut lagi dan lagi (sila klik berita terbaru)….Bab muka bebal sahidan Kassim ini telah diketahui umum

Mufti Peghlih dalam pada itu berdiam diri dengan orang yang tamakkan kuasa ini, walhal Mufti Peghlih seharusnya mengeluarkan fatwa kepada sekutu rapatnya ini tentang meminta-minta jawatan. Sedangkan dulu mengikut pendapat Sahibus Samak MAza (sila Klik untuk baca Larangan meminta jawatan Kepimpinan) Ringkasan tulisan ini MAZA ini adalah.
1) Orang yang tamakkan kuasa – sepatutnya tidak diberikan kuasa oleh pihak atasannya
2) menukil dari Al-Baidhawi MAZA menegaskan, Keinginan untuk memperolehi kuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah.
3) Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yang tamakkannya dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka dia tidak dilantik,
4) sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah tidak akan menolongnya jika dia memerintah
5) mereka yang menuntut jawatan sebenarnya telah meletak keistimewaan atau kelayakan pada sendiri. Ini adalah lambang keegoan
6) Meminta jawatan adalah suatu bentuk menuntut diiktiraf kelebihan diri di hadapan orang lain
7) Kutipan Syaukani “maka tidak dihalalkan melantik orang seperti itu”

Minta Mufti Perlis MAZA nyatakan pendirian bukan sebaliknya berdiam diri dengan sikap meloyakan Shahidan Kasim ini. Jangan jadi Syaitan bisu pula.


Responses

  1. Salaam alaikum w.b.t… Saya setuju dengan tulisan ini. Itu yang saya harap agar umat Islam buka lah mata dan minda, tenung betul2 pada orang yang nak jadi pemimpin. Kalau dia sendiri yang minta, sebenarnya orang itu tidak layak untuk memimpin. Orang yang layak hanya orang yang diharapkan oleh orang ramai tanpa dia sendiri (pemimpin) mahu pada mulanya. Tugas seorang pemimpin akan dipertanggung-jawab dalam alam barzakh dan mahsyar nanti, sesungguhnya ia amatlah berat untuk dipikul, tetapi kita masih tak berdiri bulu roma untuk menjadi pemimpin malah siap merayu2 pula untuk jadi pemimpin, isy7. Wallahu a’lam Salaam ukhuwwah ya akhi 🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: